Salam semua. Alhamdulillah kami sudah selamat tiba di tanahair pada pagi Ahad. Semalam saya cuti. Takde mood lagi nak blogging..tidur je kerjanya..hahaha. Jetlag konon walhal takde beza timing pun kat Beijing. Tidur tu sebab kepenatan sebenarnya.
Oklah, hari tu kami fly dengan MAS. ETD jam 12.30 pagi pada 22 Oktober 2013. Pukul 9 malam pada 21 Oktober 2013 dah berkumpul di KLIA.
Ha..inilah kawan blogger yang ikut sama. Geng Pelangilah..sapa lagi kan. Amy Sweetdarling dengan ibunda tercinta, Ma Kamariah. Dalam flight dapat supper - sandwich telur dan breakfast jam 4 pagi..nasi lemak. Sedap tapi terlalu awal pagi. Akibatnya berulang ke toilet..hahaha.
View fajar menyingsing di atas garis awan. Masyaallah..cantik sangat.
Lepas tu naik train ke main terminal building. Macam KLIA jugaklah.
Besar okey airport dia. Macam bentuk kura2. Kami tiba di Beijing Capital International Airport, Terminal 3. Ada 3 perkara je yang tak best. Pertama, takde tempat solat..huhu. Kedua, dalam toilet takde paip air..eh..ini seluruh China takde..hahaha. Ketiga, ada Wifi kat airport tapi tak boleh tengok apa2 pun..FB apatah lagi..eh..satu China tak boleh berFB..hahaha. Bertabahlah.
Ha..memperkenalkan Miss Eka. Tour guide yang akan menemani kami sepanjang cuti2 di Beijing ni.
Sempat lagi posing2 kat airport Beijing,
Sampai je, bas dah sedia menanti. Tapi ni left hand drive punya bas. So, jangan silap naik. Pintunya sebelah kanan..hehehe. Cuaca? Masa ni dah sejuk menggigil wei. Pagi yang kami sampai ni 7 darjah celcius.
Miss Eka ni sangat mahir berbahasa Indonesia. Kadang kami cakap 'Thank You' dia jawab 'Sama-sama'. Malu wei..so, kami pastikan kami pun berbahasa Malaysia dengan dia..hahaha. Masa ni dia tengah rancak bercerita. Memperkenalkan Beijing dan itinerari kami nanti sepanjang di Beijing.
Seperti kebanyakan bandar besar, jammed adalah biasa. Nak2 penduduk Beijing sahaja adalah seramai 20 juta orang. Ramai kan?
Di sini ada lorong khas untuk basikal atau motosikal. Eh..basikal yang pakai bateri pun ada.
Ada juga yang selfish..nak elak jammed masuk je lorong basikal..huhu.
Miss Eka masih rajin bagi penerangan tapi kami keletihan, so ada yang dah terlelap.
Bas kat Beijing panjang. Nama sama je Rapid Transit tapi panjang dah macam LRT 2 coach. Kalau pendek mana muat penduduk dia yang ramai tu nak naik. Teksi kebanyakkannya Hyundai Elantra. Besar2 dan hebat2 kereta2 kat Beijing ni. Kereta buatan China iaitu Cherry pun susah nak nampak. Ok, esok kita sambung lagi ye. Bertabahlah korang. Mahu sebulan entry Beijing je kat blog saya ni..hahaha.
30 comments:
rasa pengalaman dee pun dah cukup .
panjang betul bas diaorng ye kak, tak dpt bayangkan 20juta kt situ je...ramainyer
xdpt pegi dpt baca pun jadi ler...
wahhhh tengok bas yg 2 coach dah cam jakun...
lum lagi citer lain...
Boring wehhhh takda FB kat China...:)
Mesti berkepit dgn air botol mineral bila masuk toilet kan..hahaha
Banyak membeli tak especially FM?
teringin jugak nak pergi..
Bestnya u sis dah sampai Beijing. Bila la nak merasa ni..huhu
Post a Comment