Friday, April 30, 2010

Kah Kah Kah...

Petang2 ni kita baca yg ringan2 jelah kan.  Dipetik dari Senyum Pisang, Mastika Mei 2010.

Cukur Misai

Mimi:  Abang Joe..jom la datang rumah Mi..I rindu la..lagipun suami I pergi oversea tadi..
Joe:  Baiklah, malam esok abang pergi tau..nanti pandai la abang kelentong isteri abang tu.
Mimi:  Oh ya..sebelum datang esok, abang cukur misai kasi licin dulu tau.  Abang tahukan, I suka lelaki yang baby face!
Joe:  Alamak..yang ni susah sikit.  Isteri abang suka abang simpan misai cari makan ni, nanti dia marah pulak.
Mimi:  Alaaaa....abang ni nak jumpa I ke, tak nak ni?
Joe:  Okeylah! Okeylah sayang.  Mimi punya pasal..apa saja abang sanggup!

Keesokan paginya, semasa Joe hendak pergi ke pejabat dia telah berpesan kepada isterinya, dia terpaksa pulang lewat malam nanti sebab ada mesyuarat tergempar.  Semasa di pejabatnya, Joe telah bertindak mencukur misainya sampai licin.  Malam itu Joe berdondang sayang dengan Mimi sampai dinihari.  Pukul 4.00 pagi, ketika Joe balik ke rumahnya, bilik tidurnya gelap.  Perlahan-lahan Joe salin baju dan naik ke katil senyap2.

Tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba muka Joe yang licin dalam gelap sambil berkata, "Kenapa kau tak balik-balik lagi Farid..kejap lagi suami akak balik...!"

Have a nice weekend yeah..and Selamat Menyambut Hari Pekerja esok!!

Ingat Tak Tentang Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang?

 Credit to Google Image

Ha...ingat x? Dulu sy penah beli buku "Hidup Tenang Walaupun Berhutang". Oh..janganlah ingat sy asyik baca Mastika je..sy ada juga beli buku2 ilmiah. Ha..lagi satu..simpan tau resit2 buku2 ni..nti leh dpt rebat masa declare tax kt E-Filing tu. Kuranglah sket kena byr..kalo kenalah. Sy x kena..tgh senyum2 ni tgu refund dr LHDN..hehehe.

Okey..sy nk kongsi sket psl isi buku tu. Mula2 kita tgk tentang Sinopsis Kewangan kita:-

Fasa 1 - Kais sebulan, makan sebulan setengah.
Fasa 2 - Kais sebulan, makan sebulan.
Fasa 3 - Kais sebulan, makan setengah bulan.
Fasa 4 - Kais sebulan, makan seminggu

Di Fasa berapakah anda?

Then, persoalan kedua -Tanda2 Banyak Hutang:-

1. Tidak tahu berapa jumlah hutang.
2. Mengeluarkan duit dengan kad kredit.
3. Tidak mempunyai simpanan.
4. Sudah berbelanja mencecah had kredit.
5. Hanya membayar minimum bagi kad kredit.
6. Jumlah baki hutang masih tidak berkurang.
7. Bertanya baki kad kredit yang boleh digunakan.
8. Mempunyai lebih kad kredit.
9. Cek tendang.
10. Bil lama belum dibayar.
11. Pembelian dengan kad kredit ditolak.
12. Pendapatan digunakan bagi membayar hutang.
13. Gagal mendapatkan pinjaman bank.
14. Menyembunyikan penyata kad kredit daripada keluarga.
15. Tidak membuka penyata kad kredit.
16. Mendapat panggilan daripada pemberi pinjaman.
17. Waktu malam dirasakan singkat.

Baiklah, dlm 17 perkara tu..ada 11 perkara yg terjadi pd diri sy sendiri. Tp syukur..sy dh berjaya mengatasi masalah2 itu. Berkat membaca buku ni lah. Buku ni memberi panduan macamana nk selesaikan hutang2 ni semua. Hmm..yang tu kita cerita di lain kali ye.

Note: Dipetik dari buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang tulisan Shamsuddin Abdul Kadir
         RM20 - boleh dibeli di MPH

Thursday, April 29, 2010

Memang Kisah Tipah Je Ni..

Ok..sy nk buat pengakuan..mmg sy beli Mastika tiap2 bulan. Tapi bacanya x pernah habis..yg bulan lepas pun baca x abis...tp yg bulan baru tetap sy beli. Kali ni sy nk share Lawak Senyum Pisang dalam Mastika Oktober 2009.

Lawak 1

TIPAH baru beli kereta. Suatu hari Tipah memandu keretanya itu balik kampung. Di pertengahan jalan, keretanya rosak. Lantas dia berhentikan keretanya di tepi lebuh raya dan menelefon kawan baiknya, Moin.

"Bahaya tu, Tipah. Nnti kereta lain tak sempat elak..accident. Baik engkau pasang lampu hazard."
Tipah pun memasang lampu hazard.
"Dah pasang?" tanya Moin.
"Dah."
"Hidup tak lampu tu?"
Jawab Tipah, "Hidup..tak..hidup..tak..hidup..tak..."

