Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Friday, October 4, 2013

BBQ with Pelangi's

 

Sebenarnya BBQ ni dah lama..bulan 9..balik dari makan cendol bakar tulah. Suami sapa lah ni ye..bekerja keras sungguh. Tak masuk2 rumah pun. Rajin2 kaum lelaki dalam Pelangi ni..bagus.


Nak bagi budak2 senyap, silalah bawak kolam. Penuh, sendat, padat..mak2 takde chance nak join sekali..kehkehkeh. 


Mak2 dok kat dalam sambil memenuhkan tangki perut. Gambar food mmg takde. Sebab saya busy tolong maktok buat air asam utk ikan bakar. Serious marvellous rasa dia..makan pun mmg tak toleh kiri kanan dah. Lepas tu muka yang sama dok makan kambing..kambing..kahkahkah.


Sampai bersepah gini lah rumah Si Eida Pepel. Bertabahlah Eida. Thanks tau bagi pinjam umah. Dan kawan2 yang lain yang sponsor food2 yg marvelous tu..thanks sangat.


Sebelum pulang ke pangkal jalan..dah pukul 10 malam pun time ni. Marilah kita berposing2. Gambar banyak tak jadi..photographer pemalas. Ok sapa nak jamu mata dengan makanan2 time BBQ, boleh gi visit blog Wahida. Happy weekend uols. 

Friday, September 13, 2013

Bermesra dengan Forever 29..


Kali ni kami bermesra lewat sket dari bulan Syawal. Eh..mmg selalunya time ginilah kami berkumpul.  Bukan apa..masa ni lah baru semua free.  Kalau tak, semua pun busy dengan aktiviti open house.  Sekali lagi, buat kat rumah kawan saya di Cheras.  Rumah yang besar dengan view yang awesome.  Ni balcony kat dapur dia.


Eh..ada massage chair pulak kan.  Wajib pekena dulu sebelum makan.  Syok giler.


Kali ni kitorang buat potluck.  Ada spaghetti carbonara, fruit tart, sup petola & telur puyuh, tauhu & tempe, telur masin, ayam masak lemak cili api, sambal belacan, ikan masin, nasi himpit, kuah kacang, rendang daging, serawa durian.  Petang tu bancuh pulak nescafe then goreng samosa.  Mmg nikmat betul makan hari tu..hahaha sambil gosok2 perut.


Ambik gambar dulu sebelum makan2.


Tuan rumah yang tudung hitam sebelah kanan tu.  Semoga bertambah murah rezeki tuan rumah.  Sebab sudi sediakan 'port melepak' kami pada hari tersebut.


Rakan sebaya sama2 sekolah, sama2 dewasa, sekepala, sekentut..macam2 ragam.  Takde dorang ni hidup saya sepi. Tu belum lagi kalau whatsapps berjemaah.  

Inilah sahabat2 tempat kami meluah perasaan, berkongsi masalah, menyimpan rahsia.  Motto terbaru kami, 'kalau sentap, sila leave group'.  Mulut semua puaka2.  Hati kena kental baru boleh join.  

Doa saya, moga ikatan persahabatan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah sehingga beranak pinak ni dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat.  Amin...

Tuesday, July 30, 2013

Iftar ~ Ben's BSC


Ni adalah first Iftar saya kat luar.  Tu pun dekat je ngan office..kat Ben's BSC.  Semua ni colleagues from different department.  Demi menyambut kepulangan seseorang dari London.  Eh..ada sorang bukan colleague..tu yang sebelah saya..tu best friend saya....hehehe.


Ha...awek yang tengah tulah.  Dulu same dept ngan saya. Pastu further studies kat London.  Buat Master.  Ni membalas kerinduan setelah setahun tak berjumpa. Ehem2..single lagi tau..kehkehkeh.


Sebab food belum sampai..kami dihidangkan dengan kurma & sirap selasih.  Pergghh..hilang dahaga.


Saya punya ni..soft shell crab spaghetti kot nama dia..lebih kuranglah.  Tapi saya tak berapa nak masyuk sebab saya mmg tak berapa suka spaghetti yang ada cream2 ni.  Yang penting itu soft shell crab belasah abis..hahaha.


Ada lagi order lain..onion ring, calamari ring & fries.


Orang London order Beef Pie.


Ni chicken apa ntah..tak ingat nama dia.  Actually ada banyak lagi food tapi tak sempat nak snap.  Lapor..hahaha.
 

Dessert..nyum2.



Bread Pudding..sedap jugak.


Latte with Love..



Bergambar sebelum balik.  Bestlah Ben's kat BSC ni..suka concept dia.


