Kadang2 bila kita terlalu fokus, kita tak sedar apa yang kita buat. Semalam sebab saya dah target nak balik on time, saya tak sedar yang saya dah balik terlalu awal dari waktu yang sepatutnya. Actually waktu office hour tamat jam 5.15 pm bagi Muslim di sepanjang bulan Ramadhan ni. Hari jumaat kami balik pukul 4.45 tak kiralah bulan Ramadhan atau tidak. Tapi semalam bila saya tengok jam di PC pukul 5 petang, saya terus melompat. Eh..lewat dah ni. Kelam kabut tutup PC, terus nak chow. Almaklum dah 2 minggu asyik balik lewat je.
Jinjing handbag satu opis sebelum saya balik. Bercakap dengan staff baru apa yang perlu dibuat. Sembang dengan boss. Saya ada 4 boss lagi. Yang berhenti aritu direct reporting. Opismate cakap oh, mentang2 balik lambat 2, 3 hari ni, hari ni balik awal ye. Saya pun sengih2 cakap, bye2. Takde sapa pun tegur, kak belum pukul 5.15 lah..awalnya balik. Bila keluar opis, lif pun kosong. Sampai depan lobby, ramai para suami, para boyfriend tunggu isteri dan girlfriend balik kerja. Terdetik gak kat hati, napa ramai lagi orang menunggu eh. Dah dalam bas, baru teringat. Lailahailallah..saya balik awal rupanya. Bila saya sms opismate, semua bantai gelak. Mentang2 boss besar takde, awal kau chow ye kak. Adeh...segannya ngan bos2 lain. Mujur hari ni Iftar di luar. Walau hari ni opis hour abis kul 4.45, pukul 6.30 petanglah baru keluar..hihihi. Selamat berhujung minggu semua!
16 comments:
eh, tak punch out kah? sebab kat punch machine ada jam :)
yg ofismate..leh diam je..ekekekeke
masa scan out takkan tak perasan jam:D
tp tak per sis,
kira macam balas dendam la utk dua tiga kali balik lamat :D
Post a Comment