Bukan antik tapi klasik. Minggu lepas mengemas almari pinggan mangkuk. Tgh mengemas, tertengok koleksi arwah mak saya dulu. Klasik betul. Arwah mak susah payah simpan duit nak beli pinggan mangkuk ni semua supaya bila buat kenduri kendara tak perlu meminjam. Sekarang koleksinya saya yang simpan dan pakai.
Contohnya bekas kuih raya ni. Ada banyak tapi saya tak guna sangat. Bekas mcm ni mudah masuk angin. Tak sesuai utk cookies. Dulu2 bubuh kuih peneram, wajik, dodol, putu kacang, baulu..bolehlah. Sekarang kuih2 tradisional tu susah sket nak jumpa kecuali rumah2 kat kampung yang masih ada orang tua.
Piring bunga2 hitam tu pulak, ada pinggan makannya. Arwah abah dulu kalau mkn dalam pinggan lain tak selera. Tetap nak pinggan ala2 kopitiam tu. Hmmm..rindunya kat arwah mak ngan abah. Dah 10 tahun kedua-duanya pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah utk mereka.
16 comments:
tapi tak guna lagi dah. simpan wat kenangan
kita pon ada simpan tempat cuci tangan tu dee :)
sis, bekas kuih tu my bonda still guna...
slalu dia letak wajik or dodol...
last year i tgk dia guna gak utk letak kuih raya....
membebel i sbb tak nak kuih tu masuk angin...
i soh dia guna yg moden nye...
dia ckp biar lah...
dah ada gunakan ajer hehehehe...
nak tengok tahun nie bonda i nak keluarkan ke tak bekas kuih tu...
Al Fatihah utk kedua2 arwah ibu & bapa sis..dekat2 nk raya mmg rindu kan..tabah ya sis.
Mmg dulu2 pernah ada bekas kuih kaca gitu.. tapi tuh laa mcm dee kata..kalau letak dlm tuh masuk angin laa kan.. :)
al fatihah utk arwah ayah n mak akak
al fatihah buat ayah n mak sis
Post a Comment