Thursday, August 30, 2012

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan


Salam Hari Kemerdekaan semua..I love my HomeTown..Malaysia :)

Wednesday, August 29, 2012

WW ~ Sosak


Yang ini belum lagi..ini minggu pertama Ramadhan @ Sogo..hujung2 Ramadhan tengok..baju pun tak serupa baju..orang pun rupa semut..hehehe..

Tuesday, August 28, 2012

Kisah Sedih Di Petang Raya


Sedihlah sangatkan.  Tiap2 tahun raya mmg saya sorang jelah kena balut ketupat daun palas ni.  Eh..tahun ni susah nak dapat daun ni.  CT Elly mengadu merata pasar pergi cari tapi dah habis.  Barangkali sebab banyak sangat dah hutan diteroka jadi daun palas ni pun dah hampir pupus.  Pokok daun palas ni tumbuh meliar dalam hutan.  Kita bukan boleh tanam2 pun.  

Ok, back to petang raya.  Macam biasalah, saya balut sorang2 sampai siap.  Sambil balut sambil nangis.  Sebelum cerita kenapa nangis, meh tengok rupa ketupat ni selepas direbus.  Yang ni baru balut tau.  Pulutnya pun separuh masak.


Ha..yang ni lepas direbus.  Sebelah dia tu xyahlah introduce..takkanlah nasi himpit segera u oll tak kenalkan..hehehe.


Ni rupanya lepas dibuka daun.  Tahun ni saya buat comel2.  Takyah dah potong2.  Yang ni semua gambar raya before2 this.  Sebab ini tahun sibuk nangis sampai lupa nak snap pic...hahaha.  Tapi not to worry, sungguh pun airmata bercucuran, xdelah sampai jatuh hatta setitik pun ke atas pulut.  Ketupat ni gerenti tak masin punya..hahaha. 

Penangan apalah yang sedih sangat sampai saya balut ketupat sambil nangis2 dari pukul 12 tengahari, berhenti jap setengah jam pastu sambung balik nangis sampai pukul 5 petang?   Sampai sembab2 lah mata.  Inilah penyebabnya..huhu.


Ye..Kabhi Khushi Kabhie Gham.  Sapa suruh pasang citer sedih2 petang raya...uwwaaa.  Saya duduk concentrate tengok, tu yang feeling terlebih.  Sampai ada yang hulur kain buruk, towel dapur suruh lap air mata.  Giler punya sedih.  Bercucuran airmata tau.  

Tetiba teringat masa raya dulu2...masa bujang.  Malam raya lah kitorang bertenggek satu family kat GSC Midvalley tengok midnight cerita ni.  Keluar je panggung pukul 2 pagi...mata masing2 bengkak..kahkahkah.  Tapi serious, pasanglah byk kali pun, cerita ni mmg meruntun jiwa.  

Korang2 yang ada berselisih faham dengan ibu bapa, baliklah jumpa dorang.  Buang ego jauh2...kerana sayanglah mereka marah.  Ah..takmoh cakap lebih2..sambil type, sambil tengok poster ni pun boleh meleleh lagi airmata..ciss.

Monday, August 27, 2012

Selamat Kembali..


Selamat kembali bertugas semula.  Kalau ada yang masih cuti tu mcm suami saya..wah3..enjoy sakanlah ye.  Ada yang dah berpuasa 6.  Saya ingat nak mula hari ni tapi malangnya 'raya' lagi sekali lah pulak kan.  Takpe, minggu depan boleh je mula.  Masih ada syawal..insyaallah.  Hari ni seronok rasanya.  Kembali jumpa opismate yang dirindui.  Breakfast dan lunch sama2.  Esok jelah cerita ceriti tentang raya eh.  Banyak benda kena settle.  Almaklum cuti 9 hari kan..hehehe.

Thursday, August 16, 2012

Salam Aidilfitri..


