Monday, August 16, 2010

Puding Sagu Gula Melaka..

 
Atas permintaan kawan2 di Facebook, silalah ambil resepi Puding Sagu Gula Melaka ni.  Sy baru je buat semalam..hehehe..makan sejuk2...sodap!!  Eh..u oll buat tau..senang giler!!

Puding Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:-

200 gm biji sagu mata ikan
200 gm gula melaka/gula merah
1 biji kelapa - ambil santan pekatnya
Sedikit garam
Daun Pandan

Cara-Cara:-

1.  Masak sagu dgn air mendidih, masak sehingga jernih.  Setelah siap diangkat, cuci bawah air mengalir hingga hilang kanjinya.  Toskan dan masukkan dalam bekas yg diingini dan simpan dalam fridge.

2.  Untuk kuahnya, masak santan pekat dimasak dgn daun pandan.  Masukkan sedikit garam.  Sentiasa kacau, jangan sampai pecah santannya.  Kemudian boleh simpan juga dalam fridge.

3.  Sebagai pemanis, masak gula melaka/gula merah bersama sedikit air untuk mendapatkan sirap yg pekat.

4.  Untuk hidangan,sagu yg telah disejukkan di letak di dalam mangkuk/bekas, dituangkan kuah santan pekat sejuk tadi ke atas sagu.  Diikuti dengan sedikit sirap gula melaka.  Sedap dimakan ketika sejuk.

Sumber gambar dan resepi dari sini ye.  Thx Dapur CT!!

Cataract...

Ini adalah entry republished.  Buat masa ni sy ada masalah dgn pc sy.  Tension!!


Okey..hari ni sy nk citer psl Cataract. Kenapa? Sbb sy adalah pengidapnya. Cataract ni lazimnya akan dialami oleh org2 tua, risiko utk kena tuh lebih tinggi. Sy ni pesakit cataract sejak lahir lg. Kiranya ni penyakit keturunanlah. Arwah ayah sy adalah pesakit cataract...so kitorang adik beradik ramailah yg kena. Dia cam selang-seli...out of 6 adik beradik, yg x kena cuma 2 org je. Pastu anak2 buah sy ada yg kena..dan ada yg x kena.

Skrg ni sy tgh pantau mata anak2 sy..kecil2 biasanya x nmpk. Bila dorang dh start reading sok..akan terserlah penyakit tu. Tp rasanya anak sy yg sulung tu cam ada sket...ermm..nk buat camno? Penyakit genetik..xleh larilah. Tp sy tengok Fifi lagi teruk.  Kena cahaya sikit pun dh x tahan.  Silau katanya.  Ini juga adalah penyebab kenapa sy x boleh ambil driving licence masa muda2. Kalo ambil juga masa eye test je, dah kantoi..hahaha.


Sy telahpun menjalani operation for both eyes. Mata kanan telah dioperate ketika umur sy 20-an gitu. Dibuat di Hospital Mata Tun Hussein Onn PJ..fully biused. Masa tu mc sebulan..cuti bergaji tau..syiokk!! Siap tido kat wad lg. Selepas 10 tahun gitu, mata kiri sy buat hal..dh start blur2. Sy gi operate kat Optimax Shah Alam. Doctornya perempuan..Dr. Norazlina Bachik. Doctor nyer baik. Tp zamankan dh berubah..so operation nya cuma bubuh ubat bius jenis titik tu kt mata. Mc nyer pun sekejap je...seminggu je. Habis je operate terus balik umah..xde tdo2 kat dlm wad pun.

Pastu mata kanan sy yg telah dioperate 10 tahun lepas kembali tidak nmpk apa2..sy dh saspen..alamak..butalah sy.  Sy pegi optimax lagi sekali..doc suruh buat laser je..dia tembak2 pakai lampu laser warna merah....lepas tu dia kata mata kiri sy pun dah ada selaput balik..so, doc akan tembak both eyes tp charge for 1 eye only. Fuh!! tu yg sayang giler kat doc tu. 1 mata treatment laser dia 600++. Kalo 2? Tu yg puji doc melambung tuh!!

Oh..ye..cataract tu cam ada selaput putih tebal menutupi kornea mata. Ianya menghalang penglihatan dan mata akan cepat silau. Dulu2 sy tgu bas pakai sunglasses. Bas dh dekat baru nmpk nombor..kdg2 terlepas bas...hahaha. Pastu baca apa2 dekat je muka kat buku..cam nk cium buku tu je. Kalo gi kelas tempat sy mesti kt depan. Tiba2 sy teringat masa interview nk masuk ITM. Interviewer tu tya sy..kalo awk x nmpk camana nk belajar. Dgn egonya sy jwb..mata x nmpk pun dpt Pangkat 1, SPM. Dah tuh 11 tahun belajar bole je...takkan lg 3 tahun tak boleh kot. Hahaha..berani betul sy masa tu.  Sbb tu kot sy dpt masuk ITM. Kalo korang nk tau info lebih lanjut..cuba jenguk web ni http://www.optimax.com.my/

Skrg ni mata sy dh ok..bolehlah kalo nak pegi amik driving licence. Tapi smpi sekarang stereng takut kt sy..hahaha.  Sy x pakai specs..tp kalo tgk nombor kecik2 tu kantoi gaklah..hehehe. So, pesanan khidmat masyarakat...sayangilah mata anda!!

Friday, August 13, 2010

Dulu Rumah Kedai Sekarang Jejak Rasul

Credit to Google Image

Lambat betul sy bersiaran hari ini.  PC sy problem sgt2..sepuluh kali sy restart.  Rasa mcm nk campak ke luar tingkap pun ada...hehehe.  Sabar2.  Yg benornya nk cerita tentang drama atau dokumentari yg wajib ditonton pada bulan Ramadhan ni.  Dulu masa kecik2..dalam tahun awal 90-anlah  petang2, sy akan berteleku depan tv tunggu cerita ni.  Memang menarik..skrg ni Allahyarham Sudiro yg memegang watak Tapa pun dh meninggalkan kita.  Harun Salim Bachik pun ada..mmg drama ini membawa seribu kenangan.  Nostalgik sungguh...smpi sekarang memberi kesan di hati.

 Credit to Google Image

Sekarang ni sy tunggu dokumentari hebat ini pulak.  Jejak Rasul..dah musim ke 16..Jejak Rasul 16 Srikandi.  Tak sangka cepat betul masa berlalu.  Kali ini lebih istimewa kerana menampilkan Hajjah Ezzah Aziz Fawzy.  Bersiaran pada jam 6 petang..kalo masak cepat dptlah tengok..kalo lambat dptlah tengok hujung2 tu.  Tapi selalunya sy pasanga telinga walau duduk kt dapur.

Credit to Google Image

Ada tiga bahagian.  Semuanya menarik.  Sekarang ini bahagian pertama tentang sejarah perjuangan dakwah dan usaha2 mengembangkan syiar Islam oleh tokoh2 wanita seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Fatimah Az-Zahraa, Fatimah binti Al-Khattab dan Siti Aisyah Binti Abu Bakar.  Siri kali ini adalah berkaitan kaum Hawa.  Sebab tu krew pun sorang je lelaki.  Sangat menarik.  

Bahagian kedua pula memberi penekanan kepada erti perjuangan jihad dan rasional agama Islam yang membenarkan peperangan demi menegakkan syiar Islam.  Manakala, bahagian ketiga pula mengajak penonton mendalami asal-usul dan perkembangan kaum Yahudi dan Bani Israel.  Oh..pengacaranya juga berbeza-beza. So, don't miss yeah.