Thursday, December 3, 2009

Kurang Asam...

Arini xde mood nk berblogging sebenarnya.  Teringat cerita2 si Devi masa dok urut sy psl public transport..nak2 monorail.  Sbb dia dok kt Brickfields kan.  Baca n pastu leh tau napa title n3 sy gitu.

Kisah 1

2 org buta masuk dlm tren monorail stesen Tun Sambanthan.  Oleh kerana dorang dh biasa naik..so, dorang tau mana seat utk OKU.  OB utk Org Buta..n MA utk Mangkuk Ayun..hahaha..kejamnya sy...

OB:  Mana seat OKU? Ni seat OKU kan?
MA: Mendiamkan diri..
OB:  Encik..ni seat OKU kan..bole bagi kami duduk?
MA: Sorry..first come first serve...
OB: Terdiam..

Wei...sy dgr cerita Devi ni terus terkeluar kata2 ni..."pala hotak dialah.  Suka2 je ckp gitu...eeeee...mmg kurang asam nyer MA..."

Kisah 2

Sama situasi...2 OB masuk monorail...straight gi kt seat yg dikhaskan utk OKU..

Sorang mat salleh bagi sorang OB duduk..yg lg sorang berdiri...
Mat Salleh suruh org yg celik tu bangun..dia xnak bangun..so OB yg lg sorang tu diri jelah..
Mat Salleh geleng pala (yg ni sy tambah)..dlm hati dia mesti berkata2..apalah Malaysians ni..x prihatin..

Mmg kurang asam betul...

Tu je..nk cari bahan n3 esok lak..kehkehkeh..

Wednesday, December 2, 2009

A Million Thanks..


Thx to Kojah yg sudi jumpa akak dia ni.  Kitorang mkn kt Wendy's last 2 weeks kot.  Dh lupa tarikh..hehehe.  Next time plan awal2 agar ramai yg leh join eh.
 
Then, jumpa Zana..ada few things nk pass kt dia.  Lunch kat Grandmama's Kitchen, Pavillion lg skali.  Sbb nk try other menu.  Ni Zana pya Fish Head Noodle.  Leh tahanlah.
 
 My Beef Kuey Teow...sedap gak.
 
 Zana minum Green Tea n sy order Teh Tarik je...kurenglah...hehehe.
 
 Teman Zana shopping kt Nichii..skali 2 helai baju dia angkut.
 
 Atas kiri tu Jamu Mak Dara..si Zana promote soh ambik.  Sy trylah.  Sebelah tu kuih tart yg sy order lps raya posa..dh hampir terlupa. Skali akak tu antar..amik jelah kan.  Yg fm2 tu pemberian Zana dari Genting & Cherating aritu.  Thx a lot Zana.
 
Thx to sis Rasp yg blanja SR cake masa besday Ayuthesun aritu..n the colouring books.  The kids love it so much.
 
This is from Sweetdarling.  Dpt hadiah utk teka jumlah duit raya anak dia.  Thx dear..cute sgt.
 
Dpt FM yg cantik ni dari Paris..thx K Ida..my best friend sister.

 Ni dari adik Nani Choc.  Dh lama dpt..ni baru nk tepek.  Thx nani.
 
Ini jamuan yg sungguh mengenyangkan dan menyelerakan semalam. Yg hitam tu..ayam masak kicap, telur dadar, sayur n sambal ikan bilis.  Fuh..sedap2.
 
Thx to Kty for the lovely dinner.  To everyone of you cyber friends, thx for the friendship.  May Allah bless you..amin..

Tuesday, December 1, 2009

Kisah Orang Buta..


Minggu lepas sy mengunjungi pusat urut org buta di Taipan, USJ.  Dahulu, mmg menjadi kebiasaan sy mendapatkan khidmat urut badan di situ memandangkan rakan sy pd ketika itu tinggal di Puchong.  Minggu lepas, dek kerana badan yg sgt2 sakit, sy mengunjungi mereka semula.  Tapi kali ini kunjungan sy sgt menarik.  Bertemu buat pertama kali dgn insan bernama Devi (bukan nama sebenar).  Berbual dari satu cerita ke satu cerita selama sejam berurut.  Bayarannya pun murah RM35 sejam.  Oh ye..ada tax sekarang, perlu tambah RM1.70.  Masih termurah sy rasa di Lembah Kelang ini.  Sambil berurut, sy bertanya tentang kesusahan dan kesenangan hidup seorang insan yg tidak bisa melihat.

