Friday, June 3, 2011

Nur Kasih The Movie..

Okey, tengok last weekend..hari ni baru nak buat review.  According to my daughter si Mimi tu..ini cerita orang tua.  So, dia telah mengambil langkah tidur sepanjang movie siap berselubung dgn my Pashmina...hmm. Salah mamanya juga bawa dia tengok movie ni pukul 10 malam.  Mmg waktu tidur dia pun..tapi Fifi berjaga smpi habis movie..siap nyanyi lagu2 yg entah apa2..bangun..duduk..bangun..duduk..siap kentut2 sekali.  Dia kalo tengok citer kartun kat wayang pun mcm tu jugak..jenis cepat bosan.  Takleh dok diam.

Review saya?  Citer ni starting je dah sedih.  Bawak tisu ye u oll.  Saya lap airmata ngan hujung lengan baju je..hahaha.  Pashmina dah jadi selimut mimi.  Best jugaklah cerita dia..tapi takde apa yang outstanding.  What do u expectkan?  Cerita kekeluargaan.  Mcm cerita2 Khabir Bhatia sebelum ni, scene cantik2lah..suasana kampung..mmg boleh bikin jatuh cinta.  Dari 5 bintang..saya bagi 3 je.  Jangan marah..tp worth watching utk yg mengikuti drama Nur Kasih.  Kalau tak tengok drama..gi tengok dulu..pastu baru tgk movie ni..kalo tak mmg tak pahamlah.  Okeylah..gtg.  Bye2..enjoy your weekend!!

Thursday, June 2, 2011

Pergi Nuffnang 2 Kali dan Meehoon Cantonese Perisa Lumix..

First time pergi Nuffnang menemani Amy ambik tiket wayang.  Makan di Mother's Kitchen berhampiran.

Order nasi goreng seafood yang 'pre-cooked'..hmm..x sedap.

Masa ni tak bawak apa2 utk ditinggalkan di footprints Nuffnang.  So, bergambar jelah.  Bestlah opis dorang...sempoi and please buka kasut ye..hihihi.

Kali kedua pergi Nuffnang opis...pergi hari Jumaat jugak.  Ditemani cik adik manis Amy Sw33tdarling jugak.  Sib baiklah kawan sorang ni sudi tolong saya.  Hari tu ambil tiket dia..kali ni ambil tiket saya pulak.  Makan di tempat yang sama..Mother's Kitchen.  Dia minum barli ais dan saya sirap limau.  Biasanya saya tak suka limau tapi sebab haus sangat...orderlah air ada lime juice.

First time dulu order nasi goreng yg dah dimasak siap2..tak panas tak kick..so, kali ni order kuey tiow goreng..eh..nampak sikitkan walhal byk tu..pinggannya besar.

Amy order meehoon cantonese.  Punyalah berkungfu nak amik gambar..almaklum blogger tegar..dgn kamera lumixnya terjun sama dlm meehoon tu.  Tu saya tepekkan..tp rupanya begitulah dlm meehoon tu..hahaha.

Kelam kabut ko si amy lap..hahaha..takutnyer.  Yelah nak beli pun berkira2 duit dalam poket.  Dah beli wajiblah sayang kan.  Sib baik kamera ada dlm sarung..kalau tak..huhu..nangis.

Meninggalkan jejak di billboard Nuffnang...eh bukan saya.  Si Amy tu hah.  Yelah income dia lagi lebat dari saya..hihihi.  Next time pegi saya nak boh keratan tapak kaki besar tapak kaki gajah..boleh?  Gurau jelah.  Dahlah baju saya kembang mcm saya preggy 6 bulan..hish.  Dua kali pergi, dua kali amy pakai baju warna hijau.  Hmm..entah bila nak sampai Nuffnang lagi.  Maybe next year bila Nuffnang bagi saya tiket wayang free lagi utk next birthday.  Thanks Nuffnang for the free tickets..love it!!  Eh..3 tahun blogging, ini first time saya buat entry psl Nuffnang.  Selama ni tak pernah..hihihi.  Doa2lah email u oll dipilih secara random utk dpt tiket wayang free masa birthday u oll ye.  Good luck!

Wednesday, June 1, 2011

Kedai Nasi Ayam..

Lama betul tak makan nasi ayam.  So, hari tu ronda2 di Midvalley..terus terjah ke Chicken Rice Shop.
Saya yang kerinduan nasi ayam..of courselah order nasi ayam.  Amik set punya.
Lepas tu dpt dessert ni..ntah apa2..sekadar nata de coco + kiub ais...belasah.
Kalau set tu biasalah ngan tauge merimbun dan pai tee ni.
Menu kawan saya lupa lak nak snap.  Dia makan dry wantan mee.  Muka orang tak sabar nak makan nasi ayam.  Eh..thx pada yang wish birthday saya semalam.  Pada makcik, pakcik, kakak, abang dan adik2..hehehe.  Sayang u oll.  Muah!!