Semalam saya bergegas ke Wad Pediatrik, HKL selepas pulang dari kerja. Kawan baik saya, Kak Tina bagitau Maksunya baru je diterbangkan dari Hospital Miri ke HKL. Bukan Maksunya yang sakit tapi sepupunya yang sudah terlantar 2 bulan di Hospital Miri dipindahkan ke HKL kerana ketiadaan ubat di Miri.
Bila kala saya sampai di wad itu..sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Aqma..sebaya dengan Fifi. 4 tahun. Terlantar begitu..diikat kaki dan tangan kerana dia tidak dapat mengawal pergerakannya..dicucuk sana sini..antara sedar dengan tidak. Matanya tidak rapat..dia mengeluarkan suara seperti mengerang kerana sudah tidak boleh bercakap. Setiap kali dia mengerang..hati saya bagai disiat2. Ibunya tenang di sampingnya...sentiasa menemani. Dia sedar kehadiran kami..dia dapat mendengar. Budak yang dahulu kalanya sangat ramah, bising mulutnya..bila ditmpa penderitaan yg begini..memang sedih sgt2.
Lihat..yg sebelah kanan tu lah Aqma. Anak secomel ini...terlantar sakit...aduhai. Sebelah tu..kakak dia. Yang saya tahu..puncanya Aqma dirasuk oleh makhluk halus yg sedang berpesta di rumahnya. Menurut ibunya..malam kejadian dia menonton tv bersama ayahnya. Dia ckp, jangan bukak cerita hantu..dia takut..tapi tau2 jelah kan..tvkan byk sedutan2 cerita hantu. Lepas dia cakap, dia menjeling ke satu arah..seolah2 nampak sesuatu. Lepas tu dia mula tidak dapat mengawal pergerakan diri..terlanggar pintu, meja..sampai luka2.
Ustaz2 dari Darul Syifa' telahpun dipanggil..perjanjian dibuat..mereka akan meninggalkan tubuh Aqma bila pesta mereka sudah selesai. Rupanya si kecil terlanggar makhluk2 halus itu. Dorang pun pindahlah di tempat lain sementara. Bila malam2 ustaz datang tengok..rumah tu gelap kecuali bilik neneknya..terang. Sebab nenek dia mmg rajin membaca Al-Quran tiap2 malam. Ustaz pun cakap tak pernah tengok anak sekecil itu meronta begitu punya kuat ketika diubati. Lepas pada tu..tiba2 Aqma demam panas. Jadi ibunya bawa ke hospital. Air tulang sum2 diambil untuk memastikan punca sebenar. Doktor syak dia ada masalah dengan urat saraf..tidak dapat mengawal pergerakan diri.
Saya tanya, tidak bolehkan dia dibawa keluar sahaja utk diubati cara perubatan Islam. Kata ibunya, dia tidak boleh bernafas tanpa oksigen. Sebab itulah doktor tidak membenarkannya. Ada ketikanya dia akan menjerit, meronta, meracau2..ubat tidur ajelah yg diberi untuk menenangkannya. Ustaz kata..makhluk halus dalam dirinya sudah keluar tetapi masih ada gangguan2 dari luar. Minggu ni adik kawan saya yg pernah belajar di Darul Syifa' Bangi akan cuba bawa kawannya dalam usaha mengubati adik Aqma. Ya Allah, kau sembuhkanlah anak ini, kau tabahkanlah hati ibunya, hati keluarganya..moga penderitaan dan kesedihan mereka digantikan dengan kegembiraan. Amin...
53 comments:
tapi sy mmg percaya kes2 gangguan..sbb penah jd depan mata. doc cakap lain. ustad cakap lain. huhu..cepat2la bwk kwn akak tu..siannnn budak tu kak. then ape kes doc amek air tulang sum2? risiko tinggi kan? leh sbb saraf belakang rosak. nauzubillahhhhhh
mitnak2 adik sekecik tu cepat2 baik..if sy kat situ sure bergenang2 air mata tgk..