Lawak 2

TIPAH di dalam kapal terbang. Setengah jam selepas penerbangan, kedengaran kapten pesawat itu membuat pengumuman. "Harap maklum, salah satu drp enjin pesawat ini mengalami kerosakan dan tidak berfungsi lagi. Akibat kerosakan itu, penerbangan ini akan terlewat sejam drp yang dijadualkan. Tapi jgn risau, pesawat ini masih ada tiga lagi enjin yang masih berfungsi.'

Setengah jam kemudian, satu lagi pengumuman dibuat, "Harap maklum, sebuah lagi enjin pesawat ini mengalami kerosakan. Kami minta maaf kerana penerbangan ini akan terlewat dua jam daripada jadual." Setengah jam selepas itu, satu lagi pengumuman dibuat oleh kapten. Dia memberitahu, enjin ketiga pesawat pula rosak. Penerbangan akan terlewat tiga jam dpd jadual asal.

Mendengar pengumuman ketiga itu, Tipah memandang ke arah penumpang di sebelahnya dan mengeluh. "Bosan betullah. Kalau satu lagi enjin rosak, maknanya kita akan terus terapunglah kt sini sampai bila-bila."

Alahai Tipah...

Ku Pikirkan Mouse..

Salam...pagi2 dh tunjuk gambar mouse. Xkanlah korang x kenal rupa mouse camana kan? Sy ada beberapa cerita menarik psl mouse ni. Benda yg simple je..tp dh buatkan sy tersenyum sendirian.

Tadi nak cerita pasal mouse kan? Apa lak kaitan ngan Stapler ni lak. Bukan apa..sy tiba2 terkenangkan ex-opismate sy dulu...Kak W. Sy kan pernah cerita yg sy dulu pernah bekerja dengan sorang bos perempuan yang garang dan tegas. Bos sy tu...mmg x bolehlah kalo dpt staff yg 'slow' sket. Mcm Kak W ni..dia baru je join company tmpt sy cari makan masa tu. Dia ni lembut je orangnya. Umur 40 lebih tapi anggun.

Ada sekali tu..bos sy mtk dia buat sesuatu. Bila tya..belum siap bos. Kak W ni duduk depan sy. Sekali bos pun pergi lah tempat dia. Bos cakap.."Ha...tunjuk kt sy setakat mana yg awk dah buat". Kak W ni pun nk tunjuklah..so mata suma ngadap skrin dia. Tapi sy tgk..apasal 'cursor' dia x gerak...tp tangan dia bergerak. Bila sy tgk tangan dia..hahaha..dia tengah tolak stapler ke depan ke belakang. Dia ingat stapler tu mouse.

Sy ingat sy sorang je perasan..bos sy yg berdiri sebelah dia..dgn selamba kodoknya tya. "Awak pegang apa tu W?" Bila Kak W tengok tangan dia dok pegang stapler..apalagi..gelak ar.."La...sorry2 bos..salah pegang. Sy ingat mouse...padanlah 'cursor' sy x gerak2." Hahaha..tp bos sy x gelak kuat cam sylah. Dia geleng pala je..hehehe. Alah..sy tau..dlm hati dia gelak guling2 tu..kihkihkih. Ni semua kes gabra bila bos duduk sebelah nk tgk hasil kerja kita. Tapi mmgkan..kita jd kalut bila bos dok sebelah kita..bila dia xde..kita ok je..maintain..kahkahkah.

Ha...dh ada gambar lilin ni apa cer lak kan? Ini kisah sylah semalam. Opis baru sy ni kan dh ada sorang lg 'bunga'. Dia ni dh biasa duduk opis xde org smoking..skali masuk bos2 sy yg kaki suka membakar diri..maka berbaulah opis tu dgn asap rokok. Sy ni x dpt beza sgt pun..sbb idung sy dh 'immune' ngan bau2 rokok tu..walau husband sy bukan smoker.

Semalam..opismate sy pasanglah fragrance candle ni. Lepas tu dia ckp kt sy.."Beb, aku letak satu kt meja ko eh". Mula2 lilin tu kt depan sy..tp ramai lak ulang-alik amik kertaslah..apalah..sy alihkanlah kt tepi pc. Lepas tu sy gi toilet. Bila sy balik ke tempat sy..opismate sy ni interkom. Sambil nk sembang..sy pun nk capailah mouse. Eh..apasal panas semacam ni. Hah..amik kau..sy leh gi pegang lilin yg masih berapi tu..baeeekkk punyaaaa. Hah..tulah..padan muka. Dulu gelakkan org..skrg diri sendiri terkena. Opismate sy pya gelak..gelak2 dia pun..dia tyalah. Tangan ko ok ke beb? Ok2..x cedera hah. Adeh...napalah sengal sgt semalam. Lenkali nk letak lilin jauh2 ar...kuikuikui. Oh..hari ni sy cuti..emergency. Ni bersiaran dari rumah ni. Nanti sy jenguk u oll ye. Yihaaaaa!!

