Tuesday, May 31, 2011

I'm 37..Yeah I Know I'm Still Cute..

Happy Birthday to Me!!  
Happy Birthday to Me!!  
Happy Birthday to Me...Happy Birthday to Me!!
Hahaha..perasan kan?  Yup..saya dah 37 years old young.  So, pada sapa2 yang dirinya lebih tua dari saya sila mengaku..dan juga siapa yang lebih muda dari saya juga sila mengaku.  Hari tu ada orang tegur saya..eh ko lagi tua dari dialah, napa ko panggil dia kakak.  Hahaha..sebab saya memang sentiasa perasan diri saya muda.  Hari ni saya cuti dan sedang berjimba-jimba di suatu tempat.  Hari ni saya mau enjoice.  Pada yang wish ada ke? terima kasih diucapkan dengan kata2 akhir dari saya..hadiah sila poskan ke alamat seperti di bawah.  Hehehe..gurau je.  Love you all...lalalalala..sambil lari2 skipping.

Monday, May 30, 2011

Hari Ini Saya Cuti, Jom Ke Sini..


Hari ni saya cuti setelah sekian lama tidak bercuti.  Nak2 baru2 ni pindah opis..badan sengal dan stress dibuatnya.  So, hari ni plan nak gi facial.  Agak lama gak saya tak buat facial ni.


Lepas tu buat foot bath.  Oh..segar rasa kaki. 


Then..ini yang paling saya suka..massage.  Memang lega dan hilang segala stress.

Dapat pulak berendam dlm bath tub dgn bunga2 segar atau milk bath...arghhh..treatment yang saya rasa semua suami patut hadiahkan pada isteri.  Sesekali pamper diri apa salahnyakan.  Pada yang sedang bekerja..teruskanlah bekerja.  Saya cuti smpi esok..hihihi.  Meanwhile take care!

Sunday, May 29, 2011

Happy 37th Birthday To My Husband..


Happy Birthday to my lovely husband, Mohd Ridzal for his 37th birthday today.  Moga sentiasa berbahagia, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan diberkati Allah SWT selalu...amin!!  Yang lain2 tu rahsia eh...ssshhh...haip!

Friday, May 27, 2011

Nak Makan Pun Tak Senang...

Baru2 ni saya ada appointment dgn seseorang.  So, jumpa di Old Town White Coffee Bangsar je.  U oll tau ke OTWC ni sebenarnya halal ke tak?  Ada yang ckp halal ada yang tak.  Rumourslah..tapi kalo betul2 ada kesahihan berita..bgtau saya ye.  Tapi masa saya pegi makan ni, saya yakin yang ianya halal.  Kalau ragu2 saya tak pergilah kan.
Kawan saya minum air Cham dan saya Cold OTWC.  Sedap.
Ni roti paratha dengan kari kentang.  Sedap sangat.
Ni saya punya, roti kukus/steam dgn kari kentang.  Marvelllous.  Seriuslah..kari dia sedap sungguh.
Yang membuatkan saya tak senang makan tu ha..perempuan tu..ckp ngan orang depan dia....terlindung.  Marah2..suara tinggi..hentak2 meja.  Tinggal nak bertumbuk je.  Tiap kali dia hentak meja, jantung saya mcm nak gugur.  Nak beralih masa tu..semua tempat duduk full.  Sabar jelah.  Patrons lain pun rasa uneasy.  Terganggu dgn hentakan2 meja tu.  Cara ckp mcm perempuan Indon..kalau ada masalah rumahtangga or dgn boyfren skalipun..pi settle luarlah.  Ni tempat orang nak bersantap...tak sesuai tau!  Apapun....I do enjoy  my meal and have a great weekend yeah!!

Thursday, May 26, 2011

Chawan..

Lepas je jumpa si Amy kat LRT Bangsar..kitorang ronda di Bangsar Village.  Last2 lepak kat Chawan Kopitiam kat luar..hahaha.  Kasihan Amy menunggu lama.  Hujan lebat pulak tu. 
Saya punya hot coffee tu..kemaman coffee..siap ada 2 keping biskut tawar.  Sedap..saya suka.  Yang si Zahidah pulak order Frappe apa ntah..Kemaman+Nescafe..sedap gak tapi cold drinkslah.  Si Amy pegi order Sabah Coffee Ice Blended..rasanya tak masyuk.  Lenkali kalo nak Ice Blended sila order air western2 mcm Cappucino or Mocha.  Kopi kampung tak sesuai Ice Blended ni...rasanya tak ngam.  Kalau kahwin leh gaduh2..hihihi.
Zahidah makan roti toast ni je.  Lapar lagi katanya tapi dah makan kat Ikea but still nak isi perut..hehehe. 
 Amy end up ngan meehoon soto ni.  Sedap gak.
Saya frust sebab sebenarnya saya nak ubi rebus cicah sambal.  Boleh pulak dah habis.  So, makanlah roti jala ni yang ok2 jelah rasanya.  Sebab ada restoran lain yang kari ayamnya lebih marvellous.  Esok saya cerita ye. Meanwhile, take care semua.