Moga didoakan Aqma akan cepat sembuh.. Seorang anak yg sangat cantik.. sayang plak..jadi gini.. iye laa ini semua ketentuan Allah.. Moga Allah sembuhkannya.. Insyallah.
semoga aqma cepat sembuh ..amin.
Semoga adik Aqma cepat² sembuh, comel budaknya.
New Entry: <a href='http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/04/sana-sini-dacing-roket-bulan.html>Sana sini | Dacing, Roket & Bulan?</a>
semoga adik aqma kuat melawan sakit...
dan semoga adik cepat sembuh...
smga lekas sembuh!!..ya allh..
Pendapat professional saya, mungkin meningitis/enchepalitis.
Tapi tak salah nak berubat cara Islam..asalkan jgn dipinggir terus modern medicine tu..takut menyesal tak sudah nanti
memang kena cuba 2 cara
moden tetap kena terus kan
di samping perubatan islam
biarlah sentiasa baca ayat2 al Quran
di sisi dia
letak kan juga yassin di sisi dia
Semoga adik aqma akan segera semboh
dan sentiasa didalam lindungan
Allah SWT ...aminnnn!!
semoga keluarga adik Aqma tabah hadapi dugaan berat ni...dan semoga aqma sihat seperti sediakala...amin...
dulu waktu melawat arwah Firdau, nor terdengan suara kanak² menangis taw.."kit ibu..kit ibu" mungkin maksud nya.."sakit ibu". waktu tu nor dengar je dah macam nak rebah..apatah lagi kalau berdepan
mudah²ab adik Aqma sembuh.
rasanya kena bawak gi cara tradisional la sis..kesian dier macam tu.
tp kes mcm ni pernah terjadi kepada kawan pejabat, masa tu tv3 selalu tunjuk citer seram tiap2 malam jumaat kan, tajuk pun tak ingat dh.
member sy ni mmg suka tgk citer seram satu famili, tp dgn tak disangka anak dia pun kena ganggu, tiap2 malam dok meracau pelik2, cakap sorang2, mujurlah pakcik dia pandai berubat dan Alhamdulillah anak dia dh ok. Pakcik dia cuma pesan, jangan tengok lagi cerita2 macamtu.
Harap adik Azma cepat sembuh..
p/s: pernah terkena buatan sihir..
meleleh air mata lyn baca kisah adik Aqma ni..
Semoga semuanya berjalan dgn lancar nnti..
semoga dia cepat sembuh...
semoga adik aqma akan sihat seperti sedia kala..
sedih sgt tgk adik ni,
mudah mudahan cepat sembuh....
dee,
wani nak pinjam/minta izin utk publish kan kisah ni kat blog wani ya....moga2 kita doakan yang terbaik utk adik aqma...amin
Dee, cuba carikan ustaz yg boleh ubatkan dia di hospital! Aku yakin..kes ni mmg kes gangguan mahlok halus ni. Kesian la kecik2 dah kena amek air sum2 bagai ha..
nnt aku cuba carikan juga ustaz2 yg boleh sembuh kan adik tu. InsyaAllah! nanti aku tanya2 kan ye...
kesiannya i tengok....
smoga kawan adik ur fwen tu boleh menolongnya...
usahalah cari ustaz mana2...
datang ke hospital...
takpun ada yg pandai leh berubat dari jauh...
smoga adalah jalan penyelesaiannya, InsyaAllah...
tv kena benti kan la cite2 hantu ni..x seswai pulak rasa nye..
kesian kanak2..
haih...
KASIHANi anak keciknieh...YA ALLAH hebatnyaa DUGAAN yg kau beri pada ibunya......
MOga ADIK AQMA cepat sembuh.....YA ALLAH bantulah anak keciL nie..KASIHAI dia...=((((((
semoga mereka tabah...tu je yg sy blh ungkapkan...
a-fatihah utk adik aqma..
Post a Comment