Friday, September 28, 2012

Beraya Bersama Neena Anuar...


Well..sabtu lepas kami Geng Pelangi dijemput ke majlis makan2 di rumah Blogger Gojes Lagi Hot Mama-to-be Sis Neena Anuar.  Nak kata majlis raya..dah lepas syawal..tapi kira rayalah..mana nak dan buat masa syawal..bz kot semua orang..huhu.  

Apapun, thanks sis jemput Dee & kawan2 makan2 kat umah u.  Rasa sentiasa dihargai dan diingati gitu.  Food sedap2..tp x amik pic food pun sbb kalau dah jumpa geng blogger..posing kot paling utama..hahaha.  Jangan serik jemput weol lagi tau.


Jumpa InaAchik juga..kat blog jaranglah mengomen..kat FB rancak..hehehe.  Suka tengok dia..soft dan luhur je muka dia.  This is the 2nd time jumpa.  Before this kat umah Bonda Pepel.  Jubah dia gojes...I like.


Eh..ada Baby Fayel Bam2 ngan Mama dia Mimy Hamid.  Apalagi..moh bergambar.  First time jumpa Mimi tapi dah mesra di FB.  Sis..u makin slimmer dan makin cantik berhijab.


Sebelum balik posing ramai2 kat tepi pool.  Hampir kesemuanya blogger.  Tapi tak ingat linklah..hehehe.  Jangan marah ye.


Pastu kami Geng Pelangi posing ramai2 ngan tuan rumah.  Tengoklah tu..mcm budak2..hehehe.


Lepas tu Geng Pelangi dah lupa diri kejap.  Kami posing puas2..sbb susah sket kami semua nak berkumpul cukup ahli.  Yang lagi sorang tu sleeping partner.  So, dia kat belakang tabir je..hahaha.  


Banyak pose yang sengal2 tapi semua kat FB.  Thanks to Sis Rasp for some of the pictures :)


Pose ni ialah trademark pose Sis Wahida.  Teringat memori di Bandung.  Ramai yg bawa kamera maka banyaklah gambar.  Mujur tak semua orang bwk camera.  Punyalah bz posing masing2 smpi anak2 dah basah lencun main pool....sabar jelah.  Ingat abis kat situ je ke?  Takde punyalah..sambung plak.


Sambung melepak di Nan Cheese..huhu.  Gitulah kalau dah bertemu.  Ni sabtu tau.  Esok harinya, Ahad, ada lagi majlis hari raya yang terlewat bersama bloggers.  Minggu depan jelah story eh.  Enjoy your weekend peeps!

Thursday, September 27, 2012

How I Wish...

How I wish I mcm dulu2.  Tak pernah risau pasal weight..coz dulu my weight is only 38kg.  Ye..percayalah.

How I wish I lebih organised mcm dulu2...24 jam 7 hari tu cukup utk I.

How I wish I boleh baring2 baca novel..sekarang ada 10 novel di rumah yang masih belum disentuh...huhu.

How I wish entry citer raya lagi 2 tu boleh diposting sendiri tanpa I perlu type apa2.

Arrrrrggggghhhhhhhhhhh.....

Okey...I wish I boleh relax2 je weekend ni.

Dear friends, I hope you're having a relaxing day today :)

Wednesday, September 26, 2012

WW ~ LOL


Tuesday, September 25, 2012

Majlis Raya Dept Pulok...



Minggu terakhir syawal, kami 4 org 'the Working Committee' dari 4 dept tp same floor pakat2 utk buat majlis hari raya kat floor kami.  Majlis adalah hasil sumbangan semua staff.  Ada juga yg boss2 spnsor.  Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh rakan2 dari Shariah.


Main food yg ada Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Daging Masak Hitam, Dalca, Jelatah.  Ada juga menu tambahan soto, lemang & rendang daging serta sate.


Dessert puding mangga, sagu gula melaka, fruit cocktail, honey lemon, tembikai dan kuih raya.  Air teh tarik dan tropical punch.  Tak amik byk pic food sbb sy busy..hehehe.


