Showing posts with label wishes. Show all posts
Showing posts with label wishes. Show all posts

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha..


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Puasa tak hari ni? Kalau puasa bagus, kalau tak..takpe, cuba lagi di lain kali..hehehe. Saya juga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang perkenalan kita semua. Maaf juga atas kekasaran bahasa, gurauan berlebihan yang mengecilkan hati.  

Sesiapa yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ye. Semoga selamat sampai pergi dan balik. Teringat kata2 seseorang,"Kalau kita boleh berbelanja tiap2 bulan untuk benda2 yang membazirkan seperti kasut, mekap dan sebagainya, apalah sangat RM500 setahun untuk kerja ibadah qurban".  Betul jugakkan.  Takpe, sapa yang belum melakukannya, tahun depan kita buat ye...insyaallah.

Akhir kata, 
"Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan"


Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri



Andai Ramadhan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & maaf dipinta atas segala kesalahan, kekasaran bahasa, kebiadapan perbuatan yang disedari mahupun tidak. Halalkan segala makan dan minum.  Berhati-hati di jalanraya ye.  Semoga kita dapat bertemu lagi.  Insyaallah.


Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Esok, insyaallah kita akan berpuasa.  Ramadhan yang dinantikan..dimana padanya dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka.  Jomlah kita buat banyak2 amal ibadat.  Tahun ni nak cuba berterawih di surau bersama dengan anak2.  Malam ni kan..tak sabar pulak rasanya.  Tahun lepas buat sendiri je di rumah.


Jangan terkorek hidung pulak..kihkihkih.  Jangan puasa yang yang yok..pagi2 buka periuk.  Malu sketlah ngan anak2 kita yang kecik2 tu.  Dorang lagi semangat nak berpuasa kan.


Akhir kata, saya ingin memohon beribu kemaafan kepada semua terutama mereka yang hatinya disakiti oleh saya sengaja atau tidak sengaja.  Halalkan segala makan dan minum.  Kalau ada hutang yang belum langsai bagitau saya ye.  Yang tu saya akan cuba bayar...insyaallah.  Kalau saya dah mati, carilah waris saya ye utk selesaikan hutang piutang tu.  Manalah tau kan..kita ni kadang2 pelupa.  Selamat bersahur & selamat berpuasa semua.

P/S:- Credit to Google Image for all the lovely pictures.

Friday, January 25, 2013

Selamat Bercuti..


Selamat bercuti semalam..hehehe.  Tapi kalau masih ada yang sambung cuti hari ni, selamat bercuti lah ye kawan2.  Semalam kita cuti Maulidur Rasul.  Rasanya masih belum terlambat mengucapkan Selamat Menyambut Maulud Nabi (lama tak dengar ucapan gini).  Berselawatlah ke atas Nabi Junjungan kita.  Ingati Baginda selalu...mana tau dapat syafaat di akhirat nanti.  

Tak lupa juga Selamat Hari Jadi yang ke 45 untuk sahabat baik saya..Kak Tina.  Moga bertambah kaya tetapi tidak lupa daratan.  Ye..impian dia nak kaya je...hehehe.  Asal orang pergi Mekah..permintaan dia doakan dia jadi kaya.  Yang lain takde.  Tapi sebagai sahabat..saya doakan moga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia selalu.


Isnin saya akan fly..insyaallah.  Doakan agar perjalanan kami selamat pergi dan balik.


Ke sini.  Alhamdulillah..dah lama berhajat nak jejak kaki ke sini.  Moga semuanya selamat dan segala urusan saya dan rakan2 dipermudahkan.  Nampak gaya blog cuti lah seminggu.  Kalau ada WIFI, saya cubalah upload apa yang patut ye.  

Meanwhile, u oll semua take care.  Jangan notty2.  Pesanan utk suami dan anak2 saya juga, jaga diri.  Mama love all of u :)  Pesanan penting buat sahabat yang lagi sorang tu, lambat kalu..tinggal! Hahaha...

Monday, December 31, 2012

Happy New Year 2013


Kejap je kan dah nak masuk tahun 2013.  2012 has been good to me, so I pray and hope that 2013 will be nice to me too :)  

Ok, now...apa azam korang?  Dee takdelah nak berazam2 sangat.  Cuma ingatkan next year nak start control makan.  Pagi bfast ringan2 je kat opis.  Takmoh dah bfast berat2.  Seminggu sekali makan nasi lemak oklah.  Lepas tu takmoh makan kat luar kerap sgt macam dulu.  Ingat nak bawak bekal.  Sebab nak savings byk sket.  Tahun depan banyak sangat planning jalan2 nya..hehehe.  Atau saya ikut opismate gi gym je tiap kali lunch.  Ha..lagi cun kan?   Dah2..tu impian je tu..lum tentu lagi terlaksana..hehehe.  

Apapun, moga tahun depan akan lebih masyuk dan awesome buat korang tau.  Moga kita semua dan keluarga saya panjang umur, murah rezeki, sihat selalu dan juga terus diberkati Allah SWT.