Salam Aidilfitri buat semua teman2.  Maaf dipinta atas segala kesalahan selama perkenalan kita.  Berhati-hati di jalanraya.  Tahun ni tak sempat nak buat personalized e-card.  Yang google punya pun ok je kan..hehehe.  Harap bertemu lagi pada 3 September.  Hahaha..silap tarikhlah geng..jumpa lagi pada 27 August tau.  Sayang korang semua.


Tuesday, August 14, 2012

Klasiknya...


Bukan antik tapi klasik.  Minggu lepas mengemas almari pinggan mangkuk.  Tgh mengemas, tertengok koleksi arwah mak saya dulu.  Klasik betul.  Arwah mak susah payah simpan duit nak beli pinggan mangkuk ni semua supaya bila buat kenduri kendara tak perlu meminjam.  Sekarang koleksinya saya yang simpan dan pakai.



Contohnya bekas kuih raya ni.  Ada banyak tapi saya tak guna sangat.  Bekas mcm ni mudah masuk angin.  Tak sesuai utk cookies.  Dulu2 bubuh kuih peneram, wajik, dodol, putu kacang, baulu..bolehlah.  Sekarang kuih2 tradisional tu susah sket nak jumpa kecuali rumah2 kat kampung yang masih ada orang tua.  

Piring bunga2 hitam tu pulak, ada pinggan makannya.  Arwah abah dulu kalau mkn dalam pinggan lain tak selera.  Tetap nak pinggan ala2 kopitiam tu.  Hmmm..rindunya kat arwah mak ngan abah.  Dah 10 tahun kedua-duanya pergi meninggalkan kami.  Al-Fatihah utk mereka.


Monday, August 13, 2012

Akhirnya Fifi Jumpa Dentist..


Last Saturday, saya bawa Fifi jumpa dentist.  Itupun sebab dia dah tak tahan sakit gigi.  Dah berminggu-minggu saya pujuk dia.  Asyiklah tak mahu.  Akhirnya dia mengalah.  Biasa saya akan pergi Klinik Pergigian Bangsar..gomen punya je.  Tapi sebab kat klinik gomen budak2 boleh hari Jumaat je, maka saya terpaksalah redah Klinik Pergigian Halina ni kat Lucky Garden Bangsar.  Sederet dengan Restoran Mahbub yang popular tu.


Budak yang tak tahu kejap lagi dia akan dikerjakan..hahaha.


Yang kakak pulak jenis tak takut...kakak pun nak cuci gigilah mama.  Next time jelah..Mama akan menangis nanti ni bayar bil..hahaha.


Inilah Dr. Halina.  Dia tegur saya tak boleh amik pic.  Saya cakap yang ni je doc, lepas ni saya tak amik dah..hehehe.  Sib baik dia tak marah.  Doc ni baiklah..lembut je.  Fifi pun suka kena pakai shades..ala2 panca sitara.  Sebenarnya nak elak silau mata tu..hehehe.  Gigi geraham belah bawah dia dua2 berlubang.  Besar.  Buat masa ni doc bubuh ubat dulu..tak terus tampal.  Kalau terus tampal nanti bernanah. 

Seminggu lepas raya kena datang lagi utk buat filling (tampal).  Berapa kena?  RM210.  Huhu..berkicap Mama kau bayar.  Lepas ni no more sweets..dan jgn gatal2 nak mengelak gosok gigi ye.  Mujur masa buat dia tak nangis, lepas tu je nangis sikit.  Nanti masa tampal tak taulah..boleh tahan ke tak..sabar jelah.  Adik2..jagalah gigi elok2 ye.  Pada auntie2 dan uncle2 yang takut gi jumpa dentist tu..jangan takut2 tau..Fifi boleh, u olls sure boleh gak..hehehe.  Selamat bekerja!

Friday, August 10, 2012

Tepuk Dahi Dibuatnya...


