Tuesday, April 30, 2013

Rajin Tak?


Rajin tak anak dara saya?  Ha..kau ada?  Tumbuk sambal pakai spek mata special punya..hahaha.  Biasalah anak dara..awal2 ni kita asuhlah biasa2 dengan dapur.  Dengan harapan agar dah besar nanti rajin tolong Mamanya kat dapur..hehehe.  Lately saya malas betul nak update entry.  Ada je pic tapi selalu terlupa nak update.  Eh..lupa nak introduce..ni lah Fifi.

Oklah, Selamat Hari Pekerja ye esok.  Jangan tetiba rajin pulak nak datang kerja..hehehe.  Selamat Bercuti!

Monday, April 29, 2013

Lagi Sorang Tumbang..


Actually nak buat entry lain arini.  Pukul 9.30 pagi tadi tetiba dapat call.  Call from a public phone.  Mimi call dari sekolah kata dia demam dan tak larat.  Saya pergi ambik dia bawak balik.  Yelah, mula2 Mamanya, lepas tu Fifi & sekarang Mimi.  Biasalah kan..berjangkit-jangkit.  Mujur boss sporting boleh saya keluar sekejap dan sekarang saya berada di pejabat semula.  Hopefully dia recover soon.  Take care semua!

Friday, April 26, 2013

My First Jelly Bunny...


Saya ni kdg2 agak ketinggalan.  Hari tu tetiba baca status si Kaseh kat FB tanya pasal kasut Jelly Bunny.  Saya pun google lah.  Oh..kasut plastik a.k.a getah a.k.a silikon mcm Croc.  So, saya pun gatal2 lah pergi singgah semalam kat Jelly Bunny, Midvalley.  Pastu terbeli lah pulak..hahaha.


Saya beli yang flat sbb nak buat belasah pagi2 gi keje or pakai masa travel.  So, inilah dia my first Jelly Bunny Shoes.  Murah sangatlah dari Croc kan.  RM29 je.  Banyak lagi design lain yang gojes2, yang ada heels pun ada.  Tapi belum datang lagi minat nak beli.  Colour cantik2 tapi kali ni i go back to basic colour, just black.  Cute tak?  Korang bolehlah terjah mana2 kedai Jelly Bunny.  Kalau kat Midvalley tu sebelah Kamdar je kedainya.  Selamat berhujung minggu!

Thursday, April 25, 2013

Passport Baru


Ha..passport berwajah baru wei.  Menggunakan mukasurat polycarbonate.  Keras sikit mcm plastik Mykad.  Oh ye, gambar background putih  tau bukan lagi biru.  Nasib2 je gambar saya tu lepas.  Korang nanti make sure tudung & baju warna gelap tau.  Asalnya gambar saya tu berwarna tapi bila dah siap mcm gambar IC lama je.  Yg tengah2 tu pun dh tukar, skrg bunga raya.  Charge masih sama.  Utk 2 tahun, RM100.  5 tahun, RM300.

Hujung kanan bawah yg saya label 'Saka' tu ialah gambar kita sendiri.  Kata suami saya 'hantu raya belaan'...hahaha.  Macam Mykad baru kita tu..hihihi.  Saya buat kat UTC Sentul.  Orang tak ramai, tutup pukul 10 malam.  Cepat je urusan.  Ok, dah boleh fly lah lepas ni..hihihi.

P/S:-  Tak perlu isi2 borang dah ye, bawa je Mykad & gambar terbaru :)

Wednesday, April 24, 2013

WW ~ Sleepy..


Atas kain pun boleh lelap..hehehe.

Tuesday, April 23, 2013

Fall Sick...


Jatuh sakit.  Ye, saya MC semalam.  Hari ni tak sihat lagi 100% tapi paksa diri datang kerja.  Moga kalian semua jaga kesihatan ye.  Take care.

Monday, April 22, 2013

Awesome Training...



Last week saya ada Secretary Symposia kat Seri Pacific KL.  Dua hari yang seronok.  Macam2 saya belajar dan ramai secretaries yang saya kenal.  

Ada yang dari Petronas, Miri City Council, BNM, Rohas, SPAD, Axiata, Munich Re & ramai lagi.  Ada yang saya dah jumpa pun last year.  Ada juga 3 orang PA lelaki yang join kursus kali ni. Tu pic muka tengah excited.  Belajar pasal 'Creativity'.  Muka kawan sebelah kena sorok sbb dia pemalu..hahaha.


Dari baloon biasa tu kami buat jadi zirafah.  Senang rupanya..hahaha.  Saya belajar bagaimana hendak menyelesaikan hutang atau 'debt free' dalam masa 26 bulan.  Saya juga belajar 'Numerology'.  Belajar tentang keseimbangan wajah, berapa tinggi kasut yg sesuai utk kita, cara2 mempertahankan diri tanpa perlu menendang/menumbuk dan byk lagi.  


Inilah zirafah comel saya.  Nak buat part time jadi clown pun tak boleh sbb tahu buat 2 benda je.  Zirafah dan  'heart'...hehehe.