Note: All pictures credit to Google Images

Wednesday, April 28, 2010

Info Best Lagi..

Firstly, sy nak apologize sbb kdg2 x sempat nk gi visit blog u oll. Kerja sy bertambah2 skrg ni..nti sy lawat ye..jgn ambil hati tau. Nak balas komen satu2 pun x sempat. Ni..nk share sikit info..dari Mastika Mei 2010.

  • Burung emu tidak boleh jalan mengundur (nak kena google nih..apa menatang burung emu nih)
  • Terma epidemik (wabak) untuk binatang ialah epizootic (oh..sbb binatang ada perkataan zoo tuh)
  • Cleopatra boleh berbahasa Greek, Latin, Hebrew, Aramaic dan Parsi (multi-languagelah..kagum2)
  • Tapak sulaiman tidak berotak (oh..ok..baru tau)
  • Singa boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari (hahaha..xmoh komen)
  • Kopi pertama kali dihidang di Ethiopia, Afrika, Yemen dan Arab Saudi. Terdapat 2000 jenis bahan kimia yang terdapat dalam secawan kopi, 27 daripadanya diuji untukkarsinogen (aktiviti radiasi)...(alamak..i dh lah hantu kopi..abislah..huhuhu)
Chow..nanti sy share lg ye..

Rumah Saya Dah Ada Broadband Baek Punyaaa!!


Adoilah..blogger ni update editor pulak. Mmg lain macam sy rasa. Baru nak bermesra-mesra. Kemain susah lg nk upload gambar. So, sementara tu pakai editor old style dulu. Hari ni nk citer psl rumah sy yg dh dipasang dengan Unifi Broadband. Ingat x sy pernah citer sy dh register Unifi dgn Telekom. Kalo x ingat, gi sini. Semalam, org2 Unifi dh dtg pasang suma2 tu kt umah sy.



Ni semua kelengkapan yg dia pasang kt rumah kita. Ada 4 barang kesemuanya...yg putih tu..Broadband Termination Unit, telefon cordless Panasonic, RG Residential Gateway (modem Wifi tu ha..putih ada sesungut tu) dan STB (Set-Top Box). Oh ye..control tu utk control TV. Bila kita sign up Unifi ni..kita dpt tgk sekali Hypp TV. So, kalo Astro buat hal..masa hujan selalu tu kan..eh..no problem..leh je tgk Hypp TV.


Ha..inilah channel2 yg ada dlm Hypp TV. Ada movies, entertainment shows, documentaries, cartoon channels..semua channel biasa mcm tv1, tv2, tv3, ntv7, ch8 and tv9 pun ada. Yg xde..siaran2 dari astro jelah..mcm astro ria tu..xdelah kan.



So, dengan pemasangan ni..lebih memudahkan sy untuk melawat blog kawan2lah. Dengan kerjasama dari kenit 2 orang tu yg asyik sibuk nak main game tu gaklah. Dah kalo asyik dorang je depan PC..mama dia terpaksa gak give up kadang2...hehehe. So, pd u oll yg duduk area Bangsar, TTDI, Subang Jaya dan Shah Alam..mehlah bertukar ke Unifi. Lebih bagus dari Streamyx tau. Yg duduk area lain tu..sabar2 je ye..Unifi akan memperkembangkan servis ini di tempat kalian juga. Okey..nk gi check setting editor ni balik...sementara tu Happy Working.

p/s:- Abang2 yg install benda2 ni semua malu bila diambil gambar...siap suruh ambil elok2. Lagi satu..dorang psg internet kan? Tp dorang x tau psl blog..aiseh abang..lenkali google eh..hehehe..

Edited: Gambar2 screen tu kan..screen tv tau..bukan screen lappy..Hypp TV tu appear kt TV kita..

Tuesday, April 27, 2010

Fakta Atau Auta...

Fakta2 ni pun dapat dari Majalah Mastika, April 2010..
  • Lalat bergerak ke belakang ketika mula2 terbang (mesti dia belajar gear reverse dulu nih)
  • Siput boleh tidur sehingga selama tiga tahun (lamanya tidur..xde org kejutkan eh?)
  • Purata setiap manusia meludah sebanyak 25,000 kali sepanjang hidupnya, boleh memenuhi dua buah kolam renang (Eeeeuuuwwww!!)
  • Jika anda bahagikan tanah di bumi kepada semua manusia, secara purata setiap manusia hanya mendapat 100 kaki persegi (besar lg dari umah sy..hehehe..eh2 tq queen..mmg silaplah..rumah k dee 650 kaki persegi..so tanah 100 kaki persegi tu buat tanam kacang jelah ye..hehehe..)
Nanti kalo ada lg menarik..sy kongsikan ye...

Akibat Tertidur...

Hot FM adalah pilihan saya setiap pagi dan petang.  Nak2 kalau dengar panggilan hangit.  Mmg kelakar.  Mcm semalam ada awek ni..dia emel hotfm kononnya nak kenakan boifren dia.  Last2 dia yg mengamuk2 bila jawab phone call yg dibuat Fafau (menyamar jd perempuan Indon).  Konon nak kenakan boifren, last2 terhangit diri sendiri...kuikuikui.

