Friday, January 25, 2013

Selamat Bercuti..


Selamat bercuti semalam..hehehe.  Tapi kalau masih ada yang sambung cuti hari ni, selamat bercuti lah ye kawan2.  Semalam kita cuti Maulidur Rasul.  Rasanya masih belum terlambat mengucapkan Selamat Menyambut Maulud Nabi (lama tak dengar ucapan gini).  Berselawatlah ke atas Nabi Junjungan kita.  Ingati Baginda selalu...mana tau dapat syafaat di akhirat nanti.  

Tak lupa juga Selamat Hari Jadi yang ke 45 untuk sahabat baik saya..Kak Tina.  Moga bertambah kaya tetapi tidak lupa daratan.  Ye..impian dia nak kaya je...hehehe.  Asal orang pergi Mekah..permintaan dia doakan dia jadi kaya.  Yang lain takde.  Tapi sebagai sahabat..saya doakan moga panjang umur, diberi kesihatan yang baik, murah rezeki dan bahagia selalu.


Isnin saya akan fly..insyaallah.  Doakan agar perjalanan kami selamat pergi dan balik.


Ke sini.  Alhamdulillah..dah lama berhajat nak jejak kaki ke sini.  Moga semuanya selamat dan segala urusan saya dan rakan2 dipermudahkan.  Nampak gaya blog cuti lah seminggu.  Kalau ada WIFI, saya cubalah upload apa yang patut ye.  

Meanwhile, u oll semua take care.  Jangan notty2.  Pesanan utk suami dan anak2 saya juga, jaga diri.  Mama love all of u :)  Pesanan penting buat sahabat yang lagi sorang tu, lambat kalu..tinggal! Hahaha...

Wednesday, January 23, 2013

WW ~ Kat Mana2 Pun Boleh Zzzz...


Atas trolley kat LCCT  :)

Tuesday, January 22, 2013

Pastis Cafe & Dining, The Gardens, Midvalley


Entry makan lagi.  Kali ni di Pastis Cafe & Dining.  Kat mana?  Ground Floor, The Gardens, Midvalley.  Kata orang shopping complex utk org kaya2.  Kayalah sangat.  Yelah kan..ada butik tu smpi nama dia pun kita tak reti nak sebut..hahaha.  Oklah, Pastis ni terletak dekat ngan escalator menuju ke basement parking.  Dekat ngan Isetan.


Kitorang amik lunch set.  Harga dalam RM14++.  Ni Aglio Olio.  Nampak besar eh?  Jangan tertipu ok.


Ha..besar tu jelah.  Pinggang besar tapi letak seciput je kt tengah tu.  Tapi set ni sekali ngan air dan fruits.  So, bolehlah kan sesekali. 


My friend order ni.  Nama serius lupa.  Tapi sedap.  Kinda of sandwich.  Tapi byk blog review kata Pastis ni tak sedap.  I would not recommend you but if you wanna try sbb dah tak tau nak makan apa kat Midvalley tu..boleh je.  Kedai ni more into desserts sebenarnya.  Seriously, kek Secret Recipe lagi sedap :)

Monday, January 21, 2013

Bumbu Desa


Sapa pernah makan kat Bumbu Desa, Midvalley?  Dee baru je try last month rasanya.  Nak masuk dulu takut2..ada orang kata overprice..tak berbaloi.  Sekali tgk lunch set dia boleh tahanlah..taklah mahal sgt.  Jom cuba.  Oh ye..restoran ni kat Tkt 2, Midvalley dkt Amarin Thai kalau tak silap.


Hiasan dalam restoran Indonesia biasanya cantik dan menarik.


Restoran ni luas.  Nak buat function makan ramai2 mmg sesuailah.


Nampak pinggan belakang tu?  Opismate saya tak mau gambar dia masuk dlm blog ni..hahaha..smpi gitu sekali kan.  Oklah, kitorang amik lunch set.  Air boleh pilih air timun atau air cincau.  I make a good choice pilih air cincau.  Yang order air timun semua menyesal.  Konon nak feeling exotic..amik kau..takleh blah rasa dia.  Timun kan ada lendir2 tu..so, rasa tu lekat kat lidah..after taste dia tulah yg tak sedap.  Terus mtk tukar air.  Eh..air refillable tau.


Ni Dee punya.  Ayam sambal ijo tu..pergh...pedas dan sedap sgt2.  Ni harga lunch set RM15.90..lebih kuranglah..ingat2 lupa.


