Semalam saya bergegas ke Wad Pediatrik, HKL selepas pulang dari kerja. Kawan baik saya, Kak Tina bagitau Maksunya baru je diterbangkan dari Hospital Miri ke HKL. Bukan Maksunya yang sakit tapi sepupunya yang sudah terlantar 2 bulan di Hospital Miri dipindahkan ke HKL kerana ketiadaan ubat di Miri.
Bila kala saya sampai di wad itu..sedihnya tuhan sahaja yang tahu. Aqma..sebaya dengan Fifi. 4 tahun. Terlantar begitu..diikat kaki dan tangan kerana dia tidak dapat mengawal pergerakannya..dicucuk sana sini..antara sedar dengan tidak. Matanya tidak rapat..dia mengeluarkan suara seperti mengerang kerana sudah tidak boleh bercakap. Setiap kali dia mengerang..hati saya bagai disiat2. Ibunya tenang di sampingnya...sentiasa menemani. Dia sedar kehadiran kami..dia dapat mendengar. Budak yang dahulu kalanya sangat ramah, bising mulutnya..bila ditmpa penderitaan yg begini..memang sedih sgt2.

Lihat..yg sebelah kanan tu lah Aqma. Anak secomel ini...terlantar sakit...aduhai. Sebelah tu..kakak dia. Yang saya tahu..puncanya Aqma dirasuk oleh makhluk halus yg sedang berpesta di rumahnya. Menurut ibunya..malam kejadian dia menonton tv bersama ayahnya. Dia ckp, jangan bukak cerita hantu..dia takut..tapi tau2 jelah kan..tvkan byk sedutan2 cerita hantu. Lepas dia cakap, dia menjeling ke satu arah..seolah2 nampak sesuatu. Lepas tu dia mula tidak dapat mengawal pergerakan diri..terlanggar pintu, meja..sampai luka2.
Ustaz2 dari Darul Syifa' telahpun dipanggil..perjanjian dibuat..mereka akan meninggalkan tubuh Aqma bila pesta mereka sudah selesai. Rupanya si kecil terlanggar makhluk2 halus itu. Dorang pun pindahlah di tempat lain sementara. Bila malam2 ustaz datang tengok..rumah tu gelap kecuali bilik neneknya..terang. Sebab nenek dia mmg rajin membaca Al-Quran tiap2 malam. Ustaz pun cakap tak pernah tengok anak sekecil itu meronta begitu punya kuat ketika diubati. Lepas pada tu..tiba2 Aqma demam panas. Jadi ibunya bawa ke hospital. Air tulang sum2 diambil untuk memastikan punca sebenar. Doktor syak dia ada masalah dengan urat saraf..tidak dapat mengawal pergerakan diri.
Saya tanya, tidak bolehkan dia dibawa keluar sahaja utk diubati cara perubatan Islam. Kata ibunya, dia tidak boleh bernafas tanpa oksigen. Sebab itulah doktor tidak membenarkannya. Ada ketikanya dia akan menjerit, meronta, meracau2..ubat tidur ajelah yg diberi untuk menenangkannya. Ustaz kata..makhluk halus dalam dirinya sudah keluar tetapi masih ada gangguan2 dari luar. Minggu ni adik kawan saya yg pernah belajar di Darul Syifa' Bangi akan cuba bawa kawannya dalam usaha mengubati adik Aqma. Ya Allah, kau sembuhkanlah anak ini, kau tabahkanlah hati ibunya, hati keluarganya..moga penderitaan dan kesedihan mereka digantikan dengan kegembiraan. Amin...