Topik Hot Chat hari ni pula ialah akibat tertidur.  Macam2 cerita.  Ada yang terlelap kt depan traffic light selama 4 jam.  Ada yang terlelap masa bersalin.  Ada yang mmg mengigau smpi boleh drive masa tgh mengigau tu.  Macam2 ada.  Tp ada satu kisah yang tertidur lepas Asar dgn telekung..smpi subuh kawan dia kejut rupanya..x buka puasa pun lg.  Terus jadi 2 in 1 buka puasa+makan sahur...hehehe.  Ha..cerita ni mengingatkan sy pd diri sendiri.

Masa sekolah2..kitakan penat.  Yelah pagi sekolah, petang gi kelas mengaji atau kelas ugama.  Ada satu hari tu..sy xde kelas mengaji.  Tp ada training hoki.  Jgn x tau..sy mmg x reti main netball.  Sy tau balun kayu hoki je.  Balik2 dari training..akibat kepenatan ..sy terus tertidur.  Tiba2 sy terjaga.  Tengok jam..eh pukul 7.  Abislah lambat ar nk gi sekolah.  Sy pun mandi kelam-kabut.  Dulu rumah sy mengadap padang bola.  Sy buka pintu rumah..eh..apasal budak2 ni main bola pagi2 ni.  X sekolah ke?  Curious giler masa tu.  Sy tengok jam..betullah dh pukul 7 lebih.  X puashati sy buka tv.  Elok sy buka tv..azan maghrib pun berkumandang.  Hahaha..itulah..tidur lagi lepas Asar.  Sib baik x gi sekolah malam2 tu...kihkihkih.  Sy pun teruslah tukar baju lain..pergi ke kedai arwah mak dan abah sy.  Hah, lg satu..jangan tidur waktu kerja ye.  Dah..gi buat kerja.  Babai!!

Monday, April 26, 2010

Kaum Hawa Jangan Kutuk Saya...

Cerita ni dapat dari Ruangan Senyum Pisang, Majalah Mastika keluaran April 2010.  Baca ye..

Beza Stail Lelaki dan Perempuan Pergi ke Bank!

Lelaki

1.  Pandu kereta ke bank, parkir dan berjalan ke mesin ATM.
2.  Masukkan kad ATM.
3.  Tekan nombor PIN dan jumlah yang dikehendaki.
4.  Ambil duit, kad ATM dan resit.
5.  Masuk kereta, tekan minyak dan terus pecut!

Perempuan

1.  Pandu kereta ke bank.
2.  Matikan enjin kereta.
3.  Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu.
4.  Semburkan minyak wangi.
5.  Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM.
6.  Mencari kad ATM di dalam beg tangan.
7.  Masukkan kad ATM.
8.  Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan.
9.  Tekan nombor PIN.
10.  Membaca arahan ATM selama hampir dua minit.
11.  Tekan 'BATAL'.
12.  Tekan sekali lagi nombor PIN.
13.  Tekan 'BATAL' sekali lagi.
14.  Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul.
15.  Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal.
16.  Masukkan jumlah yang dikehendaki.
17.  Tekan 'SALAH'.
18.  Masukkan jumlah yang agak besar.
19.  Tekan 'SALAH' sekali lagi.
20.  Masukkan jumlah yang lagi besar.
21.  Ambil duit dari mesin ATM.
22.  Masuk ke dalam kereta.
23.  Periksa makeup di muka sekali lagi.
24.  Mencari kunci kereta dalam beg tangan.
25.  Hidupkan enjin kereta.
26.  Jalankan kereta.
27.  Berhenti tiba-tiba.
28.  Pergi balik ke mesin ATM.
29.  Ambil kad ATM yang tertinggal dan resit.
30.  Masuk kembali ke kereta.
31.  Letakkan kad ATM di atas dashboard.
32.  Buang resit atas jalan.
33.  Tengok dekat cermin pemandu.
34.  Periksa makeup sekali lagi.
35.  Membetul-betulkan rambut.
36.  Pasang radio.  Menyanyi-nyanyi ikut senikata lagu.
37.  Tengok SMS di telefon bimbit.
38.  Masukkan gear kereta untuk reverse (undur).
39.  Brek mengejut lagi.
40.  Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi.
41.  Memandu lebih kurang 3 km.
42.  Baru teringat nak lepaskan hand brake...

Muahaha..jangan marah ye...dah tentu2 ini bukan saya...hehehe.  Penulis ni mesti lelaki kan..kuikuikui.

Org Dulu2 Grad..Hehehe..


Salam..hehehe.  Aritu tepek gambar mimi grad.  Ni gambar sy grad lak.  Mesti pelik kan? Napa sy x pakai jubah.  Dulu2 tahun 90-an..semasa ITM masih lg sebuah institut bukan Universiti mmg x pakai jubah.  Jubah hanya utk mereka2 yg ambil kursus Diploma Lanjutan (setaraf Degree).  Sy cuma ambil diploma sahaja.  Grad pada tahun 1995.