Monday, December 24, 2012

Takde Mood


Takde mood nak blogging je..hahaha.  Sebab saya sedang bercuti sampai tahun depan.  Malasnya nak up entry.  Korang keje ke? Selamat bekerjalah ye kawan2.  Pada yang bercuti tu..Happy HoHoliday!!

Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha..


Salam hari Khamis pada semua.  For sure ada yang dah cuti.  So, pada kengkawan yang dah nak balik kampung tu, hati2 di jalanraya ye.  Moga selamat perjalanan pergi dan balik.  

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua sahabat2.  Harap AidilAdha kali ini memberi makna yang mendalam tentang pengorbanan kepada kita sebagai hambaNya.  Tak lupa juga, selamat melapah dan makan daging moo..moo :-)  Jaga kesihatan ok.

Friday, September 14, 2012

Raya Oh Raya...


Fuhhhh...penatnya.  Hari2 ada open house kat opis ni.  Dept tu, dept ni.  Yang gambar kat atas ni masa open house untuk kakitangan.  Perut makin gendut.  Kaki makin sakit.  Cerita2 raya akan menyusul minggu hadapan...hahaha.  

Happy long weekend untuk korang.  Plan asal saya ke Singapore terpaksa ditunda.  Ok, saya frust ;(  Takpe, kita plan molek2 balik.  Enjoy your weekend and safe journey for all who wish to travel.  Selamat Hari Malaysia semua! Take care!

Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Salam Hari Kemerdekaan semua..I love my HomeTown..Malaysia :)

Monday, August 27, 2012

Selamat Kembali..


Selamat kembali bertugas semula.  Kalau ada yang masih cuti tu mcm suami saya..wah3..enjoy sakanlah ye.  Ada yang dah berpuasa 6.  Saya ingat nak mula hari ni tapi malangnya 'raya' lagi sekali lah pulak kan.  Takpe, minggu depan boleh je mula.  Masih ada syawal..insyaallah.  Hari ni seronok rasanya.  Kembali jumpa opismate yang dirindui.  Breakfast dan lunch sama2.  Esok jelah cerita ceriti tentang raya eh.  Banyak benda kena settle.  Almaklum cuti 9 hari kan..hehehe.

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri..


Salam Aidilfitri buat semua teman2.  Maaf dipinta atas segala kesalahan selama perkenalan kita.  Berhati-hati di jalanraya.  Tahun ni tak sempat nak buat personalized e-card.  Yang google punya pun ok je kan..hehehe.  Harap bertemu lagi pada 3 September.  Hahaha..silap tarikhlah geng..jumpa lagi pada 27 August tau.  Sayang korang semua.


Monday, August 6, 2012

Nuzul Quran & Tahniah!


Assalamualaikum wrt wbr pada semua sahabat.  Dee ucapkan selamat menyambut Nurul Quran.  Moga kita teruskan amalan membaca Al-Quran dan jadikan ia panduan hidup.  Tinggal lagi separuh je bulan Ramadhan, moga kita rebut peluang yang ada utk terus melakukan ibadah.  Pada yang bercuti, manfaatkan cuti anda ye. Jangan menyesakkan ibukota..kehkehkeh.


Dee jugak nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Dato' Lee Chong Wei di atas semangat juang yang tinggi.  Menang perak pun bukan satu tugas mudah.  Jangan bersedih, kami tetap bangga dengan kejayaanmu.  Pada yang bersedih tak dapat makan aiskrim BR tu, belilah sendiri ye.  Jangan harap makan free je..kuang..kuang..kuang...jangan marah!

Thursday, May 31, 2012

My 38th Years...


Masa korang baca entry ni, saya dah on the way ke utara.  Holiday lagi 3 hari.  Doakan perjalanan saya selamat pergi dan balik.  Oh ye..semalam saya google pic birthday atas nama Sarina.  Jumpa Si Racoon ni..ada lagi pic lain..wah..menarik.  Google lagi...


Birthday pic untuk Dee pulak, ada lagi few pictures.  Bertambah menarik.


Sebenarnya, hari ni usia saya menginjak ke 38 tahun.  Doakan yang terbaik untuk saya dunia akhirat ye.  Sayang korang semua.  

P/S:-  Betullah orang kata, orang tua ni cepat sensitive.  Saya sedang berkecil hati ;(

Monday, April 30, 2012

Happy Labour Day


Salam friends, sorry tak sambung lagi kisah 'palace'.  Saya kursus 3 hari berderet utk 2 minggu ni.  So, paham2 jelah.  Memang penat sangat.  Mentally exhausted.  Blog terabai 3 hari..huhu.  Sabtu aritu lak gi Melaka ngan blogger popular.  Sampai KL pukul 2 pagi.  Penat sesangat tapi enjoy.  Rabu saya story eh.   Insyaallah.


Apapun, harap cuti Labour Day nanti saya boleh rest.  U oll pun rest tau.  Happy Labour Day!

Friday, April 6, 2012

Sorry & Enjoy Your Weekend Friends..


I'm sorry.  Lately tak sempat nak jengah rumah u oll.  Saya kebizian dan kepenatan.  Ada few blogs yg saya tak boleh buka di opis, so kena balik rumah baru BW.  Sorry again...