Bergambar selepas pulang.  Entah bila dapat ketemu. Maybe di London?  Muahaha.  Harga?  Not badlah..xlah mahal sangat.  Standard Secret Recipe je.  Yang pasti, surau kat BSC best.  Senang uol nak solat Maghrib.  Oklah, chow dulu.

Thursday, March 28, 2013

Dancing Fish, BSC


Last Wednesday, kitorang ada farewell lunch utk 2 of our colleagues yang akan transfer to a different dept.  So, kitorang makan2 kat Dancing Fish, Bangsar Shopping Complex (BSC).


The appetizer..emping malinjo dengan sambal belacan yang sodap.


Then, sate yang lembut.  Sodap gak.  Alahai.


Nasi putih dimakan bersama nasi kuning.  Kena gaul together...kasi mesraaaaa.


Makan dengan lemak pucuk paku ni..wallah!


Datang pulak ayam bakar ni..kureng sket sbb a little bit dry.


Then 'dancing fish' yang wallah .. krup .. krap .. krup .. krap .. sodap.


Tauhu Tower...wui..dengan lembutnya, dengan sedapnya....ahai!


Kerabu mangga yang awesome.


Air Barliyang tak berapa nak awesome sbb dah diblend...so, kureng di situ.  Dessert pulak ada rasa serai..tak amik pic..pun kureng.  Gambar2 kat atas ni hasil google.  Sebab masa food sampai, semua menyerang.  Tak dan nak snap pic.  Kitorang amik set utk 4-6 orang makan.  Address:-

Dancing Fish Malay-Indo Cuisine

3rd Floor, Bangsar Shopping Centre, 

Bukit Bandaraya, 

59000 Kuala Lumpur. 

Tuesday, March 26, 2013

Restoran Ramly Burger


Ye, restoran.  Korang tak silap baca.  Kat mana?


Kat Desa Pandan, betul2 dekat deretan kedai sebelah Petronas.  Ada ruang makan.


Ada juga kedai berniaga bahan2 mentah keluaran Ramly.


Ni nugget.  Sedap jugak.  Sos cili tu je rasa lain sket.  Tapi dia ada blackpepper sauce yang sedap.

Zahidah order Beef Frankfurter.  Saya pulak Beef Burger Special.  Presentable.  Tapi yang tak bagusnya kertas tu melekat dengan kotak.  Leceh nak makan.


Beef burger special saya dengan telurlah.  Sedap..not bad.


Fries gemuk2..sedap jugak.  Saya dah hilang resitlah.  Tak ingat berapa harga.  Boleh jenguk sini utk info lanjut.  www.ramly.com.my

Tuesday, February 5, 2013

Birthday Dinner @ Bubba Gump



Last 2 weeks birthday best friend saya, so macam biasa kalau tanya dia nak makan kat mana, sokmo tak tahu.  Jadi saya yang decide utk birthday girl.  Makan kat Bubba Gump jelah kan.  Kat The Curve.  First time ni.


So, diajar oleh waitress yang comel dan sporting ni.


Kalau letak signage ni maknanya do not disturb lah..so, korang pikirlah dulu nak makan apa kan. 


Then bila nak panggil dia, tukarlah ke signage ni..  Pastu order..dah order, tukar balik ke signage biru tadi.  Kalau tak, waiter/waitress dia akan kacau uol lagi..hehehe.


Air saya yang pepel tu, Speckled Blueberry RM12.90.  Yang lagi satu tu Mango Sparkler harga sama RM12.90.  Giler mahal air..hahaha.  Tu pun order paling murah tau.   Rasa masam2 sket, umpama minum blackcurrant ngan mango juice...sedap gaklah.


Then my bff order Clam Chowder in a cup ni RM9.90.  Yang ni marvellous.  Sedap sgt2.


Dia pergi order pulak mashed potato.  Banyak.  RM7.90.  Tak abis makan ni.  Boleh tahanlah sedap tapi agak dry sbb takde gravy mcm KFC.


This is mine, Dynamite Shrimp.  Harga RM22.90.  Biasa je rasa dia.  Macam kau makan udang goreng ada pedas2 sket.  Bawah tu buta2 je kobis.  Udang x seberapa, kobis menimbun.


If you asked me worth it tak?  I would say no.  Betullah kata my officemate, Bubba Gump is not value for money.  Nak rasa? Boleh.  Revisit?  Don't think so.  Unless orang belanja..hehehe.

Tony Roma's yes mahal tapi berbaloi.  Jangan marah, ini opinion saya.  Maybe orang lain ada pendapat masing2.  Takpelah, at least saya dah merasa.  In terms of environment yes, sangat menarik.  Total makan RM77.15.  So, yang tak pernah try, bolehlah kalau nak cuba :)