Monday, December 10, 2012

Menara Alor Setar


Pagi keesokkannya, kami saja round2 Jeti Kuala Perlis tengok orang.  Pergghh..ramainya manusia nak gi Langkawi.  Bersesak-sesak.  Tak sangguplah hei.


Tetiba nampak pulak warung nama Dee.  Kawan sy yang teruja bila jumpa..hahaha.  Kami ikut jalan lama dari Kuala Perlis ke Alor Setar.  Kalau berjalan begini memang saya memilih utk tidak ikut highway.  Mahu menikmati seluasnya pemandangan.  Kiri kanan sawah padi, taliair..mmg memukau pandangan.


Perut berkeroncong belum breakfast.  Kami ikut Kodiang dan singgah makan di area gerai yang tertulis Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP).  Cari kedai ni tau.  Sebab apa?


Sebab roti canai dia marvellous.  Sedap, garing.  Kuah dal terbaik.  Makan 4 orang - 3 roti telur, 2 nasi lemak, air 4 tak sampai RM10 pun.  Bestkan dok kampung.  Murah..hehehe.


Lepas tu teruskan perjalanan ke Alor Setar.  Pemandangan Gunung Keriang ni saya tak sure samada sebelum atau selepas pekan Kubang Pasu.  Dah lupa...hehehe.  Yang bulat tu bulan tau..bukan matahari.  Awesome.


Yeay, akhirnya kami tiba di Menara Alor Setar.


Susah nak amik pic penuh.  Ada brader tu siap baring atas jalanraya nak snap pic ngan Ipad. Rugi, tak sempat snap aksi dia...hehehe.


Harga tiket ke pelantar pemandangan.  Tapi saya tak naik.  Sbb dulu2 masa couple ngan orang Alor Setar saya dah naik..hehehe.  Sedikit info mengenai Menara Alor Setar.  

Merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia.  Ketinggian 165.5 meter dan melibatkan kos sebanyak RM40 juta.    Ruang pemerhati di aras 88 dan juga terdapat sebuah restoran berputar.


Posing2 lagi sambil menunggu kedatangan seseorang.


Anak2 saya pun kemain lagi, jadi minah bunga dah ha.


Ini pic sepenuhnya.  Saya nak snap mmg fail dengan kamera digital biasa tu.  Orang yang ada DSLR mesti seronok snap pic kat sini.  Okey, esok nantikan kisah pertemuan saya dengan seorang blogger Alor Setar.

Friday, December 7, 2012

Chekkar Restaurant - Hatyai, Thailand


Balik dari Songkhla, kami singgah restoran Chekkar ni kat Hatyai.  Betul2 kat tepi jalan.  Parking pun luas.  Nampak tak botol air yg saya pegang tu?  Sampai kena kejar ngan tuan kedai..hahaha.  Kat bawah ni rupaparas botol tu.


Ni lah botolnya.  Air mineral je.  Botol kaca tapi unik.  Yg ni complimentary.  Minumlah berapa banyak pun. Botol ni dia sediakan 1 meja 3 botol.  Kawan saya dah berkenan.  So, kitorang angkatlah satu.  Nak beli dan sanggup bayarlah.  Tapi dorang mmg tak bagi.  Walau bagitau we pay, pun tetap tak bagi amik.  Maybe dorang save duitlah kalau ada botolkan.  Tinggal amik air je..hehehe.


Dalam restoran ni majoriti orang Malaysia.  Yelah, hujung minggu kan.  Memang kat area Hatyai & Songkhla jumpa orang2 kita jelah.  Suka restoran ni, cantik dan bersih.


Ni food yang diorder oleh Chief.  Nama saya tak berapa tahu.  Yang saya tahu Tomyam Putih tu sangat2 marvellous.  Tak pernah lagi saya rasa tomyam sesedap itu di mana2 kedai di Malaysia walaupun di restoran2 Thai..huhu.  Pastu ada daging mcm daging salai.  Kerabu kot..ada bilis & kacang yang rangup.  Dan juga ikan tenggiri masak kicap kot..aiseh tak ingatlah.  Tapi semuanya sedap2 belaka.  Confirm saya singgah sini lagi kalau ke Hatyai.


Lepas makan, baru kami pergi Town Hatyai.  Yang saya panahkan tu lah Hotel Lee Gardens yang pernah meletup dulu.  Betul2 kat tengah2 town hatyai.  Sebelah tu shopping complex.


Kat Thailand ni wayar elektrik dorang masyaallah berselirat.  Sampai saya pun serabut tengok.  Piring satelit macam Astro kita tu pulak warna2 warni tapi kebanyakkannya oren dan merahlah.  Di sepanjang jalan pun ada banyak Tesco.  Tesco dorang warna hijau.


Kedai2 massage ni merata lah kat Hatyai.  Urut sejam 200,000 Thai Bhat = RM20.  Murah?  Memang murah sangat2.  Tapi kami tak gi urut pun tak sempat.  Kan trip ni balik hari..hehehe.


Kedai2 dia macam Aked Ibukota kat jalan TAR tu.  Berlorong-lorong dan kiri kanan ada gerai.  Yang banyak dijual, IT gadget, kacang2 mcm pistachio, almond, DVD2 lucah bersepah dan gambar2 nya adui...sangatlah memalukan.  Mujur anak2 tak tanya apa tu ma?  Kalau tak jenuh nak jawab.  Kami byk shopping t-shirt RM10, comforter yg nipis tu, lingerie, baju tidur, fridge magnet.  

