Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Thursday, October 17, 2013

Raya AidilAdha Yang Sempoi..


Petang raya tolong my sister buat ketupat daun palas macam biasalah. Every year pun macam ni.


Pagi raya bergambar bersama..suami tukang amik gambar. Dia tak mau interframe sebab pakai t-shirt dan jeans je..uniform orang buat kerja2 menyembelih.


Pergi umah pengasuh makan laksa. Pastu terus tuju umah my sister..ada nasi beriani sedap. Ayam masak merah tu mmg marvellouslah. Makan sambil nangis..sebab pedas..hehehe.


Lepas tu pi umah Maktok. Beraya bersama orang dalam pantang.


Makan mee kuah maktok masak. Sedapnya.


Ni pic hari sabtu sebelum raya tu. Ziarah ramai2.


Masa ni baby kuning sket.


Sekarang dah semakin baik.  Aspalela Ammara..mmg budak baik.  Tu jelah aktiviti saya. Ha? Gambar lembu? Memang takde sebab saya malas nak pi surau tengok..hehehe. Ok, chow dulu semua.  Take care.

Monday, October 14, 2013

Salam Aidiladha..


Saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Puasa tak hari ni? Kalau puasa bagus, kalau tak..takpe, cuba lagi di lain kali..hehehe. Saya juga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang perkenalan kita semua. Maaf juga atas kekasaran bahasa, gurauan berlebihan yang mengecilkan hati.  

Sesiapa yang pulang ke kampung, berhati-hatilah ye. Semoga selamat sampai pergi dan balik. Teringat kata2 seseorang,"Kalau kita boleh berbelanja tiap2 bulan untuk benda2 yang membazirkan seperti kasut, mekap dan sebagainya, apalah sangat RM500 setahun untuk kerja ibadah qurban".  Betul jugakkan.  Takpe, sapa yang belum melakukannya, tahun depan kita buat ye...insyaallah.

Akhir kata, 
"Tingkatkan Pengorbanan, Suburkan Keikhlasan"


Friday, September 6, 2013

Beraya di Office..


Dekat opis saya sambutan Hari Raya ni memang meriah. Undangan tak putus2.  Ada je department yang buat.  Yang ni kat HR Dept.  Makan2, sembang2..bergambar..mmg seronok.  Merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama kakitangan.


Ini pulak untuk semua kakitangan.  Untuk pelanggan korporat, buat kat KLCC Convention Centre.  Ni baru lobby..kat level 2 pun beratur panjang.  Makan free..sapa tak mau kan.  Ada games and contest gak.


Tengok sapa yang beratur no 1 kat stall sate.  Budak dept saya lah ni..member karaoke saya juga ni.  Agak2 nya pukul berapalah dia turun ye.  Tak menahan..hahaha.  Boss dia siap bagi moral support lagi masa saya amik pic ni.  Boss dia boss ku juga.


Dah makan2..marilah amik pic ramai2.


Ni majlis hari raya kat floor saya.  Ada 3 department, kita gabungkan buat sekali.  Buat simple2 je...yang penting bonding tu.


Makan pun nasi putih je..berlaukkan daging salai masak lemak cili api, sambal udang, ulam dan sambal belacan. Ada juga lemang ngan rendang ayam.


Tak lupa juga satay..ni favourite budak2 department saya ni.  Menu wajib.


Tahun ni tak dapat kumpul semua orang bergambar. Catering sampai lambat..so, masa ni dah ramai tetamu. Jadi kami2 ajelah berposing..hehehe.  Tahun depan pasti buat lagi..insyaallah.  Happy weekend ye.

Thursday, September 5, 2013

Terima Kasih CT Elly..


Terima kasihlah CT Elly sebab jemput kami makan2 masa cuti hari merdeka hari tu...gambar blur lak..huhu.


Walau hujan lebat turun membasahi bumi sampai banjir, kami tetap setia menikmati makanan.


Hujan dah reda dan tempat kami tu bertakung air, apa ada hal..pindah ajelah meja lain.  Semua pun gara2 Char Kuey Tiow yang panas2.  Yummy!