Acara makan2 bermula..mari bermesra..ada yg dari Legal juga..sebelah saya tu bos CoSec. 


Ni port makan kawan2 dept saya.  Dah kenyang dengan food yg marvellous dari Manisa Catering tengahari tu, kitorang serbu pulak HR Dept pya open house.


Ni gambar kt HR Dept.  Saya tak makan pun sbb kekenyangan.  Every day ada je dept yg buat makan2..so, mmg tak lunch ar kat luar..makan free je manjang.



Sebelum majlis makan kat dept tamat, kitorang satu dept bergambar.  Seronok sangat.  Makanan yg lebih2 tu kitorang tapau balik.  Citer raya ni rasanya mcm tak abis je smpi Aidil Adha..hahaha.  Ok, take care semua.


Monday, September 24, 2012

Quotes..



Agreed, true friends stab you in the front not at the back :)

Friday, September 21, 2012

Berhariraya Bersama Teman Sekerja...


Berhariraya bersama keluarga seopis.  Yang ni khas untuk kakitangan.  Amik pic ni kat depan pentas sebelum acara..kalau tak mmg takde chancelah..sure ramai giler kan.  

Untuk client pulak diadakan keesokan harinya di KLCC Convention Centre, saya tak pergi pun.  Client yg datang 2 orang, jadi saya gi makan kat majlis orang lain di Dewan Felda..tapi tak amik pic.  Seronoknya kerja di company melayu yang besar sbb sepanjang syawal aktiviti makan2 tak pernah abis.  Save duit.  Macam tau2 je kan lepas raya masing2 sengkek..hahaha.


Start je majlis pukul 3, berduyun2 staff turun.  Makan jelah apa yg ada..ada soto, char kuey tiow, sate, ABC, tapai, kuih-muih & mcm2 lagi.  Opismate saya kat sebelah ni isteri orang popular tapi dia sgt humble.  Dah tukar ke HR Dept.  Anak 2 tu..dahlah cantik, slim, ramah, humble dan bijak pulak.  She's a mathematician.  Gonna miss her so much sbb kwn lunch saya ni..hehehe.


Lepas tu turun lobby tgk show.  This year MCnya kitorang tak berapa kenal but somebody from Raja Lawak.  Saya pun tak berapa cam.  Dorang ckp last 2 years Adlin Aman Ramli mmg bestlah.  Yang ni kureng sket.  Masa ni ada contest kebaya tercantik dan songkok tertinggi.  Tapi dorang ni kena menari.  Pemenang berdasarkan tepukan penonton.  

Ada juga games lain mcm jangan lupa lirik lagu raya..hehehe.  Waktu tgh syok2 tgk ni, tetiba saya terpandang someone yg pakai baju serupa sebijik mcm saya.  Tudung je warna lain.  Cis!  Terus saya ajak kawan2 cabut naik atas.  Malu wei.  Mesti minah tu pun beli baju tu kat Bandung..huhu.


Kat atas mulalah posing2.  Tapi posing ngan boss2 kan..so, posing mcm nyanyi lagu negaraku je kekdahnya or mcm sessi photography yg formal..hahaha.  Oklah, have a nice weekend everybody.  See u next week :)

P/S:-  Selamat Hari Kanak2 buat semua kanak2 sedunia :)

Thursday, September 20, 2012

Open House Birthday Girl


Awal Sept aritu birthday girl ada buat open house sambil2 celebrate birthday dia lah.  Sapa birthday girl?  Tu yang comel kat belakang saya tu.  Happy Birthday Elly!  Nanti kita celebrate lagi eh.  Tungguuuuu...


Dan seperti biasa kalau jemputan dia geng blogger..mana ada reti nak malu2 posing kat umah orang.  Sampai terkepit adinda aishah dikerjakan oleh mak2 orang ni.  Aiseh..saya nak share pic maktok bonda pepel..lupa pulak.  Takpe, u oll boleh tengok kat FB saya eh. 

Maktok makin kurus sekarang..tapi beransur pulihlah.  Kerinduan terlerai ngan maktok dan Mummysyafie kat sini.  Almaklum kawan yang sorang tu sambut raya sakan2 kan..kg dia kan jauh...hehehe.


Before balik, amik lagi pic berkeping2 beramai-ramai.  Food yang tuan rumah sediakan adalah marvellous.  Laksa penang, kuih muih dan nasi hujan panas serta lauk pauknya..ada lagi tp tak ingat.  Char Kuey Tiow hot2 pun baru nak setup tapi kitorang dah nak balik.  Rugi2. 

Apapun, Dee nak minta maaf kat Elly atas keceluparan mulut anakanda Mimi.  Dia leh ckp, "Mama, apasal nasi ni mcm makanan kura2?" Hahaha...sorry eh noks!  Esok, cerita raya lagi?  Ye...puasa sebulan maka raya pun sampai raya haji tau..hahaha.  Sbb hujung minggu ni saya ada 2 jemputan makan2 raya lagi..caya x? caya x?  Sakan wei!

Wednesday, September 19, 2012

WW ~ Pelapis..

Kitorang dah ada pelapis pelangi..jeles tak..jeles tak? 
(soalan yang jawapannya nak mintak penampar)
Cerita raya sambung esok2 ye kakak-kakak
Hari ni WW - takde apa citer yang nak diselongkar...

Tuesday, September 18, 2012

First Open House..


Yup..first open house yang saya pergi ialah rumah Sis Rasp.  Kebetulan birthday Sapphire.  Memang seronok.  Happy Birthday sayang :)

Tapi saya sampai sekarang tak boleh lupa response Sis Rasp bila first time tengok saya bertudung.  Hahaha..dia boleh patah balik masuk dalam rumah tak jemput saya masuk.  Mcm nampak hantu...hihihi.


A'ah..kat rumah Sis Rasplah first time kawan2 Pelangi tengok saya bertudung.  Ada yang jalan terus je tak salam saya.  Tak kenal u oll...hahaha.


Tapi sebenarnya Sis Wahida dah tau dulu.  Sebab dia first geng pelangi yang datang beraya ke rumah.  Pun response dia saya tak boleh lupakan.  Muka sebak dia.  Hmm..memori indah :)  Makin cantikkan dia sekarang..berseri-seri.


Love this big family.  A big thanks to Sis Ayu sebab tumpangkan saya.  Sis Rasp, thanks atas jemputan  makan2.  Food u sedap2 belaka.  Sorry Fifi tertumpahkan air.  Sorry juga stay lama sangat sbb rasa mcm taknak balik..hahaha.  Jangan serik invite kitorang lagi ye.  Masa ni Sis Nor masih di Kuching.  Hopefully lepas ni leh gather complete semua keluarga Pelangi..insyaallah.

Friday, September 14, 2012

Raya Oh Raya...


Fuhhhh...penatnya.  Hari2 ada open house kat opis ni.  Dept tu, dept ni.  Yang gambar kat atas ni masa open house untuk kakitangan.  Perut makin gendut.  Kaki makin sakit.  Cerita2 raya akan menyusul minggu hadapan...hahaha.  

Happy long weekend untuk korang.  Plan asal saya ke Singapore terpaksa ditunda.  Ok, saya frust ;(  Takpe, kita plan molek2 balik.  Enjoy your weekend and safe journey for all who wish to travel.  Selamat Hari Malaysia semua! Take care!

Wednesday, September 12, 2012

WW ~ Keretaku..


Inilah rekacipta terbaru kereta Nissan Sentra.  Percaya?  Jangaaaannnn! Hahaha...

Hasil lukisan:  Anakku Mimi
Model:  Kereta Ayah Mimi :)

Tuesday, September 11, 2012

Akhirnya tewas..


Complete package, fever, flu & cough...resting now :-(

Published with Blogger-droid v2.0.8

Monday, September 10, 2012

Saya Hanyalah Manusia Biasa..


Okey..kita sambung kisah kenapa saya delete/hide semua pic saya di FB (dah habis delete/hide) dan Blog (baru delete 700 pics..huhu).  Yup, saya buat semua tu sbb saya dah bertudung.  Langkah pertama, perbetulkan ibadah solat saya.  Langkah kedua, buang semua pic2 lama agar  kalian tidak terus berdosa melihat pic2 lama tu.