Mengikut cerita Devi, dia tidak pernah menyesal dijadikan buta.  Kenapa sy cakap 'dijadikan'.  Kerana beliau lahir normal.  Bisa melihat segalanya.  Mula2 adik lelakinya yg buta akibat tercucuk pensel sewaktu kecil.  Kemudian, beliau pula buta kerana tercucuk kayu di sebelah mata kiri.  Adik ketiganya juga buta.  Ketiga2 mereka hanya buta pada sebelah mata sahaja tetapi lama-kelamaan dua2 mata mereka tidak nampak.  Pemeriksaan doktor dibuat dan doktor mengatakan urat saraf mata mereka sgt sensitif.  Tetapi doktor juga menyentuh tentang keturunan.  Perkahwinan ibu dan bapa Devi yg merupakan sepupu rapat menyebabkan mereka mendapat anak2 yg cacat.  Percaya?  Sudah tentu tidak.  Ibu Devi menafikan sekeras2nya tuduhan tersebut.  Devi tidak dihantar ke sekolah khas sehinggalah dia berumur 12 tahun.  Banyak yg perlu Devi pelajari kerana tertinggal pelajaran dari umur 9 tahun.  Mungkin ibu bapanya mengambil masa utk menerima kenyataan anak yg mereka lahirkan normal buta kesemuanya.

Ibu Devi tidak pernah putus asa utk mencari punca mengapa anak2 mereka buta.  Dari satu bomoh ke satu bomoh.  Dari sami Hindu ke Ustaz, Ustazah.  Ada yg mengatakan anak mereka buta akibat perbuatan org.  Mulalah ibu Devi mensyaki org2 tertentu sehingga melarang anak2 bergaul dan berbaik dgn saudara sendiri.  Kasihan Devi.  Nak jumpa saudara pun perlu dilakukan secara sorok2.  Kini Devi sudah berumur 23 tahun.  Orgnya sgt2 berdikari.  Pandai mengurut dan lebih suka hidup sendiri.

Pulang ke kampung, turun sahaja bas, ibu Devi pantas menyuruh anak2nya menyimpan tongkat putih. yg byk membantu mereka.  Adakah ibu Devi masih belum menerima kenyataan yg anak2 mereka buta?  Atau ibu Devi malu yg anak2 mereka buta?  Tapi Devi sentiasa bersangka baik.  Kelebihan tongkat putih itu byk kelebihan buat org seperti Devi.  Jika ada kenderaan melanggar mereka, kesalahan boleh diletak atas org lain kerana mereka buta.  Tanpa tongkat, siapa akan tahu yg mereka buta.

Di kampung, Devi bawa pulang semua barang keperluan spt syampu, sabun mandi dan ubat gigi sendiri.  Bukanlah tiada di rumah.  Tp perlakuan org celik tidak pernah mengingati utk meletak barang di tempat yg sama amat menyukarkan mereka.  Jgnlah dialihkan barang2.  Jgnlah diubah2 susunan perabut.  Sungguh lebih 10 tahun mereka buta, ibu Devi tetap terlupa perkara2 penting tersebut.  Namun, Devi akur, dia anggap itu kekurangan org celik yg tidak memahami org buta sepertinya.

Oh, ye..adik bongsu Devi berusia 16 tahun, celik orgnya.  Syukur...ada juga yg boleh membantu mereka.  Devi bercerita mungkin mereka 3 beradik rapat setahun seorang sbb tu ketiga2 mereka buta.  Adik bongsu jarak 5 tahun beza usia dgn adik no 3.  Sy usik Devi, mandremnya dh kurang agaknya.  Dh x lut.  Sbb tu adik Devi celik.  Dia tersenyum dan terkeluar ketawa kecil dari bibirnya yg manis itu.  Alahai Devi, cantik sungguh kamu.  Devi rasa hidup org buta sepertinya lebih bahagia dari hidup org celik.  Benarkah?  Sy terus berfikir sehingga ke hari ini...