Showing posts with label dinner. Show all posts
Showing posts with label dinner. Show all posts

Monday, March 17, 2014

Silver Dinner 2014


Dinner company ni actually bulan January aritu. Tak sempat nak buat entry. Dinner this year diadakan di KLCC Convention Centre.


Alhamdulillah..dapat meja betul2 depan pentas dan belakang meja VIP. Thanks pada Manager saya yang hebat cari tempat duduk...hehe.


Bersama opismate saya yang dah 2 tahun join dinner bersama saya. Well, budak dept saya tak berapa minat nak gi dinner2 ni. So, kalau ada sorang dua yang nak join mmg saya akan pergilah.


Food malam tu bolehlah..sedap jugak. Lagipun masing2 dah kebulurkan..hehehe.


Artis pertama malam tu, Ayu OIAM. Pengacara majlis si Helmi Gimmick. Takde lak picture dia. Tapi masa ni saya keluar gi toilet dan merayap kat luar.


Tak lepaskan peluang bergambar dengan kereta Silver ni.  Oh ye, tema dinner tahun ni "Silver Fever".


Ha..amik kau..sampai ternganga.  Actually pic yang cantik2 ni disnap oleh beberapa orang photographer. Saya amik dari Gallery..hehehe. Terselit gak gambar saya depan pentas. Mmg tiap kali dinner saya kat depan..haha. Tak padan dengan mak orang kan. Menganga tengok siapa?


Tengok dia ni lah..hahaha. Enjoy lah malam tu. Actually saya taklah minat giler2 kat Anuar Zain ni tapi dah depan mata tengok jelah kan..nikmati muzik dan nyanyiannya. 

Ini kali ke 3 saya jumpa dia depan2. Pertama kali dulu Minggu Setiausaha, lepas tu Award Night dan kali ni kat dinner ni lah. Yang penting malam tu saya tak menang apa2 hadiah..hahaha...hampeh. Cuba lagi tahun hadapan...hihi. Oklah, tu je. Chow!

Thursday, April 4, 2013

Family Dinner @ Tony Roma's


Bila dapat rezeki, belanjalah keluarga...itu kata Ustaz kat opis saya.  So, jomlah kita makan2 sempena rezeki yang melimpah dikurniakan oleh Yang Esa utk saya last month.  First time, suami makan kat Tony Roma's.  Mimi macam biasa merungut, tak abis2 nak makan KFC...hehehe.


Sebab ada 2 orang kanak2, maka Kids Menu lah kita ye.  Sayur ni?  Takde sorang pun makan.  Cuma saya dan suami je rasa sikit.  Terasa macam rabbit pulak...hahaha.


Main meal utk kids cheezy pizza.  Sedap kata Mimi sebab xde apa2 kecuali cheese.  Dia mmg tak suka bawang & segala benda biasa dalam pizza tu.  Lagipun rotinya roti pita lagilah sedap, saya pun makan jugak sekeping..hehehe.


Crispy chicken ni Mimi punya.  Pun sedap.


Suami saya order Ribeye Steak tapi dia kata kureng.  Dia kan oldskul, so The Ship tetap di hati..hahaha.


Dessert, oreo sundae..mmg favouritelah anak2 lah kan.  Tapi saya mmg tak order apa2.  Tukang perabihkan food anak2.  Confirm dorang tak abis..hehehe.


Alhamdulillah, dapat kongsi rezeki bersama keluarga.  Fifi macam biasa, leka dengan games2 kat Kid's Menu tu.   Mewarna je kerja dia.  Moga dapat terus menggembirakan mereka...amin.

Tuesday, February 5, 2013

Birthday Dinner @ Bubba Gump



Last 2 weeks birthday best friend saya, so macam biasa kalau tanya dia nak makan kat mana, sokmo tak tahu.  Jadi saya yang decide utk birthday girl.  Makan kat Bubba Gump jelah kan.  Kat The Curve.  First time ni.


So, diajar oleh waitress yang comel dan sporting ni.


Kalau letak signage ni maknanya do not disturb lah..so, korang pikirlah dulu nak makan apa kan. 


Then bila nak panggil dia, tukarlah ke signage ni..  Pastu order..dah order, tukar balik ke signage biru tadi.  Kalau tak, waiter/waitress dia akan kacau uol lagi..hehehe.


Air saya yang pepel tu, Speckled Blueberry RM12.90.  Yang lagi satu tu Mango Sparkler harga sama RM12.90.  Giler mahal air..hahaha.  Tu pun order paling murah tau.   Rasa masam2 sket, umpama minum blackcurrant ngan mango juice...sedap gaklah.


Then my bff order Clam Chowder in a cup ni RM9.90.  Yang ni marvellous.  Sedap sgt2.


Dia pergi order pulak mashed potato.  Banyak.  RM7.90.  Tak abis makan ni.  Boleh tahanlah sedap tapi agak dry sbb takde gravy mcm KFC.


This is mine, Dynamite Shrimp.  Harga RM22.90.  Biasa je rasa dia.  Macam kau makan udang goreng ada pedas2 sket.  Bawah tu buta2 je kobis.  Udang x seberapa, kobis menimbun.


If you asked me worth it tak?  I would say no.  Betullah kata my officemate, Bubba Gump is not value for money.  Nak rasa? Boleh.  Revisit?  Don't think so.  Unless orang belanja..hehehe.