Sy masih teringat-ingat waktu tu..sy bwk arwah mak dan abah sy ke majlis konvokesyen tersebut.  Pergi ke Shah Alam dengan menyewa teksi byr RM30 satu trip.  Bila diingat-ingat kasihan melihat arwah mak dan abah sy yg terpaksa memanjat tangga2 ITM yg tinggi2 tu..utk ke Dewan Sri Budiman.  Dengan x bersarapan lagi.  Sampai dewan sy mmg terpaksa tinggalkan mereka berdua di dalam dewan.  Al-maklumlah xde sapa lg yg follow sy masa tu.  Majlis konvo tu sehari suntuk. 

Petang tu masa nak balik dh xde kenderaan.  So, berjalanlah kami turun sampai ke Seksyen 2.  Student2 ITM Shah Alam taulah kan jarak dia mmglah x jauh sgt.  Tapi bila org tua yg terpaksa berjalan kaki sehingga ke situ..mmg jauh sgtkan.  Tunggu teksi pun punyalah seksa.  Akhirnya dapat juga teksi..bayaran sama je RM30 satu trip.  Nasib baik sy dh kerja masa tu.  Ye..masa tahun 90-an..kerja yg cari kita.  Kita x pergi cari kerja.  Ekonomi masa tu mmg di tahap yg sgt memberangsangkan.  Akhirnya, kami sampai rumah jam 8 malam.  Bila pikir mmg sedih bila org tua terpaksa bersusah payah..tp sy tau dorang happy.  Dorang bangga dapat menghadiri majlis konvokesyen sy.  Tiba2 teringat pd kedua2 arwah....Al-Fatihah.

Friday, April 23, 2010

Bila Bawa Pengangkutan Awam, Kenalah Lebih Peka....


Sy masih merasa terkejut dan juga sedih bila mendapat tahu berita kematian seorang pelajar tingkatan 4 semalam akibat digilis bas.  Mula2 sy dapat tahu dari suami sy.  Versi ceritanya lain.  Bila sy pergi rumah kakak sy semalam..versinya sama dengan yang ada dlm suratkhabar hari ini.  Arwah juga junior sy.  Walau sy dh meninggalkan zaman persekolahan hampir 19 tahun.  Masa tahun 80 an..jalan tu mmg dh byk ambil nyawa org..tp agak lama juga tiada kemalangan maut di situ.  Jadi kejadian semalam amat2 memeranjatkan.  Kalau sy jadi kawan arwah yg berada di tempat kejadian..mau sy trauma seumur hidup.

Sy juga pernah melihat kejadian yg hampir sama depan mata di tempat yang sama.  Ceritanya ada di sini.  Cuma bernasib baik kerana bas itu bergerak agak perlahan dan penumpang2 yg turut berada dalam bas menyedarinya dengan cepat.  Sy berharap pemandu2 semua terutama pemandu  bas tebih peka..bila ada penumpang nak turun.  Janganlah kejadian yg sama menimpa Arwah Nurul Huda Rosalan terjadi lagi.  Takziah buat keluarga beliau dan Al-Fatihah utk arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.  Amin.

Kisah sebenar ada di sini.

Lunch at Moxie..


Salam hari Jumaat.  Okeylah..nk citer satu story lapuk sket.  Memandangkan sy baru je berpindah ke kawasan ofis baru...so, semua tempat makan kat area ni adalah a new place to me.  Ofismate sy yg akhirnya tahu sy ada blog..sbb kehairanan melihat sy dok sibuk snap pic food sana sini...ajak sy makan kt Moxie Restaurant ni.  Bwh opis je.  Jom jenguk..we oll makan Lunch Set yg berharga RM16.00.


Very cozy, romantic and nice environment.  Masa we oll makan ni..we oll berdua je.  Xde org lain.


We started with the appetizer...roti yg sangat lembut di makan dgn butter yg ada x taulah seaweed ke apa..tp sedap.


Both of us makan ni..Aglia Olio Spaghetti.  Sy nak buat pengakuan..sy mmg x suka spaghetti.  Ini adalah percubaan makan yg pertama kali.  Komen sy?  Sedap gak..hehehe. Nak2 ada seafood kan..lg ar membuka selera sy.


Our drinks..Ice Lemon Tea...buat sendiri ni..mmg sedap.  Kalo Ice Lemon Tea kt kedai2 lain tu mmg sy x suka..pahitlah..kelatlah..masam sgtlah.  Yg ni..sedap je..very refreshing.


Last sekali, kawan sy belanja Dessert ni.  Lunch set tu x termasuk dessert.  Kalo lyn kawan sy ni makan..mmg menambah berat badanlah.  Dia xpelah..anak 3 tapi berat badan 45kg.  Sibuk nak menambah berat..sbb suami komplen katanya.  Itulah org lelaki ni..kurus pun komplen..gemuk apatah lagi...hehehe.  Jgn marah ar kawan.  Dia tau blog sy..dia baca.  Bila sy tya..leh x publish gambar dia?  Dia cakap tunggu dia ngan saya sama2 pakai baju kurung baru leh?  Hahaha..kenalah jaga imej...kuang..kuang..kuang.  Chow!!