Wednesday, May 25, 2011

Jumpa Blogger Dari Sarawak..

Ingatkan nak buat entry tanpa gambar makan2..tapi tak bolehlah.  Saya ni kerjanya makan je..hahaha. Okeylah mari tengok saya jumpa siapa.  Inilah orang lidi a.k.a zahidah wahid.  Jauh datangnya ni..dari Kuching.  Dia dah smpi KL baru roger2 saya.  So, berdating-datinglah kami.  Jumpa di Jalan P.Ramlee..kasihan Zahidah jalan kaki dari Stesen Raja Chulan sampai ke opis saya..berpeluh2 dibuatnya.  Lepas tu kami shoot ke Damansara Heights jumpa kawan saya Lily tu..then terus ke Ikea.
Saya dan Zahidah makan meatball.  Dengar cerita tak halal ye..tapi hari ni dengar2 dah dapat confirmation yg meatball tu halal.
Utk dessert semestinya kek Daim menjadi pilihan.  Orang jauh tu kenalah rasa.  Kat kuching takde ni semua.
Kawan saya Lily tu amik Salmon.  Hmm..saya kalau grilled salmon boleh lagi.  Ni nampak mentah..so, tak lalulah di tekak saya.  Tapi Lily kata sedap.
Then, dia amik chicken wings pulak.  Tart telur tu saya yang amik..pastu masuk tong sampah.  Mana taknya..konon kenyang..packed bubuh dlm handbag.  Dah tu lupa..hahaha.  Bila ingat masuk dlm fridge..tapi ada tikus (fifi) gigit keliling kulitnya tu...tengah dah ditobek2.  Terus saya campak dalam tong sampah..sayangnya lahai.
Picture saya dan Zahidah sebelum naik Free Shuttle Bus Service dari The Curve ke Stesen LRT Kelana Jaya...hehehe.  Sebab2 ni jugaklah ada orang kena tunggu saya dan Zahidah selama lebih 1 jam di LRT Bangsar.  Esok sambung cerita ye..hehehe.

Tuesday, May 24, 2011

Kenny Roger Roasters...

Okey2..ini bukan muntah kucing..hahaha.  Ini sebenarnya baked potato tapi dia siram ngan cream cheese ke mustard..gitulah..saya pun tak ingat dah nama menunya...tulah makan dah lama..hari ni baru nak buat entry..eh..makan di mana?  Makan di Kenny Roger Roasters Midvalley.
Saya order yang ni..quarter chicken meal.  Lama betul rasanya tak makan KRR...sedapnya.  Kalau selalu tu jemu je.
Air mcm biasa Latte ngan Ice Blended Cappucino.
Last sekali penutup dinner ngan dessert..kononlah.  Ni muffin..ada ke yang tak kenal muffin tu cemana rupanya..kalo tak kenal..saya kenalkanlah ye.  Muffin pisang ni mmg kegemaran sayalah.  Banyak2 muffin, saya tetap rasa muffin di KRR ni terbaek.  Sorrylah lately, sangat busy.  Ada blog rakan2 yang saya tak sempat jengah.  Buat entry plak asyik2 makan..asyik2 makan..buat korang terliur je kan.  Xpe..nanti korang2 yang dah gaji tu gi lah terjah kedai makan yang sedap2..pastu promo kat dee lak ye.  BOD & Audit Meeting is waiting for me this friday..so, selamat membzkan diri....ceh.  Btw..happy working!

Monday, May 23, 2011

Boraque Kopitiam..