Ada barang yang harga lebih kurang je di KL.  Maybe kami shopping di tempat yang salah.  Almaklum first time smpi Hatyai.  Chief takde ngan kitorang.  Jalan kat town Hatyai jem masa2 weekend ni, so dia turunkan kitorang dan tunggu kami di tempat lain.  Polis Thai sangat garang ok.  Jangan berani2 park di tepi jalan.


Satu yang saya suka tengok di sini ialah motor2 ala2 vespanya..cute sgt2.  Warna menarik, corak cute2.  Geram je.  Sebenarnya ada Floating Market gak kat Hatyai.  Tapi kitorang tak pergi.  Lagipun perahu2 dia tak bergerak pun.  Tak macam yang kat Bangkok.  Sebab abis je shopping hujan pun turun dan dah pukul 4 petang waktu Thai.  So, kitorang decide balik terus.  Duit pun dah habis.  

Sampai border Malaysia pukul 6 petang waktu Malaysia.  Malam tu terus tidur Hotel The Sun, tak tidur dah kat guest house tu..seram u..hahaha.  Oklah, have a nice weekend everyone.  Lepas ni kami jelajah Alor Setar pulak.  See u on Monday :)

Thursday, December 6, 2012

Samila Beach, Songkhla


Selepas 2 jam perjalanan, kami pun tiba di Samila Beach,  Songkhla.  Mak aiii, masa sampai matahari tengah terpacak atas kepala.  Mmg panas sgt.  Turun gaklah amik gambar.  Dari jauhkan, takkan nak duduk dalam kereta je.


Posing kat replika Cat & Rat ni.  Patung ni melambangkan Cat Island and Rat Island.  Kat belakang saya dalam gambar first tulah Islandnya.  Nampak kecik je.  

Menurut lagenda,  ada seekor anjing, kucing & tikus yang belayar dalam sebuah sampan milik seorang pedagang Cina. Mereka mencuri bola kristal ajaib dan cuba utk melarikan diri dengan berenang di Samila Beach ni tp lemas.  

Kucing dan tikus tu jadi pulau di tasik Songkhla dan si anjing tu mati di pantai dan jadi sebuah bukit bernama Hin Khao Tang di teluk berdekatan.  Bola kristal tu hancur dan menjadi pasir pantai yang putih yang dikenali sebagai Hat Sai Kaeo.


Yey..setelah sabar beratur di belakang pengunjung2 dari Malaysia, barulah saya dapat amik pic ngan patung Mermaid yang famous di Samila Beach ni.  Dibuat dari tembaga pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus.  Mermaid ni pun kisah lagenda di Thailand.  

Alkisahnya mermaid ni tgh menyikat rambutnya dgn sikat emas di tepi pantai Samila pada satu malam lalu terserempak dengan seorang nelayan muda.  Mermaid ni ketakutan dan terus berenang ke laut semula.  Nelayan tu terus menunggu dan menunggu untuk bertemu semula dengan mermaid tu tapi hampa.  Ada juga yg ckp kalau sentuh 'dada' mermaid tu dpt good luck.  Tapi dee tak gamaklah nak raba 'dada' patung tu pulak dpn khalayak ramai...hahaha.


Kat tepi pantai tu ramai orang berjualan souvenirs.  Siap duit je.  Oh ye, penjual2 ni pandai cakap English & cakap Bahasa Melayu.  Urusan jual beli mmg senanglah sampai terlupa yg kitorang kat Thailand.  Abis dah cakap Melayu ngan penjual tu kan.


Ada orang berjualan sotong cucuk2 tu tapi Dee tak beli pun.


Kacang tanah pun ada tapi tak surelah ni kacang rebus ke apa.


Tapi air kelapa ni..pergh nikmat.  Sedap betul rasanya.  Kitorang siap repeat balik minum ni masa kat Hatyai.  Make sure korang minum air kelapa ni tau kalau ke Thailand.  Kalau tak silap harganya 30 Bhat.


Lagi satu wajib cuba coconut aiskrim ni.


Dia campur banyak bahan.  Pulut, roti, kacang, jelly, nata de coco dan boleh je nak pilih apa yg kita nak je.  Tapi aiskrim ni bila makan lama2 rasa muak.  Nak2 tang pulut tu.  Dahlah coconut ice cream tu berlemak.  Tapi wajib cuba at least pernah rasa.  Harga 30 Bhat jugak.


Ha..inilah dia Chief kitorang aritu.  Sebenarnya uncle ni adalah staff my friend.  Uncle ni Chief kat Kastam Perlis.  Pandai sket2 cakap siam.   Dia mmg otai jalan2 di Siam.  Seronok sembang ngan dia sepanjang jalan.  Tak kedekut dan sangat membantu.


Kat Songkhla ni juga ada byk universiti.  Ada dalam 4-5 buah universiti sepanjang perjalanan kami.  Besar2 universiti dorang.  Masa kami pergi tu ada juga universiti yg tgh ada konvokesyen.  Meriah.  Dengan bunga2 dan patung2 comel yg dijual di tepi2 jalan.  Memang menarik.

Kata-kata yang tertulis kat plague depan patung tu, 'Knowledge creates man.  The nation is created by man. Power comes from knowledge.  The nation must be created By the creative man."  The sculptor of the reading man reflects the symbol of Songkhla as a city of learning.  Lepas je bregambar kat sini kami terus ke Hatyai.  Esok je cerita ye.  Bye.