Semalam baru Dee berkesempatan menziarah ayah lina di HUKM. Masa gambar ni diambil Dee mmg x sedar langsung. Skrg ni my super best friend tulah..suka benar amik gambar Dee candid2 gini. Ok gak..lepas tu dia bluetooth je...so, dia unofficial photographer Dee lah secara x langsung. Tp FOC tau..belanja makan dh lah..hehehe. Masa ni Dee tgh bersembang bertanyakan punca2 kejadian.
Keadaan ayah lina sekarang. Koma di wad ICU, HUKM akibat accident..kes langgar lari. Dee masuk sorang2 semalam sbb wabak H1N1 sedang melanda..so, pihak hospital hadkan hanya seorang sahaja leh masuk. Dee xlah amik gambar..yg ni Dee ambil dari FB Lina dgn keizinan. Dee harap Lina tabah menghadapi ujian hebat ini. Apa saja perkara yg tidak penting buat masa ini Dee harap Lina tolak tepi. Fokuskan pada yang penting2 sahaja. Kesihatan kena jaga..yelah org sihat yg jaga org sakit pun perlu jaga kesihatan. Dee akan sentiasa berdoa moga Allah SWT menyembuhkan kembali ayah lina seperti dulu..amin.
Oh..mesti ada yg tertanya2 kan. Sapa Lina? Lina ialah kawan blogger yang Dee kenal melalui blog. Kebetulan ofis Lina berhadapan dgn ofis lama Dee dulu di Jalan Sultan Ismail. Itu yang Dee boleh jadi rapat dgn Lina. Dee tau Lina kuat...dh lalui macam2 dugaan. Moga Lina terus tabah ye. Insyaallah..sebagai kawan, Dee akan sentiasa menyokong Lina dan berada di sisi Lina bila Lina perlukan Dee. Be strong my dear friend!!
19 comments:
ps: fobia btul ngn kes langgar lari ni. Takut..
mcm2 hal dunia skrang ni kan....langgar lari plak tu....mmg betul2 tak bertanggungjawab org tuh....
hari yg i nak pegi tu, sapphire plak start selsema & batuk...
SH plak outstation soooo mmg tak dpt pegi....
kesiannya kat lina....
sama2 lah kita doakan smoga ayah lina kembali sembuh semula kan sis...
Berat mata memandang..
semoga lina kuat dan tabah
kami mendoakan!
terknya org yang melanggar, tak brhati perut lgsg!!
semoga ayah lina cepat sembuh. amin.
YA ALLAH sihat kan ayah lina seperti sediakala. amin.
Post a Comment