Thursday, April 22, 2010

Promo T-Shirt World Cup & Double Trouble Concert

Actually ni my ex-bos pya bisnes.  So, sy tolong sket2 jelah.  Tolong promosi je.  FOC tau.  Xpe..my ex-boss byk tolong sy dulu.  Sapa2 nak jadi wakil pengedar pun bole.  Just email to habsah.abrahman@gmail.com


World Cup T-Shirt 1


World Cup T-Shirt 2


Double Trouble Concert (1st May 2010)  T-Shirt_Front


Double Trouble Concert (1st May 2010)  T-Shirt_Back

Sapa2 yang berminat nak beli or nak jadi pengedar, please contact Pn Habsah ye @ habsah.abrahman@gmail.com

Thank you.

Update: Leh gak order ngan sy..emel ye.  Harga baju semua sama RM35 sehelai.  Harga tiket concert Double Trouble RM70 satu.

Sebelum Tidur Jangan Lupa Mandi...

Sebelum tu..tajuk mcm xde kaitan kan?  Xpe..ujung2 nanti sy cerita napa sy boh tajuk tu.  Last monday nite, anak buah sy nak belanja we oll makan kt Chop n Steak, Kg. Baru.  So, layan je..

Anak buah sy I-Shah dengan budak yg bernama Mimi yg juga pencetus tajuk di atas.

Budak2 makan ni je ye..Fries & Nuggets.  Yg sedap2 biar adult je makan...hehehe.

This is mine..Rib Eye Steak.

My niece pya chicken chop.

Dengan mango juice yg sedap...

Okey..now the story.  Masa mula2 nak pegi sini..anak sy si Mimi tu ajak naik motor je pegi.  Sy cakap mana bole..kan kita berempat.  Nanti kena saman.  Dia cakap..alah..achik shah kan ada resit.  Ha?  Resit?  Lesenlah mimi oii...hahaha.

Tu satulah..insiden kedua lak...kan restoran ni sebelah Masjid Kg. Baru.  Masa we oll sampai tu..ada ceramah agama.  So, dengarlah ustaz tu bagi ceramah.  Tajuknya..Mandi Junub.  So, ustaz tu bacalah soalannya.  Wajib ke mandi junub sebelum tidur?  Ustaz tu pun cakap..mesti mandi junub sebelum tidur.  Terus si Mimi ni cakap..haaa..mama.  Kena mandi sebelum tidurlah.  Sy pun cakaplah..mana boleh.  Nanti demam...mandi malam.  Abis tu..org tu cakap mandi sebelum tidur.  Wakaka..itu mandi junublah.  Budak kecik ni..sekeh baru tau.  Sampai sekarang dia dok cakap..mama..mandi sebelum tidur tau...kihkihkih.  Sy pun..yelah2..tp jgn mandi malam..nanti batuk.  Adoilah..macam2 kan..kelakar pun ye.  Okeylah..selamat bekerja ye!!

Wednesday, April 21, 2010

Aku Memang Peramah..

U oll peramah x?  Sy? Sy mmg peramah.  Nak2 pada sapa2 yg naik bas sama ngan sy.  Masa keje kt Jln Sungai Besi dulu..siap dpt geng.  Tunggu bas sama2..naik bas sama2.  Kalo xde bas..naik cab sama2.  Rindunya saat itu.  Skrg ni..pun ada gak geng.  Tp sorang je.  Geng ke tu? Bolehlah..lebih dari sorangkan.  Kalo dia nampak sy..dia tau bas belum lalu.  Kalo x nampak..dia call driver bas.  Terkejut?  Sy mula2 pun terkejut gak.  

Dulu pernah sekali masa dia xde..driver bas tu (uncle India) akan call dia tya..eh..where are you?  Pergh..dasat.  Tp mmg dia naik bas tu hari2.  The same 8.00 a.m. bus.  Mmg kenallah.  Tau dh..org tu naik sini..turun sini.  Tiba2 rasa mcm Geng Bas Sekolah..hahaha.  Tp hari Isnin lepas..dia yg tegur sy dulu.  Sebelum ni senyum2 je.  Berbalas2 senyum.  Skrg..nampak je muka sy tya..bas lum lalu eh?  And then..bla..bla..bla.  Dh ada kawan sembang.  Xlah tercongok bodoh je kt bus stop tu.  Ada gak yg selalu tunggu sama2 ngan we oll..tp sy xlah ramah sgt smpi x pilih bulu nk tegur org.  Nak tengok sapa?  Jom skodeng.


