Ramai pulak komen cakap kena tunggu entry saya lama. Oklah, saya cuba up lagi satu entry petang2 nti...insyaallah. Harap korang suka. Kitorang teruskan perjalanan utk makan tengahari. Tetiba nampak bunga2 yang cantik ni tepi jalan..apalagi, posing time.
Sebenarnya apa nama restoran ni pun saya tak tau. Mujur opismate ramai chinese. So, dorang cakap nama restoran ni ialah Dong Lai Soon Restaurant. Camana nak tau halal? Warna hijau dan ada tulisan jawi/Arab...hahaha (saya assume je ni).
Food hari pertama adalah tak sedap kecuali telur dadar tu. Yang lain adalah sayur, sayur dan sayur. Capsicum & kobis ada dalam semua masakan. Nasi macam beras siam tu..melekit2 sket. Cepat kenyang. Apapun, syukur Alhamdulillah..dapat gak makan kan..hehehe.
Tak sedap konon tapi tetap licinnn..
Posing ramai2 lagi depan restoran.
Ternampaklah accident ni tapi dorang takkan alihkan kereta ye. Memang kat situ jugaklah dorang settlekan. Yang bagusnya takdelah pulak orang nak slow down..kenderaan lain jalan je buat donno. Jalan pun takdelah jammed teruk sangat macam kat tempat kita.
Ni sungai di kota Beijing. Maybe airnya tak bersih tapi persekitarannya jauh lebih bersih dari sungai2 di kota Kuala Lumpur..huhu.
Sebab kitorang amik Muslim Package, so lawatan ke Masjid untuk solat jamak Zohor & Asar memang ada dalam itinerary. Nama masjid ni ialah Masjid An He Qiao. Puas saya google info pasal masjid ni tapi takde. Ni masjid kecik je..masa kitorang datang pun memang takde orang.
Ha..cantik tak? Napa senget? Kreatiflah konon..hahaha. Sian korang kena teleng2 kepala..meh tengok pic bawah.
Sekali tengok macam Temple. Tapi percayalah..inilah masjid di Beijing. Senibina masih mengekalkan senibina orang Cina.
Bendera group sebenarnya tu. Tapi nampak patriotik kan..hehehe.
Asal nampak basikal..posing. Cutekan basikal dia. Ada tempat duduk di belakang.
Sebahagian dari building masjid.
Waktu solat dan tempat ambil wuduk orang lelaki.
Bahagian dalam kubah masjid.
Ruang solat orang lelaki. Yang bahagian perempuan tak cantik sangat..macam surau je. Ye..ruang solat perempuan asing.
Bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Summer Palace. Tungguuuu...
23 comments:
memang kalau sekali pandang tak terpikir pun masjid kan..
org malaysia kan prihatin...
sedap skit dari dipanggil penyibuk..
hujan pun leh jam kan...
mau kurus dok sana sis...
sayur sayur sayur...
sampai nak muntah ler makan sayur hehehehehe
wah dh wajah baru. i lioke :)
Yalah, tengok macam bersih tempat orang aje drp tempat sendiri. Malu pulak rasanya!
pst. telur dadar memey sodapp ;-p
ooo..bagus la macam tu..saya pun nak ambik package muslim la...tour guide nya muslim ke tak? :P
sungai kat beijing tu mmg jauhhhhhhh nampak lebih bersih berbanding persekitaran sungai kat malaysia ni..
Post a Comment