Awal Mei aritu, seminggu lepas gi Melaka dengan Wahida, saya terjah pulak Kemaman. Pergi hari Sabtu balik hari Ahad. Bermalam di Cherating. Tujuan utama pergi kenduri kahwin boss best friend saya.
Entri Melaka pun saya tak cerita lagi. Gambar tak banyak. Wahida yang banyak amik gambar..hehehe. So, terus lompat cerita trip saya ke Kemaman ~ Cheratinglah ye. Pada boss dan isteri kawan saya tu, Selamat Pengantin Baru ye. Sempoi woi orang ganu kahwin, xde pelamin2..jimat kan?
Lepas je kenduri, lepak Kedai Kopi Hai Peng. Pastu terus check in hotel. Hotel mana? Nanti saya buat review. Perkara pertama, terjun pool. Fifi tu demam panas tapi saya bagi je dia mandi puas2. Boleh coolkan badan dia.
Lepas tu terjah pulak laut. Masa ni air laut agak kotor, cuaca pun mendung. Tak berani mandi sebab ombak kuat dan pasir nya jenis terbenam ditarik air ombak. Scary. Still ada juga yang berani mandi.
Malam tu gi makan kat Thai Restaurant iaitu M.S. Tomyam. Tengok Fifi tu..demam..lesu je dia. Malam tu jenuh cari kedai runcit nak beli asam jawa. Mujur pagi tu dia dah sihat. Food kat sini reasonable and bolehlah rasanya. Biasa2 je.
Esoknya lepas breakfast, terus budak2 ni terjah playground pulak.
Lepas tu jangan lupa lompat2 riang gembira lagi sekali kat tepi pantai before balik KL.
Lagi sekali, meh terjah Kedai Kopi Hai Peng yang sangat popular di Kemaman. Serius, kopi dia sedap sangat. Saya rasa lebih sedap dari Starbucks semua tu. Anak saya pun suka Cham C dia. Lagipun Cherating ke Kemaman dekat sangat..hehehe.
Lepas tu kami terus balik KL. Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami selamat. Takde jumpa accident pun. Esok, review pasal hotel ye. Sebelum mengundur diri, meh tengok tapai dan kopi hai peng yang akan buat korang terliur..hehehe.
Ini tapai pulut dia..unikkan?
Comel2 je..dan sedap.
Ni kopi ais..packaging dia mmg camni..sempoi.
Ini Ice Blended Coffee dia..amacam? Kemaman jom!!