Monday, October 7, 2013

Hyatt Regency Kuantan


Yeah..lambat giler kot bersiaran arini. Sibuk betul pagi2 Isnin ni kan. Oklah, jom tengok tempat kami buat Teambuilding last week. Ni kat Hyatt Regency Kuantan. Beach dia mmg awesome. Best!  Cantik!


Kat sebelah coffee house pun ada pool lagi. Banyak pool boleh pilih nak berendam.


Ni pulak view from coffee house. Tapi agak panas sebab waktu siang takde angin. Kipas berpusing pun tak terasa. Kalau malam ok sikit. 


Jom tengok bilik pulak. Bilik ok, bersih..spacious gak. Yang saya suka towel ada 3 ok. Pastu jap2 tanya apa lagi yg kita perlukan. Towel pun diorang ganti petang tu..tak perlu tunggu esok. Syok.


Ni toilet dia..yang penting bersih.


Ada bath tub..tapi gi Teambuilding kan..mana ada masa berendam.


Ada kemudahan buat coffee/tea.  Ada bathroom robe, slipper...iron pun ada.


Bilik ni garden view. Sbb ni block hujung, kitorang tak boleh buka sliding door. Ada monkey. Takut. Tapi sepanjang dok situ tak pulak nampak.


Ni view pukul 8 pagi. Tak berapa nak nampak sunrise ngan sunset sbb awan tebal. Asal malam je hujan. Siang pulak panas berdenting. Pendapat saya tentang hotel ni semuanya best..service terbaik tapi tang food fail...hahaha. Tak berapa nak sedap. But a good choice of hotel utk merehatkan diri dari kesibukan kerja. Nak tau rate, sila jengah SINI.

12 comments:

Cantiknya view hotel nie...
 
nice hotel!! nice view!! ina pergi sekali ke kak?
 
Wahhh...ini kalau bawak family cuti2 Malaysia best ni.
 
wahida: tak..dia dept lain :)
 
uuuhhhhhh... aku suker dok hyatt kak oiii.... suker biliknya ngadap laut.
 
beshnya dee..view cantik.
kalo bawak budak2.puas mandi pool
 
Cantik betullah Dee view hotel ni... tetiba aje feeling nak cuti2 melesia.
 
assalamualaikum,

baru nk plan hujung tahun nak pi kuantan dan cherating

bolehlah pi chk harga..kalau ok
nampak menarik sgt bilik dan view :)
 
Memang nampak puas hati jugak hotel ni. Tengok pantai macam tu. Dengan bilik yang hotel. bab makan boleh dimaafkan lagi kalau suasan ok.
 
dulu pergi Cherating menginap di hotel nya. ok la, tapi rasa tak best since kami banyak buat aktiviti luar, so tak sempat nak bermesra dengan ahli bilik tu, such as tilam and bantal and also tv.
 
nice view.. dahlama tak berhoney madu disini...


psst aku dah update sila la perchayaaaa!!
 
cantik nye hotel ni. Sesuai sgt nak rilek2. Rumah xde pool, kalo nak gi memana mmg nak carik yg ada pool.