Tunggu pulak tetamu VIP ni kan..hahaha.


Dapat berjumpa blogger cun lak tu.  Berebut-rebutlah posing.


Terima kasih daun keladi.  Kalau boleh jemput lagi.  Laksa, pulut kuning, rendang ayam, sambal bilis, karipap semuanya pom..pom..meletop!  Kepada Puteri Ayu kat hujung kiri tu xyah link..blog dia dah hidup segan mati tak mau thanks juga jemput open house rumah dia.  Cumanya semua pun terlupa nak amik pic...rugi..rugi..rugi.  Apapun, mee kari dia sedap..terbaekkk.


Akhir sekali, sebelum terlupa..saya up lah gambar Iftar kami beramai-ramai di Seri Pacific Hotel.  Punyalah peram dalam draft..punyalah busy..nak up story pun dah basi.  So, sekeping cukuplah untuk tatapan kawan2 kat sini.

Tuesday, August 27, 2013

My Simple Hari Raya Celebration..


Tajuk kemain lagi omputih..muahaha.  Oklah, don't worry..cerita raya saya kali ni lambat ke udara..tapi 1 entry je.  Tahun ni saya takde mood sangat nak bergambar.  Ni masa big bosses bagi duit raya kepada semua staff.  Tahun ni lebih banyak dari tahun lepas..alhamdulillah.  Gambar mmg blur sbb saya dok jauh kot..zoom ni.  Tangan lak tak bedung..hehehe.


Ni gambar raya kami sekeluarga.  Posing standard.  Tu pun snap kat umah my sis.  Dia lak takde..balik Kedah ada kematian mak saudara.  So, sunyi sketlah raya pertama tu.


Nasib baik hidangan hari raya dah masak petang tu.  So, kitorang datang makan jelah..hehehe.  Ayam masak merah tu marvelous sgt rasa dia.


Then amik pic giler2 ngan anak & anak2 buah.  Oleh sebab boring, kitorang decide balik kg awal sket.


Ikut Lekas Highway..memanglah heavan kan.  Cuma sampai kat Exit Senawang/Paroi tu jem sikitlah.  Construction tak siap lagi..huhu.  Sekeping gambar kat kampung pun tak ambik.  Punyalah busy ngan aktiviti beraya..handphone dok diam2 dalam handbag.  Gambar MIL buat lemang pun lupa nak amik.


Hari Isnin tu dah masuk kerja.  Kan saya tak amik cuti. Boring giler kot.  Mengantuk tahap gaban.  Ok, itu jelah kisah raya saya ini tahun.  Nothing special..cuma tak berapa nak sedap makan.  Kan batuk teruk melanda..hehehe.  Takpelah demi kesihatan sejagat.  Ok, jumpa lagi esok. 

Wednesday, August 7, 2013

Salam Aidilfitri



Andai Ramadhan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri & maaf dipinta atas segala kesalahan, kekasaran bahasa, kebiadapan perbuatan yang disedari mahupun tidak. Halalkan segala makan dan minum.  Berhati-hati di jalanraya ye.  Semoga kita dapat bertemu lagi.  Insyaallah.


Friday, August 2, 2013

Tak Cuti Pun...


Ye..sayalah tu yang tak amik cuti raya extra.  Cuti masa 4 hari tu jelah..jadilah kan.  Boss semua cuti..over lagi..berbelas hari.  Bos bukan Melayu..bukan Muslim.  Tapi ini jelah masanya yang dia boleh cuti pun.  Saya tak cuti sebab cuti dah sikit..tinggal 8 hari.  Kenalah simpan..October nanti nak fly jauh sket.

Pada korang yang dah start cuti minggu depan..selamat bercuti ye.  Berhati2 di jalan raya nak balik kampung tu. So, bila boss cuti..semua orang pun takde..apalagi..kita party all night long lah kat office..muahaha.

Bye semua....

Monday, October 29, 2012

Raya Haji Kami..


