Kakak,
Saya hormati kakak sebagai jiran saya. Saya hargai kakak kerana menyayangi haiwan kecil iaitu kucing. Tetapi tahukah kakak, saya sudah TIDAK TAHAN...diulangi TIDAK TAHAN! Kelmarin, jiran sebelah kanan rumah kakak datang mengadu dengan saya. Cubalah kakak pikir, dia tu INDON kak. Entah2 rumah dia kat Indon tu rumah setinggan je kak. Tapi dia pun tahu jaga kebersihan..dia pun tahu jijik. Nak masak kena buka tingkap tapi bau harum pulak masuk..huh..terus hilang selera.
Kakak,
Saya memang dah penat bila balik dari kerja. Tambah penat dan sesak fikiran serta hidung bila balik2 je depan rumah ada hadiah2 kecil dari kucing2 kakak. Saya tak mahu sebutlah kakak, kawan2 saya nanti takde selera nak makan. Kakak pandai bela tapi tak pandai jaga kebajikan kucing2 tu. Kakak tak pernah mandikan dorang, bagi makan isi perut ikan. Tu yang merata dorang membuang tu..cirit birit. Kalau kakak rajin membasuh lantai depan rumah2 kami tak mengapalah jugak.
Kakak,
Tiap kali balik kerja saya kena basuh lantai. Terbongkok-bongkok. Dah bersih cantik, masuk tidur, bangun esok pagi, bukak pintu je..ada lagi. Aduhai kakak. Saya tak tahu dah nak cakap apa. Anak2 saya dah sound kakak direct, "makcik, kucing makcik berak depan rumah saya". Apa kakak buat? Kakak cuma kutip je. Cuci tak pun...eee..geli kata anak2 saya. Pengotorlah makcik sebelah tu.
Kakak,
Sebab kakak jugaklah orang2 kat sini dah kurang rasa kemanusiaan. Janganlah kakak heran bila tengok tiba2 kucing melayang dari tingkat atas. Saya belum sampai ke tahap itu. Tapi sudah ada yang buat begitukan? Bila DBKL datang buat spot cek sebab ada yang buat report, kakak cakap itu kucing2 kakak. Kalau ye, tolonglah letak kucing2 tu dan makanan2 dorang dalam rumah kakak. Ulitlah mereka tidur dengan kakak. Ini rumah kakak dah macam rumah kebajikan, penuh kucing datang makan tidak kira siang atau malam. Baru2 ni mak menti pun join sama.
Kakak,
Esok, saya akan hantar bil beli sabun, bil air dan juga caj tenaga saya kepada kakak. Harap kakak janganlah mengelat nak bayar pulak. Kakak ingat free ke semua tu? Oh..hari tu kakak mengadu dgn saya kakak dah tak tahan duduk situ sebab orang mengata kakak, mengata anak2 kakak. Oh, pelisssslah kakak, kami lagi tak tahan kakak..silalah pindah secepat mungkin ye.
Sekian, terima kasih.