Kadang2 bila kita terlalu fokus, kita tak sedar apa yang kita buat.  Semalam sebab saya dah target nak balik on time, saya tak sedar yang saya dah balik terlalu awal dari waktu yang sepatutnya.  Actually waktu office hour tamat jam 5.15 pm bagi Muslim di sepanjang bulan Ramadhan ni.  Hari jumaat kami balik pukul 4.45 tak kiralah bulan Ramadhan atau tidak.  Tapi semalam bila saya tengok jam di PC pukul 5 petang, saya terus melompat.  Eh..lewat dah ni.  Kelam kabut tutup PC, terus nak chow.  Almaklum dah 2 minggu asyik balik lewat je.

Jinjing handbag satu opis sebelum saya balik.  Bercakap dengan staff baru apa yang perlu dibuat.  Sembang dengan boss. Saya ada 4 boss lagi.  Yang berhenti aritu direct reporting.  Opismate cakap oh, mentang2 balik lambat 2, 3 hari ni, hari ni balik awal ye.  Saya pun sengih2 cakap, bye2.  Takde sapa pun tegur, kak belum pukul 5.15 lah..awalnya balik.  Bila keluar opis, lif pun kosong.  Sampai depan lobby, ramai para suami, para boyfriend tunggu isteri dan girlfriend balik kerja.  Terdetik gak kat hati, napa ramai lagi orang menunggu eh.  Dah dalam bas, baru teringat.  Lailahailallah..saya balik awal rupanya.  Bila saya sms opismate, semua bantai gelak.  Mentang2 boss besar takde, awal kau chow ye kak.  Adeh...segannya ngan bos2 lain.  Mujur hari ni Iftar di luar.  Walau hari ni opis hour abis kul 4.45, pukul 6.30 petanglah baru keluar..hihihi.  Selamat berhujung minggu semua!

Thursday, August 9, 2012

Phew!!


Minggu ni adalah sangat memenatkan.  Dengan appraisalnya, budgetnya, 6 orang staff baru pulak masuk.  Dengan nak apply new pc, new ID..haish..kalut.  Dateline pulak tu semuanya sebelum raya.  

Utk orang yang first time buat, mmg agak terkedek2lah.  Kesian kat Budget Controller, asyik2 saya cari dorang mtk guidance.  Kesian jugak kat HR..kejap2 saya call tanya camana nak completekan mid year review.  Tapi tugas hakiki lah kan.  Kena redah jugak.  Semalam saya dah submit Dept Budget...phew lega.  

Dalam byk2 perkara, Budget nilah yang saya risau..boleh ke saya buat.  Dengan bos saya tetiba resign.  Macam anak ayam hilang ibu kejap saya.  Dahlah dateline smlm pukul 5 petang, system automatic locked.  Lepas dah locked tulah, ada je amendment.  Mujur Budget Controller masih ada di pejabat jam 6 petang.  Masih boleh dibantu saya yang terhegeh2 ni.  

Syukur juga, 2-3 hari ni walau saya sampai rumah pukul 7 malam, sempat jugak saya masak juadah berbuka.  Tapi simple2 jelah.  Masih berjaya tidak membeli lauk pauk di PARAM..hehehe.


Hari ni, bolehlah blogwalking dengan senang hati.  Semua kerja yg ada dateline, dah selesai.  Sekarang buat kerja2 rutin je.  Boleh singgah umah u oll nanti.  Esok tengahari boleh merayap sampai Jalan TAR..hahaha.  Semalam opismate ajak merayap ke KL Sentral pun takleh nak follow.  Budget..budget..dateline..dateline.  Tapi Alhamdulillah, berjaya saya tempuh semuanya.  Ok, get ready, saya mau datang ni.  Takyah saji2 air tau..saya puasa..kehkehkeh.

Wednesday, August 8, 2012

WW ~ Me & BR..Down The Memory Lane..


Selamat Datang Ke Baskin Robbins..


Enjoy your icecream..dari bekas pekerja Baskin Robbins yang cun melecun.

