Thursday, October 17, 2013

Raya AidilAdha Yang Sempoi..


Petang raya tolong my sister buat ketupat daun palas macam biasalah. Every year pun macam ni.


Pagi raya bergambar bersama..suami tukang amik gambar. Dia tak mau interframe sebab pakai t-shirt dan jeans je..uniform orang buat kerja2 menyembelih.


Pergi umah pengasuh makan laksa. Pastu terus tuju umah my sister..ada nasi beriani sedap. Ayam masak merah tu mmg marvellouslah. Makan sambil nangis..sebab pedas..hehehe.


Lepas tu pi umah Maktok. Beraya bersama orang dalam pantang.


Makan mee kuah maktok masak. Sedapnya.


Ni pic hari sabtu sebelum raya tu. Ziarah ramai2.


Masa ni baby kuning sket.


Sekarang dah semakin baik.  Aspalela Ammara..mmg budak baik.  Tu jelah aktiviti saya. Ha? Gambar lembu? Memang takde sebab saya malas nak pi surau tengok..hehehe. Ok, chow dulu semua.  Take care.

Wednesday, October 16, 2013

WW ~ Aspalela


Special appearance..puteri bongsu Bonda Pepel. Nama sebenar Ammara (nama pendek). Nama gelaran diberi Auntie Elly - Aspalela. Sangat comel, putih, rambut lebat dan behave. Tahniah nyek!

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha..


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Puasa tak hari ni? Kalau puasa bagus, kalau tak..takpe, cuba lagi di lain kali..hehehe. Saya juga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang perkenalan kita semua. Maaf juga atas kekasaran bahasa, gurauan berlebihan yang mengecilkan hati.  

Sesiapa yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ye. Semoga selamat sampai pergi dan balik. Teringat kata2 seseorang,"Kalau kita boleh berbelanja tiap2 bulan untuk benda2 yang membazirkan seperti kasut, mekap dan sebagainya, apalah sangat RM500 setahun untuk kerja ibadah qurban".  Betul jugakkan.  Takpe, sapa yang belum melakukannya, tahun depan kita buat ye...insyaallah.

Akhir kata, 
"Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan"