Sedihlah sangatkan. Tiap2 tahun raya mmg saya sorang jelah kena balut ketupat daun palas ni. Eh..tahun ni susah nak dapat daun ni. CT Elly mengadu merata pasar pergi cari tapi dah habis. Barangkali sebab banyak sangat dah hutan diteroka jadi daun palas ni pun dah hampir pupus. Pokok daun palas ni tumbuh meliar dalam hutan. Kita bukan boleh tanam2 pun.
Ok, back to petang raya. Macam biasalah, saya balut sorang2 sampai siap. Sambil balut sambil nangis. Sebelum cerita kenapa nangis, meh tengok rupa ketupat ni selepas direbus. Yang ni baru balut tau. Pulutnya pun separuh masak.
Ha..yang ni lepas direbus. Sebelah dia tu xyahlah introduce..takkanlah nasi himpit segera u oll tak kenalkan..hehehe.
Ni rupanya lepas dibuka daun. Tahun ni saya buat comel2. Takyah dah potong2. Yang ni semua gambar raya before2 this. Sebab ini tahun sibuk nangis sampai lupa nak snap pic...hahaha. Tapi not to worry, sungguh pun airmata bercucuran, xdelah sampai jatuh hatta setitik pun ke atas pulut. Ketupat ni gerenti tak masin punya..hahaha.
Penangan apalah yang sedih sangat sampai saya balut ketupat sambil nangis2 dari pukul 12 tengahari, berhenti jap setengah jam pastu sambung balik nangis sampai pukul 5 petang? Sampai sembab2 lah mata. Inilah penyebabnya..huhu.
Ye..Kabhi Khushi Kabhie Gham. Sapa suruh pasang citer sedih2 petang raya...uwwaaa. Saya duduk concentrate tengok, tu yang feeling terlebih. Sampai ada yang hulur kain buruk, towel dapur suruh lap air mata. Giler punya sedih. Bercucuran airmata tau.
Tetiba teringat masa raya dulu2...masa bujang. Malam raya lah kitorang bertenggek satu family kat GSC Midvalley tengok midnight cerita ni. Keluar je panggung pukul 2 pagi...mata masing2 bengkak..kahkahkah. Tapi serious, pasanglah byk kali pun, cerita ni mmg meruntun jiwa.
Korang2 yang ada berselisih faham dengan ibu bapa, baliklah jumpa dorang. Buang ego jauh2...kerana sayanglah mereka marah. Ah..takmoh cakap lebih2..sambil type, sambil tengok poster ni pun boleh meleleh lagi airmata..ciss.
23 comments:
Pandai laa.. Dee wat ketupat palas.. comel2 jer.. :)
sib baik kat penang tu senang jer nak dpt....
i pun kalo tengok KKKG nie mesti berjurai gak airmata...
mmg filem terbaik lah...
Betul2!! sokong2!! memang sedih..tgk byk kali pun still rs nk bgenang je..tp sy xsampai bcucuran air mata nih sebab sambil tuh buat keje lain ngn jerit2 bagai..hehe
regards,
Unsmiley
tapi citer ni memang boleh leleh air mata dibuatnye
pakar balut ketupat daun palas ye
abg ipar kita pun pandai juga :)
hahaha
mmg best cerita ni..aku xyah hindustan, tgk iklan sedih 50 kali pn tetap nangis
wahh ketupat pulut daun palas ni mmg feveret n wajib ada setiap tahun..nyammmm
Walau jalan citer dah tau, tetap tersentuh hati :D
Post a Comment