Kat atas ni pic kami sekeluarga di pagi raya.  Jangan gelak eh..sbb anak saya dah gelak kaw2 tgk pic ni.  Saya buat gini sbb ni pic saya tak bertudung.  

Sebenarnya memang saya dah lama pasang niat nak bertudung..cuma ingat nak buat pada ulangtahun perkahwinan saya mengikut bulan Islam nanti iaitu pada Awal Muharram/Maal Hijrah.  Tapi Allah SWT buka pintu hati saya lebih cepat dari itu.


Lepas je amik pic kat atas tu, kami dah nak gerak pergi ziarah rumah babysitter.  Anak2 saya sibuk nak bertudung.  Jadi saya pun join the group.  Warna tudung pun main hentam keromo je..tak sesuai ngan warna baju.  Itulah titik permulaannya.  Lepas tu, saya terus pakai smpi balik kampung mertua.

Ni pic kat rumah mertua.  Cousin suami baju coklat tu pun baru je bertudung.  Masa bulan Ramadhan, ada seorang teman sepejabat yg dah tau niat saya, memberi nasihat.  Kata dia, "benda yang baik jangan ditangguh-tangguh, kak".  Ayat tu simple tapi siang malam kata2 tu terngiang-ngiang di kepala otak ni.  Pastu saya pun pikir, sampai bila nak mcm ni? Dosa makin banyak.  Buatnya tak sempat, mati dulu..camana?  Adui..mcm2 yg saya pikir.  Jadi, saya bulatkan hati, saya perlu bermula.  

Bila melihat sahabat tersayang, Sis Wahida pun dah mula bertudung, saya rasa 'adik' saya tu menambahkan kekuatan rohani pada saya.  Alhamdulillah, akhirnya saya bertudung sepenuhnya.  Doa saya, suami, keluarga dan kalian dimakbulkan.  

Tambahan pula, bekerja satu floor dengan rakan2 di Shariah Dept yang byk mengajak saya ke majlis2 ilmu juga salah satu faktor yg membuka pintu hati saya.  Bagaimanapun, keinginan anak2 bertudung adalah influence yang paling besar impaknya pada saya.  

Harapan saya, janganlah letak high expectation utk saya.  Saya ini baru bertatih, banyak lagi yg tak sempurna.  Sedangkan kalian yang bertudung sejak akil baligh pun banyak yang perlu diperbaiki, apalagi saya yang belum pun sebulan bertudung.  Saya perlu terus tabah menghadapi ujian dan dugaan.

Dugaan telahpun bermula pada hari pertama saya bertudung.  Kata2 seperti muka macam Indon pakai tudung, kenapa kau tiba2 pakai tudung?, selama ni kau tak baik ke? dan mcm2 lagi telahpun dilemparkan.  Tapi itu sikit je...apalah sangat nak dibandingkan dengan dugaan yang Rasululllah S.A.W. tempuhi..lagi hebat. Hanya Allah SWT lah tempat saya mengadu.

Doa saya moga saya terus istiqamah, tetapkan hati.  Dan andaikata saya terpesong dari jalan yang menuju kebahagiaan akhirat, tegurlah saya secara berhemah.  Saya memohon kemaafan dari semua di atas segala kesalahan samada secara sengaja atau tidak sepanjang perkenalan kita.  Saya hanyalah manusia biasa...

Friday, September 7, 2012

Salam Jumaat :)


Salam Jumaat buat semua sahabat...hari ni tak sempat nak upload new entry..malam tadi kerjanya meng'hide' dan men'delete' gambar dlm blog dan FB je.  Tu pun tak habis lagi.


Kenapa 'hide & delete?' Isnin saya bagitahu ye..tapi saya rasa ramai yg dah tahu kenapa.  Meanwhile, take care and have a nice weekend.  Berhati2 di jalanraya sbb u oll sure byk jemputan open house kan.  Yang nak gi holiday tu..safe journey too.  Enjoy your trip!