U oll dh buat penamaan KWSP. Wei..baik gi buat cepat2. Jgn sok kita dh mati..org yg tinggal yg susah. Sy ni bertekak2 ngan hubby sbb benda ni. Dia suka amik ringan. Sy x kisahlah kalo dia x bubuh nama sy pun. Nama anak2 sy mesti ada. Sy tau dia bubuh nama org lain. Sy printkan borang..suruh dia isi. Tp last2 dia suruh sy isi gak. Sy bubuhlah nama anak2. Dh tukar pun kt KWSP. Sekejap je..servis tiptop!! Sy bising2 ni bukan apa. Dh byk terjadi. Biarlah anak2 x cukup 18 tahun pun..xpe. Janji anak2 dpt hak mereka. Nak bubuh nama makpak & adik beradik pun ok je. Bahagi2 kanlah dgn bijaksana peratusannya tu. Jgn bg kt sorang je..byk masalah nti. Ada sorang blogger bersembang ngan sy..hubby dia boh nama dia sorang je. Tapi dia tya balik hubby dia..kalo kita mati serentak mcm org2 yg mati accident tu..camana anak kita? Hah..terus dia tukar 50% sorang..nama isteri ngan anak. Pandai2lah ye..merancang n bersedialah sebelum hujan, banjir, ribut dan taufan melanda.
Ni nak kongsi satu cerita. Jiran sy bubuh nama makpak dia. Masa bujang mmg nama makpaklah. Tapi dh kahwin pun dia tak tukar2. Arwah ada 2 org isteri. Isteri pertama xde anak. Isteri kedua ada anak sorang. Sy berjiran ngan isteri pertama dia. Bila dia meninggal, semua duit KWSP dpt kat makpak dia. Makpak dia bg sikit je kt isteri pertama. Isteri kedua x dpt satu sen pun. Sbb makpak x berkenan. So, isteri pertama ni kesian..bglah sket portion dia yg mmg dh sedikit tu kt isteri kedua sbb kesiankan anak yatim tu kan. Tp tulah..bab2 duit ni usah ckplah. Kalo dh depan mata..makpak, adik beradik pun x kira. Masing2 nak merasa..last2 yg patut dpt x dpt. Yg mati dh tentu mati. Yg hidup ni yg terkebil-kebil.
Kalo ikut undang2 KWSP mcm sy baca kt website..inilah ye. Sy tepekkan utk tatapan u oll. Kalo nak lebih terang dan jelas gi je kt website KWSP.
Simpanan KWSP Dengan Penamaan |
Bagi simpanan KWSP dengan penamaan, penama yang layak boleh memohon untuk mengeluarkan simpanan ahli yang telah meninggal dunia dengan syarat penama mestilah berumur 18 tahun atau lebih. Jika penama berumur di bawah 18 tahun, pihak KWSP tidak boleh membuat apa-apa pembayaran kepada penama sehinggalah dia mencapai umur 18 tahun. Walaubagaimanapun, penjaga kepada penama boleh memohon untuk membuat pengeluaran bagi pihak penama untuk tujuan menyara penama. Pemohonan akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak KWSP. Untuk ahli yang beragama Islam, penama hanya bertindak bagi seorang wasi atau pentadbir simpanan tersebut. Beliau dinasihatkan untuk mentadbir dan mengagihkan simpanan ahli berdasarkan undang-undang Islam (Faraid). |
Simpanan KWSP Tanpa Penamaan |
Di dalam kes dimana ahli yang meninggal dunia tidak membuat sebarang penamaan, keutamaan untuk menuntut simpanan ahli diberikan kepada pentadbir pusaka yang dilantik. Ini tanpa mengambil kira status perkahwinan ahli yang meninggal dunia. Jika ahli yang meninggal dunia itu telah berkahwin, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah pasangan dan anak-anak ahli atau penjaga mereka (jika anak-anak di bawah umur). Jika tiada tuntutan dari mereka yang disebut di atas, orang yang layak untuk menuntut, mengikut keutamaan, adalah ibu bapa, adik beradik dan sesiapa yang dianggap layak oleh KWSP untuk menerima simpanan ahli. Kepada ahli yang beragama Islam, undang-undang Faraid akan digunakan. |
So, cepat2lah buat penamaan ye. Kalo info sy ni ada kekurangan..harap maaflah ye. Sy pun x berapa tahu. Ni pun amik dari website KWSP je. Bertindaklah sekarang, jangan menyesal kemudian hari. Enjoy your weekend!!
20 comments:
jangan lengah or leka dengan benda2 macam ni....
u take care dee!
pucuk pangkal....ketulusan hati dan keteguhan iman...
p/s: kwsp jauh..
OK,ptg nie nak g cek terus
kami pon dah bincang suami isteri pasal ni
tapi tak terbuat buat buat lagi nak g tukor..haihhhh
i've done mine last year...
bagus la ko nyer info ni dee.. aku suker. bagi peringatan jugak kt kita.
TQ da info
kadang kan.. lelaki ni ambil mudah je.. part2 ni tau..
so cepat2 la tukarkan penama kan
good reminder sbb org suka amik mudahkan
Post a Comment