Showing posts with label maal hijrah. Show all posts
Showing posts with label maal hijrah. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal Hijrah..


Salam Maal Hijrah buat semua kaum muslimin dan muslimat tidak kira di mana anda berada.  Jangan lupa baca doa akhir tahun dan doa awal tahun ye.  Semoga diri ini dapat berhijrah menjadi insan yg lebih baik di masa hadapan.  Amin....

P/S:-  Kalo ikut kalendar Islam, Maal Hijrah ialah tarikh ulangtahun perkahwinan sy..skrg dah 7 tahun.  Penghijrahan gak tu..dari seorang anak dara kepada isteri orang..hehehe..

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah..



Dee sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah atau Awal Muharram. 

 
 Jangan lupa baca doa akhir tahun sebelum Maghrib.  Doa akhir tahun juga sunat dibaca 7 kali pada akhir waktu Asar.

 

Dan doa awal tahun..selepas Maghrib.



Marilah kita melakukan Qiamulail - Solat Tahajjud, Solat Hajat & Solat Sunat Taubat, membaca Al-Quran dan berzikir.  Selepas solat subuh pada 1 Muharram, mari kita baca Ayatul Qursi sebanyak 360 kali dimulakan dgn Bismillahirrahmaanirrahim pada setiap kali permulaan bacaan.  Jangan juga lupa untuk berpuasa sunat pd 10 Muharram..iaitu hari Asyura.

Marilah kita bermuhasabah diri.  Semoga Allah S.W.T. melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNYA untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan Awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Ambiya, Siddiqin, Aulia Allah dan org2 Sholihin.  Moga tahun ini akan lebih baik dari tahun yang lepas dalam konteks kita mendekatkan diri dengan sumber segala kekuatan, keindahan, kasih sayang dan kebahagiaan iaitu Allah S.W.T.