Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Kelakar Giler..


Saya dan isteri telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.
Kami sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,
   
LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.

Gambar lembu macho 1 xleh copy paste..harap maaf...

Isteri saya secara jenaka mencuit saya dan dalam senyum berkata :

'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'


Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :

''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

       

Ada gambar lembu macho 2..xleh copy paste gak..hehehe..
 
Sekali lagi isteri saya mencuit saya dan berkata :,

'WOW~~Itu dah lebih dari dua kali seminggu..........Abang boleh belajar banyak dari dia .'

Kami berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :


'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'



Gambar lembu paling macho..x leh copy paste gak..sorry yek..


Isteri saya menjadi girang dan mencuit saya dengan kuat dan berkata :

'Itu bermakna sekali setiap hari ....  Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!


Saya pun pandang isteri saya dan berkata kepada nya,"

 'Awak pergi tanya lembu jantan ini, selama 365 hari itu, adakah dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA ??

Friday, April 30, 2010

Kah Kah Kah...

Petang2 ni kita baca yg ringan2 jelah kan.  Dipetik dari Senyum Pisang, Mastika Mei 2010.

Cukur Misai

Mimi:  Abang Joe..jom la datang rumah Mi..I rindu la..lagipun suami I pergi oversea tadi..
Joe:  Baiklah, malam esok abang pergi tau..nanti pandai la abang kelentong isteri abang tu.
Mimi:  Oh ya..sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu tau.  Abang tahukan, I suka lelaki yang baby face!
Joe:  Alamak..yang ni susah sikit.  Isteri abang suka abang simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi:  Alaaaa....abang ni nak jumpa I ke, tak nak ni?
Joe:  Okeylah! Okeylah sayang.  Mimi punya pasal..apa saja abang sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah berpesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada mesyuarat tergempar.  Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin.  Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.  Pukul 4.00 pagi, ketika Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap.  Perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap2.

Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata, "Kenapa kau tak balik-balik lagi Farid..kejap lagi suami akak balik...!"

Have a nice weekend yeah..and Selamat Menyambut Hari Pekerja esok!!

Thursday, April 29, 2010

Memang Kisah Tipah Je Ni..

Ok..sy nk buat pengakuan..mmg sy beli Mastika tiap2 bulan. Tapi bacanya x pernah habis..yg bulan lepas pun baca x abis...tp yg bulan baru tetap sy beli. Kali ni sy nk share Lawak Senyum Pisang dalam Mastika Oktober 2009.

Lawak 1

TIPAH baru beli kereta. Suatu hari Tipah memandu keretanya itu balik kampung. Di pertengahan jalan, keretanya rosak. Lantas dia berhentikan keretanya di tepi lebuh raya dan menelefon kawan baiknya, Moin.

"Bahaya tu, Tipah. Nnti kereta lain tak sempat elak..accident. Baik engkau pasang lampu hazard."
Tipah pun memasang lampu hazard.
"Dah pasang?" tanya Moin.
"Dah."
"Hidup tak lampu tu?"
Jawab Tipah, "Hidup..tak..hidup..tak..hidup..tak..."

Lawak 2

TIPAH di dalam kapal terbang. Setengah jam selepas penerbangan, kedengaran kapten pesawat itu membuat pengumuman. "Harap maklum, salah satu drp enjin pesawat ini mengalami kerosakan dan tidak berfungsi lagi. Akibat kerosakan itu, penerbangan ini akan terlewat sejam drp yang dijadualkan. Tapi jgn risau, pesawat ini masih ada tiga lagi enjin yang masih berfungsi.'

Setengah jam kemudian, satu lagi pengumuman dibuat, "Harap maklum, sebuah lagi enjin pesawat ini mengalami kerosakan. Kami minta maaf kerana penerbangan ini akan terlewat dua jam daripada jadual." Setengah jam selepas itu, satu lagi pengumuman dibuat oleh kapten. Dia memberitahu, enjin ketiga pesawat pula rosak. Penerbangan akan terlewat tiga jam dpd jadual asal.

Mendengar pengumuman ketiga itu, Tipah memandang ke arah penumpang di sebelahnya dan mengeluh. "Bosan betullah. Kalau satu lagi enjin rosak, maknanya kita akan terus terapunglah kt sini sampai bila-bila."

Alahai Tipah...

Ku Pikirkan Mouse..

Salam...pagi2 dh tunjuk gambar mouse. Xkanlah korang x kenal rupa mouse camana kan? Sy ada beberapa cerita menarik psl mouse ni. Benda yg simple je..tp dh buatkan sy tersenyum sendirian.