Hmm..kadang2 tekak teringin nak makan benda lain..tapi bila sampai je tempat tu boleh lak tukar selera ke tempat lain.  Ye..yang benarnya saya nak makan Char Kuew Tiow Mali's Corner.  Tup2 bila sampai. saya terbayang2kan CKT tu..pastu tekak kembang.  Aiseh..jawabnya makan kat Boraque Kopitiam kat sebelah Mali's jelah.
Ni dia orang yang selera tukar2.  Gambar ni mmg goyang..orang yg snap pic tangan gigil2..hehehe.
Mine..honey lemon ice and my friend, Hot Lemon Tea.
My friend had this 'roti jala'.  Emmm..x sedap sbb roti jalanya dah keras..huhu.  Kari tu boleh tahanlah.
Pastu saya konon takut lapar orderlah tauhu goreng..dalam dia ada cendawan tapi tak sedaplah..nyesal lak order.
Saya order ni je..thick toast with mayo and shrimp..pergh..sedap giler.  Meleleh2 mayo..hihihi.  Yang ni mmg tak menyesallah order.  Sbb ni first time visit, so tak berapa sure apa yang sedap and apa yang tak sedap.  So, next time maybe boleh cuba dish lain.  Happy working friends!!

Friday, May 20, 2011

Roti Sedap..

Sebenarnya dalam last week before pindah office, saya ada jumpa berlaga2 pipi ngan Sis Rasp sekejap.  Tapi tak sempat pun nak amik gambar dia.  Dia ada pass kat saya macam2.  Itu nanti saya cerita.  Tapi dia jugak belikan saya roti ni.  Katanya roti sedap di Jalan Tengah.  Thx Sis Rasp..mmg sedap sungguh bagai dikata.
Pergh..memang sedap u oll.  Dalamnya ada kaya dan butter.  Patutlah roti ni terhangat di Jalan Tengah.  Berapa harga and stall yang mana satu..kenalah tanya kat Sis Rasp.  Walau saya dah pindah dekat je ngan Jalan Tengah, saya masih belum berkesempatan lagi nak merayap2 di Jalan Tengah waktu lunch hari Jumaat.  Sebab 2 jumaat berturut-turut saya menyibuk di office Nuffnang.  Cewah..mcmlah dapat advertorial job..hahaha.  Cerita di office Nuffnang nanti saya kongsi2 ye.  Tapi ada yang dah tau kan...apapun, happy weekend semua.

P/S:  Jalan Tengah ialah jalan belakang di antara Mas Building, KFC, Affin Bank, MIDF, The Weld..pasar Jalan Tengah ada setiap hari Jumaat..datanglah macam2 ada.

Thursday, May 19, 2011

Gold Coast Morib...

Sambung cerita saya ke Banting tempoh hari.  Lepas makan2 tu, kitorang gerak ke Gold Coast Morib sbb 1 of my friends tu mmg keje kat Gold Coast.  Gambar sy jauhlah sebab konon nak amik penuh tulisan Gold Coast Resort tu..tp tak dapeklah.  Dapatlah sket2.
Nak bergambar bertiga pun ada je terselit si Fifi tu.  Eh tetiba teringat pesanan org tua2 jangan bergambar bertiga..hehehe. 
Inilah water theme park yang ada kat Gold Coast Morib tu..kecik je taklah besar sangat pun.  Masa ni panas giler...tapi still ada orang mandi.
Ini view dari tepi pantai.  Gambar pantai saya tak snap...nun jauh sbb air laut tengah surut.  Gambar pondok utk makan pun saya lupa nak snap.  Betul2 di pantai..bila air laut pasang seolah2 terapunglah.  Cantik. 
Hahaha..fifi tu mcm nak korek von kakak Mimi je.  Actually masa ni Mimi menangis merajuk sbb tak dapat mandi laut and also mandi pool.  Yelah..ada tag baru boleh mandi.  Laut tu pulak..jauh sangat.  Nak2 time tu panasnya masyaallah..tu yang saya malas.  Meraung2 dia sampailah balik.  Saya buat donno je..hehehe. 
Me with my schoolmate.  Thanks to FB..kami dapat bersama2 semula.  2 orang tu still single tau..single belum kahwin dan single anak 2...hehehe. Cer teka..cer teka..yang mana satu single anak 2..ngehngehngeh.
Front office 
 Lobby yang luas
Ni dalam 1 of the room.  Gambar katil xleh amik..sbb housekeeping lom kemas.  Tgk mimi tu..berangan nak mandi jacuzzi..dia ingat pool..hahaha.  Fifi pun sama excited.  Tp for me..Gold Coast ni quite expensive.  Sekarang ada promo..sapa2 mau bolehlah tempah kat SINI ye.  It's a new place..so, byk lagi yang takde.  In future maybe better.  So, sapa2 yang tak tahu nak pergi mana, leh ar terjah sini.  Chow!!