Kawan dee amik set ikan ni.  Harga RM17.90 ke RM21.90 tak ingatlah.  Tapi sedap tau.  Ikan ni besar.  Kuah dia kitorang yang kaup.  Sedap sgt.  Ni semua harga lunch set.  Harga Ala-Carte tak sure pulak.


Rasanya ikan talapia.  Tu tengok..digoreng garing.  Ni semua kat kaunter bayaran dia.  Boleh tengoklah depan2.  So, sapa yg rajin gi Mid tu bolehlah singgah.  

Friday, January 18, 2013

Dip n Dip


Rabu baru ni ada orang belanja saya makan Dip n Dip kat Telawi Bangsar.  Kedai ni depan Alliance Bank.  Sgt senang nak cari.


Air kiri tu Ice Tea Mixed Berry, sebelah kanan pulak saya punya Peach Italian Soda.  Sedap.  Tak order air chocolate sebab kejap lagi nak belasah mkn coklat.  Kalau semuanya coklat..aissshhh...sendiri pikirlah..hehehe.


Tukang belanja order waffle with chocolate.  Sedap.  Licin pinggan dia bedal.


Saya order ni waffle stick.  Sedap gak.  Tapi saya rasa tak berbaloi betul.  Nak tau berapa?  RM52++ semua ni.  Nasib baik orang belanja, so belasah jelah..hehehe.  Nak tau more, google je Dip n Dip :)

Thursday, January 17, 2013

Keriangan Di Puncak..



Haissh...bila dah sampai kat Genting Cable Car tu lewat, maka beratur panjanglah membeli tiket, beratur panjang lagi sekali nak naik cable car.  Mujur budak2 excited jadi dorang ok jelah beratur.  Tapi masa balik masing2 surrender. Tinggal kami yg dewasa je beratur.  Yang kecik2 sila tunggu di depan, dah dekat baru lompat masuk balik line..hehehe.


Sebab masa pergi tu ada clown bagi belon2 ni.  Terhibur hati anak dara 3 orang ni.


Bagi yang tak biasa naik cable car mmglah takut.  Nak2 masa balik malam tu gelap gelita sekelilingnya.  Masing2 senyap je..smpi ada yg mlm tu tidur berhimpit2 sebab ketakutan (kawan sayalah tu ngan anak2 dia..hehehe).


Main indoor park je.  Trip ni utk anak2 kecil, jadi kita puaskanlah hati dorang tu.


Fifi enjoy naik kereta mini ni walau beratur agak panjanglah jugakkan.


Toot...toot...kling..kling...naik tren.


Sampai yang ini budak2 dah start bosan..nak naik roller coaster giler pjg Q.  Pastu masing2 tinggi tak lepas.  Abis camno.


Mama bosan amik jelah gambar ngan M&M cute.


Antara sebab kenapa tak gi outdoor park.  Hujan.  Rugi ok..sebab permainan ditutup bila hujan and no refund.  Next time je kita gi outdoor park.


Ni masa mimi main bumper car.  Fifi main yang budak kecik punya.  Saya bertekak jugalah dgn penjaga game tu utk benarkan mimi & anak kawan saya main yg budak2 punya juga tapi sebab dorang ni tinggi, so kena main dgn orang dewasa.  Boleh imagine tak budak umur 7 tahun main bumper car dgn org dewasa yg ganas2 tu.  Serius, sistem apakah ini?  Tak consider langsung.  Kesian tgk mimi yang asyik dilanggar je.  Tak bagi main, dia nak juga..alang2 dah smpikan. 


Then, jalan2 kat luar hirup udara segar.  Ini kawan saya yang dikenali lebih dari 15 tahun dulu.  Susah senang dikongsi bersama.  Yang bestnya anak2 semua perempuan, so senang nak travel.  Yang baju hitam tu baru abis PMR with 9A's.  Sapa kata anak 'single mother' xleh cemerlang?  Pokoknya rajin dan usaha. 


Yes, we had fun, we had joy.  Keriangan berganda.  Walaupun budak2 ketiduran masa nak makan KFC.  Jenuh jugak saya kejut dorang bangun.  Keletihan sangat2.  Next trip bersama?  Pasti ada.  Sebab kami berdua mmg kaki travel.  Bye!

Wednesday, January 16, 2013

WW ~ Kesian...


Keletihan sampai tertidur di meja, 3 sederet di Kota Keriangan sementara tunggu Mama beratur panjang beli KFC.

Tuesday, January 15, 2013

Genting Strawberry Farm


Trip terakhir tahun 2012, kami ke Genting Highland.  Tapi kita singgahlah dulu Genting Strawberry Farm kat Gohtong Jaya.  First time saya sampai sini...hehehe.