Tadi nak cerita pasal mouse kan? Apa lak kaitan ngan Stapler ni lak. Bukan apa..sy tiba2 terkenangkan ex-opismate sy dulu...Kak W. Sy kan pernah cerita yg sy dulu pernah bekerja dengan sorang bos perempuan yang garang dan tegas. Bos sy tu...mmg x bolehlah kalo dpt staff yg 'slow' sket. Mcm Kak W ni..dia baru je join company tmpt sy cari makan masa tu. Dia ni lembut je orangnya. Umur 40 lebih tapi anggun.

Ada sekali tu..bos sy mtk dia buat sesuatu. Bila tya..belum siap bos. Kak W ni duduk depan sy. Sekali bos pun pergi lah tempat dia. Bos cakap.."Ha...tunjuk kt sy setakat mana yg awk dah buat". Kak W ni pun nk tunjuklah..so mata suma ngadap skrin dia. Tapi sy tgk..apasal 'cursor' dia x gerak...tp tangan dia bergerak. Bila sy tgk tangan dia..hahaha..dia tengah tolak stapler ke depan ke belakang. Dia ingat stapler tu mouse.

Sy ingat sy sorang je perasan..bos sy yg berdiri sebelah dia..dgn selamba kodoknya tya. "Awak pegang apa tu W?" Bila Kak W tengok tangan dia dok pegang stapler..apalagi..gelak ar.."La...sorry2 bos..salah pegang. Sy ingat mouse...padanlah 'cursor' sy x gerak2." Hahaha..tp bos sy x gelak kuat cam sylah. Dia geleng pala je..hehehe. Alah..sy tau..dlm hati dia gelak guling2 tu..kihkihkih. Ni semua kes gabra bila bos duduk sebelah nk tgk hasil kerja kita. Tapi mmgkan..kita jd kalut bila bos dok sebelah kita..bila dia xde..kita ok je..maintain..kahkahkah.

Ha...dh ada gambar lilin ni apa cer lak kan? Ini kisah sylah semalam. Opis baru sy ni kan dh ada sorang lg 'bunga'. Dia ni dh biasa duduk opis xde org smoking..skali masuk bos2 sy yg kaki suka membakar diri..maka berbaulah opis tu dgn asap rokok. Sy ni x dpt beza sgt pun..sbb idung sy dh 'immune' ngan bau2 rokok tu..walau husband sy bukan smoker.

Semalam..opismate sy pasanglah fragrance candle ni. Lepas tu dia ckp kt sy.."Beb, aku letak satu kt meja ko eh". Mula2 lilin tu kt depan sy..tp ramai lak ulang-alik amik kertaslah..apalah..sy alihkanlah kt tepi pc. Lepas tu sy gi toilet. Bila sy balik ke tempat sy..opismate sy ni interkom. Sambil nk sembang..sy pun nk capailah mouse. Eh..apasal panas semacam ni. Hah..amik kau..sy leh gi pegang lilin yg masih berapi tu..baeeekkk punyaaaa. Hah..tulah..padan muka. Dulu gelakkan org..skrg diri sendiri terkena. Opismate sy pya gelak..gelak2 dia pun..dia tyalah. Tangan ko ok ke beb? Ok2..x cedera hah. Adeh...napalah sengal sgt semalam. Lenkali nk letak lilin jauh2 ar...kuikuikui. Oh..hari ni sy cuti..emergency. Ni bersiaran dari rumah ni. Nanti sy jenguk u oll ye. Yihaaaaa!!

Note: All pictures credit to Google Images

Monday, April 26, 2010

Kaum Hawa Jangan Kutuk Saya...

Cerita ni dapat dari Ruangan Senyum Pisang, Majalah Mastika keluaran April 2010.  Baca ye..

Beza Stail Lelaki dan Perempuan Pergi ke Bank!

Lelaki

1.  Pandu kereta ke bank, parkir dan berjalan ke mesin ATM.
2.  Masukkan kad ATM.
3.  Tekan nombor PIN dan jumlah yang dikehendaki.
4.  Ambil duit, kad ATM dan resit.
5.  Masuk kereta, tekan minyak dan terus pecut!