Kita citer pasal raya haji dululah..kalau tak basi...hehehe.  Dan mcm biasa..ginilah pic raya kami.  Tapi raya kali ni takde tema..caca marba je...hehehe.  Lepas solat raya, terus gi umah my sis.


Kat sini berkumpul ramai sket sedara mara.  Tiga2 cousin ni semua dah roboh pagarnya.  Semua roboh kat tempat yang sama...hahaha.


Macam biasa gak, ada ketupat daun palas, ketupat nasi, ayam masak merah, ayam pencen masak rendang, rendang daging, masak lodeh kering.  Dan yang paling best..ada...


Ni haa...laksa.  Yeay.  Sukanya..favourite saya ni.


Memang takde pegi mana2..cuma pegi Pulau Meranti, Sepang ziarah sahabat lama arwah abang.  Saja tunjuk pic ni.  Jubah ni pemberian my best friend punya mak.  Dah lama dia bagi.  All the way from Sarawak.  Liplap2 sbb tu x pernah pakai.  Pestime pakai..cun gak kan..hehehe.  Oklah, nak BW jenguk2 cerita raya korang pulak.  Selamat Bekerja.

Thursday, October 25, 2012

Salam AidilAdha..


Salam hari Khamis pada semua.  For sure ada yang dah cuti.  So, pada kengkawan yang dah nak balik kampung tu, hati2 di jalanraya ye.  Moga selamat perjalanan pergi dan balik.  

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua sahabat2.  Harap AidilAdha kali ini memberi makna yang mendalam tentang pengorbanan kepada kita sebagai hambaNya.  Tak lupa juga, selamat melapah dan makan daging moo..moo :-)  Jaga kesihatan ok.

Friday, October 5, 2012

Geng Forever 29 :)


Dey..berapa banyak geng kau ada Dee oii???  Hahaha.  Ye..saya mmg ramai kawan.  Kadang2 sampai tak ingat kawan ni kawan U ke, kawan sekolah ke, kawan blog ke..kehkehkeh.  Bajet retis.  Geng yang ini tak seglamour Geng Pelangi.  Tapi saya sayang dorang ni.  Almaklum kenal dari zaman sekolah.  Jadi gurau lebih2 pun takpe.  Kutuk kaw2 depan2 pun takpe.  Sbb dah kenal hati budi kan.  

Minggu akhir Syawal aritu, kitorang Geng Forever 29 setting utk pegi beraya rumah kawan2 rapat.  Raya dari pukul 9 pagi ok..kelas kau jah...hahaha.  Dari Bangi ke Puchong, by the time smpi rumah saya dah dekat tengahari.  Saya sajikan dorang putu mayam & nescafe tarik.  Kelas tak saya?  Ingat senang nak dpt menu putu mayam masa raya? Hahaha....


Lepas raya umah saya, bergerak ke Pantai Dalam pulak.  Serbu umah kawan saya Watie yang baju purple blue tu  Suami dia tukang masak terbaik tau.  Saya makan 2 kali.  Pastu siap tapau lagi..hahaha.  Nasi minyak  dan ayam masak merah dia mmg marvelous.


Lepas tu shoot ke USJ.  Kawan saya ostajah yang kat tengah tu buat birthday party anak dia.  Meriahlah siap ada kanopi bagai.  Dengan cendol pulutnya, kambing goleknya, nasi lemak dan macam2 lagi.  Ada clown jugak.  Memang meriah.  

Kalau tak kerana kawan saya Siti bukan Siti Nurhaliza tu terbawak kunci kereta suami dia..sure ada lagi rumah yang saya pergi.  Tak sabar nak jumpa dorang lagi.  Kami jenis keluar pagi balik sebelum maghrib.  Mujur suami2 kami sporting..thanks pada suami2 yang sgt understanding.  

Eh..kenapa Forever 29 walhal kami semua dah 38 tahun?  Sebab kami semua kelihatan seperti 29 tahun...kan..kan.  Sapa tak setuju..xnak kawan..hahaha.  Posing pun anggun gitu..kehkehkeh.  Oklah, selamat berhujung minggu!