Thursday, December 6, 2012

Samila Beach, Songkhla


Selepas 2 jam perjalanan, kami pun tiba di Samila Beach,  Songkhla.  Mak aiii, masa sampai matahari tengah terpacak atas kepala.  Mmg panas sgt.  Turun gaklah amik gambar.  Dari jauhkan, takkan nak duduk dalam kereta je.


Posing kat replika Cat & Rat ni.  Patung ni melambangkan Cat Island and Rat Island.  Kat belakang saya dalam gambar first tulah Islandnya.  Nampak kecik je.  

Menurut lagenda,  ada seekor anjing, kucing & tikus yang belayar dalam sebuah sampan milik seorang pedagang Cina. Mereka mencuri bola kristal ajaib dan cuba utk melarikan diri dengan berenang di Samila Beach ni tp lemas.  

Kucing dan tikus tu jadi pulau di tasik Songkhla dan si anjing tu mati di pantai dan jadi sebuah bukit bernama Hin Khao Tang di teluk berdekatan.  Bola kristal tu hancur dan menjadi pasir pantai yang putih yang dikenali sebagai Hat Sai Kaeo.


Yey..setelah sabar beratur di belakang pengunjung2 dari Malaysia, barulah saya dapat amik pic ngan patung Mermaid yang famous di Samila Beach ni.  Dibuat dari tembaga pada tahun 1966 oleh Jitr Buabus.  Mermaid ni pun kisah lagenda di Thailand.  

Alkisahnya mermaid ni tgh menyikat rambutnya dgn sikat emas di tepi pantai Samila pada satu malam lalu terserempak dengan seorang nelayan muda.  Mermaid ni ketakutan dan terus berenang ke laut semula.  Nelayan tu terus menunggu dan menunggu untuk bertemu semula dengan mermaid tu tapi hampa.  Ada juga yg ckp kalau sentuh 'dada' mermaid tu dpt good luck.  Tapi dee tak gamaklah nak raba 'dada' patung tu pulak dpn khalayak ramai...hahaha.


Kat tepi pantai tu ramai orang berjualan souvenirs.  Siap duit je.  Oh ye, penjual2 ni pandai cakap English & cakap Bahasa Melayu.  Urusan jual beli mmg senanglah sampai terlupa yg kitorang kat Thailand.  Abis dah cakap Melayu ngan penjual tu kan.


Ada orang berjualan sotong cucuk2 tu tapi Dee tak beli pun.


Kacang tanah pun ada tapi tak surelah ni kacang rebus ke apa.


Tapi air kelapa ni..pergh nikmat.  Sedap betul rasanya.  Kitorang siap repeat balik minum ni masa kat Hatyai.  Make sure korang minum air kelapa ni tau kalau ke Thailand.  Kalau tak silap harganya 30 Bhat.


Lagi satu wajib cuba coconut aiskrim ni.


Dia campur banyak bahan.  Pulut, roti, kacang, jelly, nata de coco dan boleh je nak pilih apa yg kita nak je.  Tapi aiskrim ni bila makan lama2 rasa muak.  Nak2 tang pulut tu.  Dahlah coconut ice cream tu berlemak.  Tapi wajib cuba at least pernah rasa.  Harga 30 Bhat jugak.


Ha..inilah dia Chief kitorang aritu.  Sebenarnya uncle ni adalah staff my friend.  Uncle ni Chief kat Kastam Perlis.  Pandai sket2 cakap siam.   Dia mmg otai jalan2 di Siam.  Seronok sembang ngan dia sepanjang jalan.  Tak kedekut dan sangat membantu.


Kat Songkhla ni juga ada byk universiti.  Ada dalam 4-5 buah universiti sepanjang perjalanan kami.  Besar2 universiti dorang.  Masa kami pergi tu ada juga universiti yg tgh ada konvokesyen.  Meriah.  Dengan bunga2 dan patung2 comel yg dijual di tepi2 jalan.  Memang menarik.

Kata-kata yang tertulis kat plague depan patung tu, 'Knowledge creates man.  The nation is created by man. Power comes from knowledge.  The nation must be created By the creative man."  The sculptor of the reading man reflects the symbol of Songkhla as a city of learning.  Lepas je bregambar kat sini kami terus ke Hatyai.  Esok je cerita ye.  Bye. 

17 comments:

hehehe... kalu lelaki msti selamba je pegang dada mermaid tu (agaknyer lah)

tgk buah kelapa tuh cam kecik je kn... 30bath tu baper hinggit kak?
 
best la kak jalan2 mcm ni. sempoi jek kan
 
mak aih..
besarnya buah dada dia!!

hehehehee
 
Banyak nau patung kat sana ek? Hmmm aiskrim tu pernah dengar org cite pasalnya... tingin lak nak rasa. Tapi yg paling tingin dan rasa tak tahan nengok tang orang menjual tu lah! Agaga...
My latest Entry :)
Resepi: Egg Moist Eggless Chocolate Cake
 
Dana: 30 Bhat adalah rm3...murah je..
 
Bestnya jalan2 sini.
 
patong mermaid tuh seksi...patot ramai nak begamba...hahahahah

btw, ayaq nyok tuh nampak mabeles....
 
Air kelapa.. bestnyee minum time panas-panas terik tu..
Dee, banyak ke awak spend kat sana?
 
Hahaha.. menarik info dari Dee..

Bestnyaa tgk dee minum air kelapa tuh..cam terasa2 jer nie..:)
 
nape x peluk je mermaid tuh akak? hahaha.. x malu btul mermaid neh.. tayang buah dada kat public.. ekekekeke~

 
ish..
kurafat betul la klu dpt luck pegang dada mermaid tu..
ahaha..
seb baek akak tak pegang
 
hah org kata air kelapa sana sedap..aritu minum gk
 
agak2 dlm sehari brapa ramai yg meraba mermaid tu ek hehehehehe

minum air kelapa time panas2 memang nyaman.....

more more more...
xsabar nak tau stori morri u...
 
seronoknya.. suka cara kak dee bercerita..informative ok...haha.. =p
 
Hakak nikan org Perlis tapi paling jauh pun kat sempadan tu je hakak terjah!
 
Mermaid tu tak pakai bra, patut la org selalu pegang dada dia! ~bahahaha
 
ada mermaid... terujanya...