Hari2 nampak dia.  Bwk sebungkus nasi lemak dan dia akan duduk situ sambil hisap rokok.  Orgnya nampak bersih..cuma bajunya je kotor.  Bila bas datang..dia naik.  Tp x sama bas ngan sylah.  Ada sekali tu..x tau dr mana..tiba2 nampak dia kt seberang.  Ada jejantas..tp dia lintas je.  Highway tu.  Giler berani.  Sy yg seriau tgk dia lintas highway tu.  Tp dia x kaco org.  So sy ok jelah..hehehe.  Ramah sy pun bertempat gak..kehkehkeh.  Kang org kata x cukup skru lak..main taram je ckp ngan sesapa ntah.  So, sapa2 yg jumpa sy..tegurlah eh.  Tp kenalkanlah diri.  Lepas tu korang tahanlah telinga dgr sy potpet potpet...hahaha.  Chow!!

Apasal Jalan Selalu Berubah-ubah?

Hehehe..tajuk tu marah kt sapa sebenarnya? Sy pun x tau ar. Sebenarnya sy gi Shah Alam baru ni. Kwn sy tulah...rajin bebenor shopping kt mudah.my. Kadang2 lelong.com. Dia nk gi beli air cooler. Adalah bro ni jual kt Seksyen 24. Kalo area PKNS tu leh lg lah redah..almaklunglah..ex student ITM. Tapi ni dh belah2 industrial area sana. Gi sana gunalah khidmat Garmin yg ada dlm phone ni.  Mmg dh betul dah..sampai kat area Seksyen 24 tu..dekat ngan Uptown Shah Alamkan.  Eh..ada uptown Shah Alam?  Baru tau seh..hahaha.  

Sampai2 dhlah mcm highway baru..dia pya corner masuk tu xde signboard...melilau2 smpi Alam Impian.  Jalan gelap gelita..keta kawan lak mata sepet sebelah.  Lampu depan tu ha..sebelah je tinggal..sebelah lagi terbakar..nak tukar kenalah tunggu gaji..hehehe.  Sib baik leh u-turn balik.  Jumpalah umah bro tu..tengok2 air cooler..belek2..ok..beli.  RM100 je.  Sbb my frennya kipas tu..x sejuk langsung.  Puas sy komplen..tu lah dia beli air cooler.  Nak pasang air-cond lum mampu.  Dah alang2 ke Shah Alam..wajiblah roger2 sapa2 yg ada.  Nak jumpa blogger ni mmg dari dulu..ada je halangan.  Malam ni..harus + wajib jadi.  Sapa dia?

Tu ha..Cutecida.  Ngan hero bongsunya..Iman eh.  Kalo silap sorry.  Kat Seksyen 18 nih.  Belah Giant sana.  Wei..lain dh Seksyen 18..giler lama x jejak kaki ke sana.

Lepak mana?  Pak Li Kopitiam..first time mkn kt kopitiam ni.  Leh tahan..sedap gak..n nice environment.

Dee pekena Mee Udang..sodap.  Air xyah ar tunjuk..biasa2 je..Cham..Ice Coffee.  Xde yg luar biasa.  Borak x lama sgt.  Sbb dh nk malam.  X reti2 nak balik.  Masa nk gerak balik tu jumpa my cousin.  X pasal2 kena soal..buat apa kt situ malam2.  Alah..datinglah..kaco je..hehehe.  Cute ni mmg best.  Boleh layan sembang..nak2 umur pun sebaya.  Dia kalo kt luar..lg cun.  X caya?  Gi ar ajak jumpa.  Caya punya.

To Auntie Cutecida..thx for the candies.  See..posing..lekap2 kt pipi.  Hehehe..ada lori ada treller..ada hari..kita jumpa lagi ler.  Muahaha..suka2 hati je buat pantun.  Chow!!

Tuesday, April 20, 2010

Sapa Hilang MyKad Wei??

Tadi kan Dee pegi buat urusan2 bank..Dee jumpa MyKadlah..sapa punya ni wei?  Baik ngaku cepat!!  Wakaka...

Recycle Bin for Baby??


Tgk kartun ni dalam paper Berita Minggu ahad baru ni.  Kelakar?  X patut?  Bila sy pikir2..mcm patut gak..yelah dari dibuang merata..dibiarkan mati..digigit anjing..lg sedihkan.  Tp kalo ada gini mcm menggalakkan maksiat lak.  What say you?

p/s:-  Tuan tanah kedaung masuk opis lambat arini..ada benda yg perlu dikutip dan disumbatkan ke tempat penyimpanan uwang..hahaha..

Monday, April 19, 2010

netQueen

STICKY MODE FOR TODAY YE..NEW ENTRY ADA DI BAWAH..PLEASE SCROLL DOWN..



Kawan2..sy dh daftar sebagai ahli netQeen..u oll jom cepat2 daftar.  Dapat free t-shirt tau.  Lps tu, ikut je steps kt bwh ni eh.  Mohlah cepat!!

Mahukan T-Shirt netQueen edisi terhad ini? Edisi terhad ini hanya bagi setiap 100 pendaftaran pertama sebagai ahli netQueen sahaja. Jadi bagaimanakah caranya mahu mendapatkan T-Shirt ini?