Tram ni hiasan je.  Tak bergerak pun. Eh..new info..mengikut kata Dana tadi, tram ni geraklah..hehehe.  Thx Dana.


Masuk percuma.  Nak masuk utk petik strawberry, limit 3 orang je sekali masuk.  Cuma bayarlah setiap 100G/RM8.  So, jangan over2 petik strawberry tau.


Mimi & Fifi enjoy petik strawberry. 


Mama dia busy posing..hehehe.  Kat sini ada flowers farm jugak.  Cantik2 bunganya.  Ini the same company yg ada kat Cameron Highland tu.


Kedai souvenirs pun ada, cafe yang jual mcm2 tea/coffee perasa strawberry dan lain2 pun ada, ada lebah (honey), ada ular & burung2 kalau nak bergambar.


Cherry tomato.


Cendawan..besar2..murah pun murah.


Nak beli sayur mcm kat Cameron pun ada.  Kalau uol tak pernah datang sini, why not singgah next time.  Click je kat link kt atas tu, nanti sure tau kat mana terletaknya strawberry farm ni.  Lepas je Hotel Seri Malaysia kat Gohtong tu..uol turn left before smpi cable car tu.  Gerenti jumpalah.  Tapi bersedialah untuk menapak jauh dlm farm tu utk exit..hehehe.  Bye.

Monday, January 14, 2013

Rockin' All Night Long..


Short notice betul Dinner this year.  Rupanya company sambut ulangtahun yang ke 5.  So, dinner kat The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.  New hotel.  Toilet dia giler awesome..hehehe.  

Ok, pic kat atas tu saya mmg over..hahaha.  Konon rock lah tu.  Oh ye..dapat door gift beg kecik tu..tp ada bos ajak tukar, so sy dpt water bottle kuning..cun.  Ada yg dpt mug, cap jugak.  Cabut kad nasiblah dpt apa.  Oh ye..mekap sendiri, baju belasah je janji ala2 Hard Rock Cafe.


Dapat semeja dengan geng satu dept.  Best.


Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu korporat.


Gitar atas meja ni, opismate rembat.  Gitar besar2 tergantung atas siling dewan susah sketlah kan nak rembat..hehehe.


Opening ialah dance from staff sendiri.


MC malam tu Naz Habibur Rahman..tapi pakai rambut palsu..rock kan..hahaha.  Kenal tak?  Gi google.


Lepas tu ada slot video2 semua senior mgmt.  Serius lawak, gamat dewan ketawa.  Kat atas tu our CEO. Ye..mat salleh.  Ada 3 mat salleh dlm senior mgmt.  Ada yg shuffle, ada ala2 Aaron Aziz..creative.


Persembahan mula2 Stacy.  Lagu Pelangi Petang Senja (thx Ct Elly sbb perasan..hahaha) dah pasti lah kan.  Pastu CEO Insurance & CRO menari lagu kasanova ngan Stacy.  Kemain lagi..sporting.


Then, Kumpulan Hujan.  Alahai, best giler.  Handsome tau si Noh ni tgk dekat2.  Mmg mcm tgk gig.  Saya?  Kat depan pentaslah..hahaha.


Yang ditunggu2 persembahan terakhir semestinya...Ella.  Best sangat2.  Semua lagu dia saya tahu nyanyi.  Sangat2 enjoy.  Ada share few videos kat FB.  Leh lah tengok kalau nak.  

Masa ni makan2 dah tak heran sgt.  Tapi food best2 jugaklah terutamanya brownies dia.  Yummy.  Ella nyanyi lagu Nuri, Rama2, Kesal, Layar Impian dan ada lagi tak ingat tapi closing dengan lagu Standing in The Eyes of The World.  Ella sangat2 lawa.  Tambah berseri lepas kahwin.  Tapi dia mmg manja.  Saya suka...hehehe.  Mmg penuh staff depan pentas.


Saya tunggu sampai habis dengan harapan dptlah lucky draw.  Tapi saya ni mmg tak pernahnya lucky.  Hadiah pertama pakej percutian ke Hard Rock Bali, kedua Hard Rock Pattaya, then ada TV LCD 42", ada Iphone5 32GB, Ipad, Galaxy Note 2, Galaxy Note 10.1, HTC One X, Camera Samsung Galaxy, Ipod Nano dan byk lagilah.  

Takpelah, tak bertuah pun, yang penting malam tu saya mmg betul2 enjoy.  Sepanjang kerjaya saya, inilah kali kedua saya attend Annual Dinner.  Mmg saya enjoylah.  See u oll tomorrow...bye.