Apapun..have a great weekend ok!

Friday, March 2, 2012

Happy 7th Birthday to Mimi..


Today is the day.  Happy 7th Birthday to my lovely daughter Sarah Syazwani @ Mimi.  Mama sayang kamu.
Cepat je masa berlalu, Mimi dah 7 tahun pun.  Tinggi pun dah sampai paras pinggang Mama.


Mama doakan agar Mimi sentiasa sihat, berbahagia dan kekal cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat.  Jangan nakal2.  Jangan makan banyak nanti bertambah montel.  Malam nanti, kita celebrate ye..insyaallah.

P/S:- Nak tengok kecomelan Mimi dulu, boleh tengok kat SINI.


Tuesday, February 21, 2012

Happy 8th Anniversary


Bismillahirrahmanirrahim..hihihi...malunya..suami ada kat sebelah ni..camana eh nak mulakan.  Okeylah, 8 tahun dulu, tarikh yang sama, kami bernikah.  Gambar kat atas ni acara batal air sembahyang tapi kat rumah je..tak buat kat surau.  Pantang keluarga  saya dan suami..tak manis cium2 ni kat surau.  Sbb tu lah tak pakai tudung/selendang..hehehe.  Masa ni semua orang yang pernah mengalaminya..rasa malu sgt2 kan..hahaha.  Apapun..inilah kenangan terindah.

Pada suami yang tercinta, Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 8.  Moga jodoh kita  berkekalan hingga ke akhir nyawa.  Apapun kekurangan Abang, saya terima seadanya..begitu juga yang saya harapkan sebaliknya.  

Macam biasa, tiada hadiah istimewa yang diberikan.  Cukuplah sekadar ucapan dan kepercayaan yang diberi selama ni.  Di manalah saya boleh dapat suami yang hari2 tolong basuh kain, sidai kain, buat air, bantu jaga anak2, tolong masak, gosok baju sendiri..oppss..hehehe..dan yg paling best...beri kebebasan utk saya bersukaria dengan kawan2.  Alhamdulillah..banyak dugaan dan cabaran yang telah dilalui bersama.  Saya tak mintak apa2.  Cuma saya nak rumah banglo sebijik..boleh kan? Muahaha..

Friday, January 20, 2012

Happy Chinese New Year!

Lagi 2 hari, kaum Tionghua akan menyambut Tahun Baru Cina.  Tahun Naga..ada Ong kata dorang.  Siap ada orang suruh saya pregnant lagi.  Ong wooo..kalau dpt anak Tahun Naga.  Belum lagilah bab2 pregnant ni.  Tapi pada semua kawan2 saya yang berbangsa Cina saya ingin mengucapkan "Happy Chinese New Year, may this year brings more prosperity, longevity, happiness and peace too."


Jangan makan limau mandarin banyak sangat.  Nanti cirit birit.  Jaga kesihatan.  Nak2 cuaca tak menentu ni.


Kepada yang travelling atau balik kampung, berhati-hati di jalanraya.  Moga selamat sampai ke destinasi.  Ingatlah keluarga yang tersayang.  Saya jalan tak jauh sangat, Bukit Beruntung sahaja..hehehe.  Ada kenduri cukur jambul lah.  Lepas ni baru travel jauh...happy holiday utk semua.  Take care.

Friday, December 30, 2011

Goodbye 2011....Hello 2012!


Hari ni  baru 30 Disember kan?  Tapi inilah entry terakhir saya dalam tahun 2011.  Sebab saya mmg tak buat entry masa saya cuti.  Lagipun saya mana ada masa.  Oh ye..hari ni Mimi orientasi.  Dia masuk Tahun 1.  Saya sedih sebenarnya sebab tak dapat hantar Mimi pergi orientasi.  Gambar pun tak taulah ada ke tak.  Ayahnya yang uruskan hari ni.  

Memanglah ayah dia merayu2 pujuk saya keluar sekejap dari pejabat.  Tapi susahlah kan..saya ni baru je bekerja kat situ..tak smpi sebulan pun.  Tak beranilah saya nak lari2 walau sekejap.  Mujur masa Mimi masuk Pra dulu saya yang hantar.  Jadi xdelah kempunan sangat.  Harap Mimi steady je mcm masuk Pra dulu.  Lagipun dia dah biasa ngan sekolah tu.  No worries.  Saya berharap juga yang ayah dia tak menangis sbb kena handle semua benda sorang2..hahaha.  Eh..buat anak sama2 kan...urusan anak pun kenalah share sama2 gak...ahakssss.

Tahun 2011...oklah bagi saya.  Takde kenangan yang pahit sangat..semuanya biasa2.  Ada suka, ada duka. Yang paling saya happy sebab dpt bekerja di tempat baru. Alhamdulillah, murah rezeki.  Doa saya di tahun 2012, moga ianya lebih baik dari tahun2 yang dulu...amin.  Kepada semua, saya ucapkan Selamat Tahun Baru.  Moga perjalanan hidup kalian lebih bermakna di tahun 2012.  Bye...see you all next year!