Perut dah kenyang, jom cepat2 kita ke destinasi terakhir sebelum terbang pulang. Ke mana? Candi Prambanan. Sebuah lagi Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Sebelum masuk, sila beli tiket dulu. Untuk foreigner memang mahallah. RP171,000 = RM53.20. Semua tapak UNESCO memang mahal2..bertabahlah bayar..hehehe.
Jom menapak ke Candi.
Wah...dah nampak..dah nampak. Tapi kena jalan jauh lagi ke macam kat Borobudur tempoh hari? Huhu.
Sebelum tu jom lah kita amik gambar dulu. Apsal rasa macam Iron Man je? Oh..sebab sinaran matahari terpancar didadaku..kahkah. Masa sampai ni matahari berada di belakang temple, so pic agak gelap sket.
Candi Prambanan adalah kompleks candi Hindu yang terbesar di Indonesia. Dibina pada abad ke 9 masehi. Candi ini dipersembahkan untuk Trimurti iaitu 3 dewa utama Hindu - Brahma, dewa pencipta, Wishnu, dewa pemelihara dan Siwa, dewa pemusnah. Jom kita teroka candi terindah di Asia Tenggara ini.
Nak naik ke Shiva Temple ni kena jaga beberapa langkah keselamatan.
Tinggi kau..tak boleh lama tau dalam ni..sorang 15 minit je. Maksimum sekali masuk 50 orang.
Jom2 kita tengok kawasan tapak projek..hahaha. Memang kena pakai topi kontraktor ni untuk langkah2 keselamatan ye.
Agak susah nak bergambar kat sini sebab ada je orang lalu lalang.
Pegang2 tapi takut jugak..kot tetiba ada runtuhan batu ke. Rimas tau pakai topi tu. Asyik nak terjatuh je.
Relief2 yang terdapat di dinding candi.
Semua relief2 ini ada cerita tersendiri.
Sebahagian runtuhan candi yang perlu dipelihara semula.
Ada 240 candi di sekeliling kompleks Prambanan ni.
Ada yang ranap akibat gempa bumi dan letusan Gunung Merapi.
Yeah..akhirnya berjaya menjejakkan kaki di sini.
Nak keluar dari sini seksa jugalah. Jauh kemain. Pastu berpeluh2 saya mengejar Wahida dan Ina. Kemain laju dorang berjalan. Sebabnya kitorang kejar flight..hehehe.
Bye2 Candi Prambanan. Bye2 kota Jogja.
Kami pulang ketika senja berlabuh di Jawa Tengah. Pemandangan sunset yang awesome di atas awan biru sambil melihat puncak Gunung Merapi. Alhamdulillah..kami pulang dengan selamat. Esok, entri terakhir Semarang/Jogja trip saya. Terima kasih kerana sudi membaca.
15 comments:
scary kan bangunan candi2 nieh...maybe sebab ukiran patung2 kat dinding tu.....tapi bagus ke sini, kite belajar sejarah dan budaya mereka...
aku suke pic di awanan biru tu dee..cantik dgn sunset tu .....
apokobonbo tu!!?
walaupun duk mengejat flight..
tapi sempat jugak visit tempat sejarah dorg...
selamat sampai malaysia sudah ye.. puas berjalan sambil belajar di sana.. :)
memang mahal la tiket nak ke tapak2 warisan unesco ni kan...nasib baik kuil2 kat Bali tu tiket masuk murah2 lagi...hahaha
bayar lebih skit pun tak pe kan....
the experience is priceless...
hombii siap bertopi kontraktor hijau lagik...
Post a Comment