Tony Roma's yes mahal tapi berbaloi.  Jangan marah, ini opinion saya.  Maybe orang lain ada pendapat masing2.  Takpelah, at least saya dah merasa.  In terms of environment yes, sangat menarik.  Total makan RM77.15.  So, yang tak pernah try, bolehlah kalau nak cuba :)

Monday, January 14, 2013

Rockin' All Night Long..


Short notice betul Dinner this year.  Rupanya company sambut ulangtahun yang ke 5.  So, dinner kat The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.  New hotel.  Toilet dia giler awesome..hehehe.  

Ok, pic kat atas tu saya mmg over..hahaha.  Konon rock lah tu.  Oh ye..dapat door gift beg kecik tu..tp ada bos ajak tukar, so sy dpt water bottle kuning..cun.  Ada yg dpt mug, cap jugak.  Cabut kad nasiblah dpt apa.  Oh ye..mekap sendiri, baju belasah je janji ala2 Hard Rock Cafe.


Dapat semeja dengan geng satu dept.  Best.


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu korporat.


Gitar atas meja ni, opismate rembat.  Gitar besar2 tergantung atas siling dewan susah sketlah kan nak rembat..hehehe.


Opening ialah dance from staff sendiri.


MC malam tu Naz Habibur Rahman..tapi pakai rambut palsu..rock kan..hahaha.  Kenal tak?  Gi google.


Lepas tu ada slot video2 semua senior mgmt.  Serius lawak, gamat dewan ketawa.  Kat atas tu our CEO. Ye..mat salleh.  Ada 3 mat salleh dlm senior mgmt.  Ada yg shuffle, ada ala2 Aaron Aziz..creative.


Persembahan mula2 Stacy.  Lagu Pelangi Petang Senja (thx Ct Elly sbb perasan..hahaha) dah pasti lah kan.  Pastu CEO Insurance & CRO menari lagu kasanova ngan Stacy.  Kemain lagi..sporting.


Then, Kumpulan Hujan.  Alahai, best giler.  Handsome tau si Noh ni tgk dekat2.  Mmg mcm tgk gig.  Saya?  Kat depan pentaslah..hahaha.


Yang ditunggu2 persembahan terakhir semestinya...Ella.  Best sangat2.  Semua lagu dia saya tahu nyanyi.  Sangat2 enjoy.  Ada share few videos kat FB.  Leh lah tengok kalau nak.  

Masa ni makan2 dah tak heran sgt.  Tapi food best2 jugaklah terutamanya brownies dia.  Yummy.  Ella nyanyi lagu Nuri, Rama2, Kesal, Layar Impian dan ada lagi tak ingat tapi closing dengan lagu Standing in The Eyes of The World.  Ella sangat2 lawa.  Tambah berseri lepas kahwin.  Tapi dia mmg manja.  Saya suka...hehehe.  Mmg penuh staff depan pentas.


Saya tunggu sampai habis dengan harapan dptlah lucky draw.  Tapi saya ni mmg tak pernahnya lucky.  Hadiah pertama pakej percutian ke Hard Rock Bali, kedua Hard Rock Pattaya, then ada TV LCD 42", ada Iphone5 32GB, Ipad, Galaxy Note 2, Galaxy Note 10.1, HTC One X, Camera Samsung Galaxy, Ipod Nano dan byk lagilah.  

Takpelah, tak bertuah pun, yang penting malam tu saya mmg betul2 enjoy.  Sepanjang kerjaya saya, inilah kali kedua saya attend Annual Dinner.  Mmg saya enjoylah.  See u oll tomorrow...bye.

Friday, January 11, 2013

Malam Ini..

Di sini, malam ini, harap2 takde road block.



Opening menari bersama si cantik manis ini.


Menyanyi bersama kumpulan ini.  Harap2 tak hujan.


Ber'head banging' bersama Ratu Rock yg manja.
Bertemakan ini. 
Oh..adakah saya akan memakai ala2 begini?  Nantikan....

Tuesday, July 10, 2012

Happy Thai


Lately saya kerap ke Brem Mall, Kepong.  Entah2 Brem Mall tu celah mana pun u oll tak tau..hahaha.  Brem Mall tu selain kat Kepong dekat dengan Jalan Ipoh.  Saya suka hantar pc utk direpair kat situ.  Sebab layanan baik, caj murah, negotiable and can be trusted.  Tempat paling saya tak mau kunjungi ialah Low Yat.     Silap percaturan boleh kena tipu.


Lepas urusan PC semua tu, perut berdondang sayang.  Tengok muka tu..tu muka orang lapar..hahaha.


Saya makan nasi goreng udang ngan latte.  Timun tu menarik tak?  Bentuk LOVE u..hahaha.  Sedap gaklah. Harga macam Secret Recipe lah lebih kurang.  Tapi mahal gaklah pada saya.  Macam tak berbaloi..hehehe.


Kawan saya makan kuey tiow ni.  Mcm kuey tiow kungfu.  Tapi yang ni mmg sedap.  Total semua ada dalam RM30++.  Tak berbaloi kan?  Hahaha.  Tapi tak taulah tomyam dia sedap ke tak sbb majoriti saya tengok orang order tomyam.  Maybe saya salah order kot.  U oll nak try, boleh gak.  Itupun kalau korang sesat ke Brem Mall lah eh...hahaha.  Chow..chin..chow!