Weekend terakhir bulan puasa tu, Mimi ada sukaneka prasekolah. Tapi dibuat di SK Bangsar. Yang join pun 3 kelas prasekolah dari 3 buah sekolah, Bukit Pantai, Bangsar dan Bukit Bandaraya. Comel tak Mimi pakai kebaya? Ha..dia jadi gadis sepanduk sebab tu pakai kebaya. Merah lagi..hehehe. Semuanya disiapkan oleh Mama tercinta. Eh..kebaya cikgu yg belikan..jangan haraplah saya nak belikan anak2 kebaya. Pantang keturunan saya..hahaha. Kitorang2 jelah tau kenapa.
Mimi masa perarakan tak nampak kepala. Ater sepanduk lagi tinggi dari dia. Cikgu pun lenkali buatlah rendah sket..hehehe. Sebelah dia tu Aiman, jadi maskot singa. Tema sekolah dia ialah Zoo Negara kot. Semua jenis binatang ada ha. Kostum pun dah macam tarzan. Tapi cute.
Mimi dah bertukar uniform utk acara seterusnya. Mama dia busy snap pictures. Boleh pulak gambar suami sendiri terlupa nak snap. Dalam album kat FB, gambar fifi adalah jugak. Gambar suami nan ado..sib baik suami tak murka..kehkehkeh.
Acara pertama yang Mimi join...iaitu membawa lari aiskrim gergasi...hehehe. Depa dapat no 2 ni. Ada juga yang dorang dapat tempat pertama.
Sapa cepat dia dapat, dalam game ni pun Mimi join. Dorang baling gelung dlm kon. Dapat no 3. Eh..yg fight 3 sekolah je. So, semua menang. Semua dapat hadiah. Xyah gaduh2lah. Tapi ada orang still tak puashati.Mimi with her friends. Tengok gelagat budak2 ni seronok. Ada yang bergaduh smpi baling kasut pun tp cikgu tak perasan. Sibuk ngan sukaneka. Ada juga acara musical chair utk parents tapi saya tak join. Malu..tapi Mimi marah saya tak join. Dia cakap kalau Mama join mesti no 1. Erk..xpelah Mimi oii..Mama rela jadi penonton je..hehehe.
Kebetulan pada hari yang sama, Sabtu, sekolah tu ada aktiviti korikulum yang lain. Yang ini mmg sangat2 menarik perhatian kami as parents dan juga guru besar2 dari sekolah lain. Melukis batik. Serius, cantik giler budak2 ni mewarna batik2. Sangat kreatif. Cikgu yang mengajar ni cakap, ada student yg berjaya dibawa smpi ke Jepun hanya dengan melukis batik ni. Guru besar SK Bukit Pantai pun dah berminat nak buat aktiviti ni kat sekolah Mimi tapi aktiviti ni hanya utk murid tahun 4-6 sahaja.
Tahniah..sekolah Mimi berjaya menjadi juara. Tapi kalah dalam perbarisan. S.K. Bangsar yang menang dalam acara perbarisan. It's ok. Yang penting keseluruhan, kamilah juara. Mimi je yang tak puashati kenapa dia dapat 2 pingat je. Dah dia masuk 2 acara je kan. Tapi ada yang dapat smpi 4. Budak2 biasalah. Sepatutnya pembahagian acara biarlah sama rata. Jadi budak2 xde yang jeles dan persoalkan kenapa dia dapat sikit berbanding rakan2 yang lain. Jenuh saya nak cool down kan Mimi. Sampai dia kata next time dia tak mau dah masuk sukan. Saya bagitaulah, hadiah tak penting. Semangat kesukanan dan bergembira sesama rakan2 itu lebih penting. Tapi budakkan..nak hadiah je..hehehe.
Thanks pada yang concern semalam. Hari ini saya ok sedikit. Keprihatinan kalian amat dihargai. Take care.
24 comments:
Seronok tgk aktiviti2 cenggini sekolah yg buat kan..budak2 la yg paling happy..
fuyyooooo..mama dia macam akak lah....:P
baerbaju merah lagi,
clust okeh:)
p/s: follow sini , salam kenal dari Sinar Raudah
sekolah pun satu hal..bahagikan acara sama adil la...tu pun nak ajar ke? adoi la...kan budak tu dah mengungkit...
psttt... hat sebelah mimi yg bespet mata belalang tuh kelihatan anggunlah....dh rupa kakak & adik jaa nampak...
thr r sayings, org kalau dah lawa, pakai apapun lawa..
;P
Post a Comment