Wednesday, February 22, 2012

WW ~ Hangggggiiiiiiiittttttt!!


AAAAAAMMMMMMMMMMPPPPPPPPPPPPPUUUUUUUUUNNNN..janji tak buat lagi.  Betul, aku janji..hahaha.  Okey, maybe korang dah dengar.  Ye..ye..Dee mengaku, Dee telah mengenakan Sis CT Elly Panggilan Hangit HotFM.  

Hmmm..camana nak start eh.  Sebenarnya pagi semalam, Dee on9..awal2 pagi.  Dalam pukul 7 pagi gitulah.  Tetiba..tiiinnnnggg...datang idea..best ni kalau dpt kenakan CT Elly panggilan hangit.  So, Dee pun masuk website HotFM dan register apa yang perlu.  Tapi serius, Dee tak sangka secepat itu FBI menelefon Elly.  

Kebetulan henfon Dee mmg habis bateri.  Charger tertinggal kat rumah.  Kat ofis, ramai yg pakai BB and I-Phone.  Pastu dlm pukul 11 pagi, Dee keluar opis atas urusan peribadi.  Henfon dah mati terus.  Balik dari lunch, Dee dpt charger, ada opismate lain yg mmg ada simpan spare charger.  So, Dee pun charge.  Bila on je..mak aihhhh...14 missed call.

Bila call2 balik, rupanya Sis Elly.  Mula2 Sis Elly tanya, Dee kau kenakan aku eh?  Dee tanya balik.  Kau cakap apa ni nok?  Aku tak faham.  Bukanlah Dee taknak ngaku.  Just that, Dee tak tahu yg FBI dah kenakan dia.  Sebabnya, FBI tak call Dee pun..hahaha.  Sis Elly cakap, eleh dah kenakan orang panggilan hangit, tak ngaku pulak.  

Hahaha...yelah..mmg akulah.  Dee pun tak tahu kenapa yang ini Dee buat sorang2.  Tanpa komplot dengan kuncu2 yang lain..muahaha.  Dee minta maaf lagi sekali ye..Dee pun tak tahu apa yang tak kena ngan Dee semalam..kehkehkeh.  Apapun, Dee harap kejadian ini adalah salah satu detik terindah persahabatan kita di hari ulangtahun perkahwinan Dee..ngehngehngeh.  

Kenapa pilih Elly?  Sebab dia mangsa yang paling senang.  Kebetulan mmg dia hampir kena saman masa di Bandung sbb tak pakai talipinggang.  Lagi satu, sebab dia adalah Elly..sapa yang kenal Elly, tau kan dia camana?  

Dia cool kan..yess...sebab dia cool lah saya berani.  Anyway, kau tetap sayangkan aku kan nok?    Aku pun dah minta maaf kat Seth Mat (suami Elly)..kehkehkeh.  Love u lah.  Kawan2 yang lain..janganlah takut nak kawan ngan Dee.  Dee tak buat lagi tau.  Tapi u oll pun janganlah kenakan Dee pulak nyek..hehehe.  


Nanti sapa2 yang terlepas tu..gi lah dengar kat website HotFM ye.  Rasanya petang pun ada ulangan...hehehe.  Eh..ni dah bukan WW..ni dah mcm karangan sekolah..police report pun tak panjang mcm ni..explanation nak defend diri sendiri..hahaha.  Peace!!

Tuesday, February 21, 2012

Happy 8th Anniversary


Bismillahirrahmanirrahim..hihihi...malunya..suami ada kat sebelah ni..camana eh nak mulakan.  Okeylah, 8 tahun dulu, tarikh yang sama, kami bernikah.  Gambar kat atas ni acara batal air sembahyang tapi kat rumah je..tak buat kat surau.  Pantang keluarga  saya dan suami..tak manis cium2 ni kat surau.  Sbb tu lah tak pakai tudung/selendang..hehehe.  Masa ni semua orang yang pernah mengalaminya..rasa malu sgt2 kan..hahaha.  Apapun..inilah kenangan terindah.

Pada suami yang tercinta, Selamat Menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 8.  Moga jodoh kita  berkekalan hingga ke akhir nyawa.  Apapun kekurangan Abang, saya terima seadanya..begitu juga yang saya harapkan sebaliknya.  

Macam biasa, tiada hadiah istimewa yang diberikan.  Cukuplah sekadar ucapan dan kepercayaan yang diberi selama ni.  Di manalah saya boleh dapat suami yang hari2 tolong basuh kain, sidai kain, buat air, bantu jaga anak2, tolong masak, gosok baju sendiri..oppss..hehehe..dan yg paling best...beri kebebasan utk saya bersukaria dengan kawan2.  Alhamdulillah..banyak dugaan dan cabaran yang telah dilalui bersama.  Saya tak mintak apa2.  Cuma saya nak rumah banglo sebijik..boleh kan? Muahaha..

Monday, February 20, 2012

Situ Patengan, Bandung


Situ Patengan merupakan sebuah danau yang berada pada ketinggian 1600 meter dari aras laut.  Sepanjang perjalanan ke sana tulah, kami ternampak ladang teh yang mempesonakan tu.  Turun je dari Kawah Putih, kami teruskan perjalanan ke sini.  Hujan dah mula turun rintik2.


Masuk sini kena bayar juga Rp5,000 bersamaan RM1.70.  Kitorang sempat bergambar di kawasan parkir je.  Nampak bot2 belakang saya tu?  Bot2 tu boleh dinaiki utk ke pulau yang terletak di tengah2 danau.  Kat pulau tu lah terletaknya Batu Cinta.


Aman, damai, saya dah berangan nak naik bot tu utk ke Batu Cinta sebenarnya masa ni.


Ha..tulah pulaunya.  


Tapi malangnya tetiba hujan turun dengan lebatnya.  Hajat kami tak kesampaian nampaknya.  Takpelah, takde rezeki.


Beginilah keadaan tasik Situ Pantenggang kalau korang dapat berada lebih dekat dengan tempat di mana bot berlabuh.  Cantikkan.


Lagi gambar, untuk membangkitkan keterujaan korang..hahaha.


Cantik sungguh alam ciptaan tuhan kan?


Inilah batu cinta yang terdapat di pulau tu.  Kepercayaan orang2 di situ, sapa2 yang pernah sampai di Batu Cinta dengan pasangannya, cintanya akan kekal abadi.

Tapi kami semua takde rezeki nak menjejakkan kaki ke sini.  Maybe lain kali ada peluang, ada masa, insyaallah..bolehlah ke sini lagi.  Esok kita berehat seketika dari entry Bandung ye kerana esok adalah hari istimewa buat saya.  Tunggu!