Apa yang perlu anda lakukan adalah:
1- Daftar sebagai ahli netQueen disini.
     *Activation code akan dihantar ke email anda. Sila semak email.
 2- Masukkan blog ini ke Blog List anda.
3- Buat satu entry tentang netQueen.
4- Letakkan gambar banner netQueen di side bar & link back


5- Promotekan netQueen  kepada 5 rakan blog anda.
6- Tinggalkan komen anda disini dengan mengatakan "Saya Telah Laksanakan Kesemua Syarat Yang Diberikan dan kini saya adalah rakan netQueen" berserta alamat blog anda
* sila login dahulu sekiranya mahu meninggalkan komen

Note:
i- Sila pastikan anda memberi butir-butir lengkap supaya anda tidak tercicir dari senarai penerima T-Shirt dari kami.
ii- Kami akan hubungi anda melalui email dalam tempoh 24jam dan anda dikehendaki memberi alamat untuk penghantaran T-Shirt.
iii- Proses penghantaran T-Shirt adalah selama 7 hari dari tarikh anda memberi alamat penghantaran.
sebarang pertanyaan sila email kepada contest@netqueen.com.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Awalnya Dah Grad...

Hampir sy terlupa pasal pic2 graduation Mimi.  Sebenarnya sy dh dpt gambar2 ni masa bulan Mac lagi.  Awal kan?  First comment sy..serius nya muka kakak.  Dia cakap abang x bg senyum mama.  Hahaha..ni sure photographer tu yg ckp..muka kena serius.  Lps tu dia ckp..mama..telinga kakak terkeluarlah.  Sy gelak..sy ckp xpe..itu genetik mama..telinga capang..nak buat camana...hahaha.

Oh..gambar ngan cikgu kena senyum eh.  Kecik je ko kak..hehehe.

Gambar keseluruhan kelas...ada ke dia berdiri belakang sekali.  Photographer tu pun satu..anak den tu xlah tinggi sangat..kasi duduk depan lah.  Ni tidak..dh sekerat je muka nampak.  Xpelah kak..sib baik tadika je..so mama ok jelah.  Nanti grad Universiti..kita masuk studio amik gambar cantik2 eh.

Friday, April 16, 2010

Entry Berabuk Dah Ni..


Ini cerita lapuk dh ni...tp nak juga cerita.  X kira.  Last week on wednesday sy cuti..so, dh alang2 ada kt area Golden Triangle tu..calling2 sis Rasplah.  Lunch together2 kt Kopitiam Junction @ Sg Wang Plaza.


Main reason..nak ambik sambal bilis berapi ni.  Mmg sedap sis..nti nak order lglah..hehehe.


Our drinks that day..


My niece pya roti aiskrim..x sempat nk rasa..dia dh balun abis.  Nak buat camana..sbb sy asyiklah dok menceceh ngan sis Rasp..hahaha.


Lepas tu gi Jln Raja Laut..mula ingat nk karok kt Redbox Sogo je..tp mahallah.  So, we decided to karok kt Redbox The Gardens je.  Tu lg sorang niece..mula2 malu..last2..syok..wohoho.


Dia ni jgn cakaplah..sorang2 pun dia leh gi karok.  Tu tgh bergelek sambil nyanyi lagu Sejuta Batu by Alleycats.  Sapa nak gi karok? Jom2..

Rindunya Nak Gi Tioman & Kapas Island...


Anak buah sy si I-Shah baru je balik dari Tioman mlm td.  Dia pegi ke sana  berseorangan.  Mcm org frust je.  Alah..kwn2 dia ar..janji nk gi ramai2..last2 suma cancel.  Tp knowing her..kalo dia nak pegi..dia pegi je.  Mcm perangai sy je..hehehe. Ni gambar yg dia mms kt sy..wow..cantikkan.  Senja permai..mcm tajuk drama kt channel Astro Prima je.


Sy bagitaulah kt dia sket tips2 nak gi Tioman ni.  Sbb sy dh pernah sampai sana.  Tahun?  Tahun 99 kot.  Aiseh...lupalah.  Amacam?  Kurus x sy..kahkahkah.


Ni kat jeti tioman.  Mmg best ar duduk2 pancing ikan kt sini.  Gambar snorkeling..sy x jumpa.  Puas godek..ntah mana letak ntah.


Ni ramai2 kt atas bot..otw nk pegi rasanya ni.  Kami naik bas dari Jeti Mersing..then terus..shoot ke Kg Genting.  Kg Genting tu bukan kt Genting Highland tau..ni kt Tioman Island.


Bergambar ramai2 depan Genting Jaya.  Mmg seronok masa ni.  Siap ada karaoke n also BBQ.  Enjoy habis.


Godek punya godek..jumpa gambar sy masa kt Kapas Island.  Duduk kt Resort Makcik Gemok.  Best.


X byk bergambar kt sini..tp mmg seronok.  Kena tunggu anak2 besar sket, lps tu leh ar pegi  ke pulau2 ni.  Hmm...Mimi n Fifi cepatlah besar..Mama dh rindu nk hirup angin pulau ni..hehehe.