Tahun Perkhidmatan:  1991 - 1995
Designation:  Crew Leader
Outlet:  Rex Kotaraya, Central Square CM, Yaohan The Mall, Ampang Point, SS14 PJ, Sg Wang, Bukit Bintang.
Meal:  1 scoop per shift. 2 scoop for Full Day shift.

Kisah selanjutnya sila layari DI SINI.

Selamat beratur kawan2 :-)

Tuesday, August 7, 2012

Good News!


Ha..still on..apalagi..gi lah terjah..

Monday, August 6, 2012

Nuzul Quran & Tahniah!


Assalamualaikum wrt wbr pada semua sahabat.  Dee ucapkan selamat menyambut Nurul Quran.  Moga kita teruskan amalan membaca Al-Quran dan jadikan ia panduan hidup.  Tinggal lagi separuh je bulan Ramadhan, moga kita rebut peluang yang ada utk terus melakukan ibadah.  Pada yang bercuti, manfaatkan cuti anda ye. Jangan menyesakkan ibukota..kehkehkeh.


Dee jugak nak ucapkan setinggi-tinggi tahniah pada Dato' Lee Chong Wei di atas semangat juang yang tinggi.  Menang perak pun bukan satu tugas mudah.  Jangan bersedih, kami tetap bangga dengan kejayaanmu.  Pada yang bersedih tak dapat makan aiskrim BR tu, belilah sendiri ye.  Jangan harap makan free je..kuang..kuang..kuang...jangan marah!

Friday, August 3, 2012

Jangan Haraplah..



Isu ni dah lapok barangkali.  Hari ni baru nak luahkan rasa hati.  Ingat tak baru2 ni kerajaan/kementerian pendidikan ada bagitau mulai tahun depan murid sekolah boleh bawa handphone & gadget ke sekolah?  Isu tu kita tolak tepi dulu.  Kita sentuh soal wajarkah anak2 ini diberi handphone ketika masih kecil.

Kalau tanya saya sebagai ibu.  Jangan haraplah Mimi nak dpt handphone dari saya.  Saya ni jenis ibu yang berpikiran old skul sikit.  Kalau tak usaha takkan dapatlah barang2 mewah ni.  Kalau nak handphone, periksa mesti no 1.  Baik sekolah rendah atau agama.  If not, jangan mimpi.

So far, alhamdulillah Mimi tak pernah lagi minta.  Lagipun dia tahu guna public phone.  Bagi saya, murid darjah 1 masih terlalu mentah untuk diberikan kemewahan.  Kalau dia dah umur 9 tahun, maybe saya akan consider.  Itupun saya rasa awal sangat.  Form 1 lah baru bagi..hehehe.  Biarlah orang cakap saya kedekut.  Tapi itu cara didikan saya.  No pain no gain.  Kesenangan tak datang bergolek.

Lagipun saya taknak anak2 alpa dengan gadget2 ni. Tab dan netbook yang saya pakai ni free.  Saya tak beli pun.  Entahlah, ada sesetengah parents anak tak minta pun beli.  Saya mahu jika satu hari nanti anak saya di dalam kesusahan, dia tahu bagaimana nak survive, bagaimana nak usaha utk mendapat kesenangan.  Dia perlu menyimpan duit utk mendapat apa yang diidamkan.  Bukan hanya meminta pada orang tua.  Tapi ini pendapat saya je tau.  Jangan berkecil hati.  Masing2 ada style dan prinsip hidup yang perlu dihormati.  Maaf teremo sket.  

Mimi..pakailah handphone yang kamu lukis kat atas tu ye...hehehe.  Mama love you very much tapi bukan dengan cara memberi kemewahan.  Sekian.  Selamat berhujung minggu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, August 2, 2012

Acaner?


Acaner nak BW ni??

Wednesday, August 1, 2012

WW ~ Pencari Kutu Ponti...


Mula2 terjumpa ponti berpelukan...tetiba....eh..ada tukang cari kutu lagi..kelasss kau ponti!