Perempuan

1.  Pandu kereta ke bank.
2.  Matikan enjin kereta.
3.  Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu.
4.  Semburkan minyak wangi.
5.  Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM.
6.  Mencari kad ATM di dalam beg tangan.
7.  Masukkan kad ATM.
8.  Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan.
9.  Tekan nombor PIN.
10.  Membaca arahan ATM selama hampir dua minit.
11.  Tekan 'BATAL'.
12.  Tekan sekali lagi nombor PIN.
13.  Tekan 'BATAL' sekali lagi.
14.  Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul.
15.  Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal.
16.  Masukkan jumlah yang dikehendaki.
17.  Tekan 'SALAH'.
18.  Masukkan jumlah yang agak besar.
19.  Tekan 'SALAH' sekali lagi.
20.  Masukkan jumlah yang lagi besar.
21.  Ambil duit dari mesin ATM.
22.  Masuk ke dalam kereta.
23.  Periksa makeup di muka sekali lagi.
24.  Mencari kunci kereta dalam beg tangan.
25.  Hidupkan enjin kereta.
26.  Jalankan kereta.
27.  Berhenti tiba-tiba.
28.  Pergi balik ke mesin ATM.
29.  Ambil kad ATM yang tertinggal dan resit.
30.  Masuk kembali ke kereta.
31.  Letakkan kad ATM di atas dashboard.
32.  Buang resit atas jalan.
33.  Tengok dekat cermin pemandu.
34.  Periksa makeup sekali lagi.
35.  Membetul-betulkan rambut.
36.  Pasang radio.  Menyanyi-nyanyi ikut senikata lagu.
37.  Tengok SMS di telefon bimbit.
38.  Masukkan gear kereta untuk reverse (undur).
39.  Brek mengejut lagi.
40.  Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi.
41.  Memandu lebih kurang 3 km.
42.  Baru teringat nak lepaskan hand brake...

Muahaha..jangan marah ye...dah tentu2 ini bukan saya...hehehe.  Penulis ni mesti lelaki kan..kuikuikui.

Thursday, March 18, 2010

Mari Gembirakan Hati..

Sy masih kusut..tp sy x retilah nk tunjuk yg sy ni susah hati.  Sbb character sy mmg happy go lucky kot.  Thx to all for your concerns, the prayers, advices & positive comments.  Hari ni sy nk citer benda lawak2 je..u oll enjoy ye.

Lawak 1 :  Pendek Umur

Suatu hari di sebuah hospital..

Doktor:  Penyakit encik ni dah kritikal, saya rasa hayat encik dah tak panjang lagi..
Pesakit:  Betul ke doktor? Tapi berapa lama lagi?
Doktor: Sepuluh...
Pesakit: Sepuluh? Sepuluh bulan? Sepuluh minggu? Atau sepuluh hari?
Doktor: Sepuluh..sembilan..lapan..tujuh..enam..


Lawak 2 :  Robot Kesan Cakap Bohong

Aziz seorang saintis yang sedang meningkat naik namanya.  Petang itu Aziz berjaya mencipta robot yang boleh mengesan orang cakap bohong.  Robot itu ada tangan seperti manusia.  Sesiapa berbohong terus ditampar robot itu. Aziz sangat gembira dan membawa robot itu ke ruang tamu menunggu anak lelakinya pulang. Tetapi anaknya tak balik-balik.  Sehingga ke pagi barulah anaknya pulang.

Aziz: Dari mana tadi tak balik2?

Anak: Saya ada kelas tambahan ayah!
PANGG!!! Anaknya dilempang robot tersebut.

Aziz: Kalau nak tahu, ini robot yang baru ayah cipta.  Robot ini akan tampar sesiapa saja yang cakap bohong. Dalam rumah ini semua orang kena cakap benar, jujur. Hah! Kenapa kau pulang lewat?

Anak: Saya baru habis menonton movie rumah kawan, ayah!

Aziz: Cerita apa?

Anak: Papadom!

PANGG! Robot beri penampar lagi.

Aziz: Cakap jujur cerita apa yang kamu tengok?

Anak: Maaf ayah, saya tertengok cerita blue!

Aziz: Kurang ajar. Berani kamu nak menipu ayah. Mujur ayah cipta robot tu. Kalau tidak mati2 ayah kena tipu. Kamu nak jadi apa bila besar nanti hah? Masa ayah besar kamu dulu, ayah tak pernah buat kerja bodoh macam tu!

PANGG!!! Tiba2 Aziz ditampar robotnya sendiri. Suasana hening seketika. Isteri Aziz kemudian masuk ke ruang tamu dan mencelah. Hah, sama saja, anak dengan bapak. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Hah! Ikut perangai mak ni tak pernah tengok benda tak senonoh!

PANGG!!! Robot itu menampar muka bini Aziz sebelum sempat habis bercakap.

Hahaha..hopefully u oll terhibur ye..artikel dipetik dari Ruangan Senyum Pisang, Majalah Mastika Mac 2010.

Thursday, September 3, 2009

Lawak..

Lawak untuk menceriakan hati sendiri...lalalala....

Beruang, Singa dan Babi bertemu di hutan...

Beruang : "Korang tau tak, sekali aku mengaum, seluruh hutan menggigil."

Singa : "Ek eleh! Tak power lagi. Aku kalo mengaum, semua belantara kegerunan."

Babi kata: "Wa La Weh.... Aku batuk skali aje, satu dunia panik beb!"

Beruang & Singa : Babi kau!!