Pagi keesokkannya, kami saja round2 Jeti Kuala Perlis tengok orang. Pergghh..ramainya manusia nak gi Langkawi. Bersesak-sesak. Tak sangguplah hei.
Tetiba nampak pulak warung nama Dee. Kawan sy yang teruja bila jumpa..hahaha. Kami ikut jalan lama dari Kuala Perlis ke Alor Setar. Kalau berjalan begini memang saya memilih utk tidak ikut highway. Mahu menikmati seluasnya pemandangan. Kiri kanan sawah padi, taliair..mmg memukau pandangan.
Perut berkeroncong belum breakfast. Kami ikut Kodiang dan singgah makan di area gerai yang tertulis Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP). Cari kedai ni tau. Sebab apa?
Sebab roti canai dia marvellous. Sedap, garing. Kuah dal terbaik. Makan 4 orang - 3 roti telur, 2 nasi lemak, air 4 tak sampai RM10 pun. Bestkan dok kampung. Murah..hehehe.
Lepas tu teruskan perjalanan ke Alor Setar. Pemandangan Gunung Keriang ni saya tak sure samada sebelum atau selepas pekan Kubang Pasu. Dah lupa...hehehe. Yang bulat tu bulan tau..bukan matahari. Awesome.
Yeay, akhirnya kami tiba di Menara Alor Setar.
Susah nak amik pic penuh. Ada brader tu siap baring atas jalanraya nak snap pic ngan Ipad. Rugi, tak sempat snap aksi dia...hehehe.
Harga tiket ke pelantar pemandangan. Tapi saya tak naik. Sbb dulu2 masa couple ngan orang Alor Setar saya dah naik..hehehe. Sedikit info mengenai Menara Alor Setar.
Merupakan menara telekomunikasi yang ke 19 tertinggi di dunia dan yang ke 2 tertinggi di Malaysia. Ketinggian 165.5 meter dan melibatkan kos sebanyak RM40 juta. Ruang pemerhati di aras 88 dan juga terdapat sebuah restoran berputar.
Posing2 lagi sambil menunggu kedatangan seseorang.
Anak2 saya pun kemain lagi, jadi minah bunga dah ha.
Ini pic sepenuhnya. Saya nak snap mmg fail dengan kamera digital biasa tu. Orang yang ada DSLR mesti seronok snap pic kat sini. Okey, esok nantikan kisah pertemuan saya dengan seorang blogger Alor Setar.
23 comments:
aku tgh gigih scroll cari entry mistik ko tu....
Oooo..ada kenangan dgn org Alor Setar ya..hahaha
Pekan Kubang Pasu? Me confius dik...kat mana tu?
kt kedah mmg murah kan makanan die..nasi lemak pon boleh dpt harga rm1 dengan kuantiti byk..
warung tu tutup sebab taukenya pergi melancong...
dana pun penah gi kedah, suke ngn suasana yg hijau je...cumenyer kalu yg dh biasa duk tmpt sibuk cam kl, bile gi sana rasa cam aman n kosong skit heheh
kkdg kita naik cam tak caya dgn rege dia tu....
oooooooo pernah dating dgn alor setar ekkkkk hehehehehehe...
jumpa blogger sapa tu?
mesti ko terimbas kenangan silam kan nok...hahahaha...
lagi, lagi dan lagi!!!!
best nyer tgk Dee jenjalan utara..:-)
Post a Comment