Bila balik bekerja hari Jumaat, dapat pulak sekuntum bunga ros dari seorang bos di department lain.  Oh, terharu sangat.  Terima kasih dan Alhamdulillah bersyukur sangat2 dapat enjoy benda2 mcm ni kat tempat kerja skrg.  Kepada semua Secretaries & PA's, Happy Secretaries Week ye.

Friday, April 19, 2013

Quotes of the Day :)





Thursday, April 18, 2013

2 Days Training..


Sorry tak dapat nak BW.  Semalam dan hari ini saya pergi training.  Sempena Secretaries Week.


Yang paling penting food sedap ok.  Weekend ni insyaallah, saya cuba BW rumah kamu semua ye.  Selamat Bekerja :)

Wednesday, April 17, 2013

WW - Read This as 'Perempuan Salin Lampin?'


Tuesday, April 16, 2013

Find Your Waze


Find your way using Waze.  Dah download?  Downloadlah..sangat mudah digunakan.  Helpful sangat.  Dulu pakai Garmin tp first download kena bayar.  Sekarang pakai Waze aje.  FOC. 

Kalau jalan jem pun dia bagitau.  Roadblock.  Boleh chat dengan user lain yang guna Waze.  Useful.  Cubalah utk yang belum mencuba lagi..insyaallah tak sesat.  Yang dah cuba tu dok ontok2..hahaha.  Tapi kena biasakan diri dengan bahasa dan terms dia ye.  Kalau tak, kalut gak..hehehe.  Go find your Waze.  Sharing is Caring..ngehngeh.

Monday, April 15, 2013

Nama Salah Kat Tiket AirAsia?


Jangan panik..jangan panik.  Sebenarnya yang panik diri sendiri..hahaha.  Actually, yang bz book tiket masa Promo '0' fare baru ni ialah kawan saya.  Saya sms detail baik punya tapi sbb bookingnya utk 7 orang maka jadilah kejadian 'salah nama'. 

Nama saya sikit punya sedap 'Sarina' dia bantai bubuh 'Salina'.  Dari dulu saya cakap kat dia nama saya Sarina..tapi dia tetap panggil Salina.  Agak bila tengok nama saya Sarina dlm sms tu dia ingat saya yang salah typelah tu...aissshh. 

Pastu anak dara saya baru umur 8 tahun, dia gi tukarkan jadi 12 tahun...hahaha.  No IC 050302-14-****.  Dia bantai letak tarikh lahir 5/3/2002.  Walhal dia patut baca terbalik..2/3/2005. 

Anak dia darjah 5 badan kecik molek.  Anak saya lagi besar badan dari anak dia.  Tu dia mati2 ingat anak saya lagi tua dari anak dia.  Mimi tu badan je besau tapi umur kecik..hehehe.  Ini semua gara2 tak mau terlepas tiket murah. 

Ok2, apa nak buat kalau jadi cenggini.

Korang ada masa sehingga 2 hari sebelum flight untuk betulkan error tu.  Korang buat camni tau.

1.  Pergi ke kaunter servis AirAsia.  Saya pergi yang kat KL Sentral tu.  Mudah.  Kat tingkat 2.

2.  Bawa salinan e-ticket, salinan IC atau Passport.

3.  Ambil no dan tunggu angka giliran. 

4. Setelah pembetulan dibuat, e-ticket baru akan diemailkan direct pada yang membuat tempahan.

5.  Yang pergi buat pembetulan, tak kisah siapa pun.  Tak semestinya orang yang menempah.

6.  Jangan call..buang duit, buang masa.

Ok, gitulah caranya.  Saya share pengalaman saya kot2 bila korang terkena mcm ni.  Korang tau apa nak buat. 

Friday, April 12, 2013

Visiting Darussyifa Kuala Terengganu..


Salam pagi Jumaat buat semua sahabat.  Antara misi sahabat saya masa ke KT aritu ialah ingin mencari Pusat Rawatan dan Perubatan Islam Kuala Terengganu yang terletak di Kuala Ibai.  Alhamdulillah..Allah SWT mempermudahkan urusan kami hari tu. 

Actually sahabat saya ni seorang perawat di Darussyifa Semenyih.  Dia ingin menziarah sahabat2 di KT pulak.  Kami masuk jalan kampung yang agak sempit.  Mujur ada papan tanda di tepi jalan.  Masuk2 ternampak Kompleks Markas PAS KT yang besar ni.  Tak sangka, kat tengah2 kampung ada tempat seluas ini.  Oh ye..ini bukan blog parti politik ye.  Jangan salah sangka pulak.


Sistem rawatan dekat Darussyifa KT ni sangat bagus.  HQ di Bangi pun belum melaksanakannya.  Ala2 klinik.  Ada kad rawatan.  Menarik.


Agak besar Pusat Darussyifa di sini.  Untuk penduduk Islam di kawasan sekitar, inilah perubatan alternatif yang boleh kita cuba di samping perubatan moden.  Boleh jenguk di SINI untuk mendapatkan lebih informasi.

Thursday, April 11, 2013

Masjid Kristal & Muzium Negeri Terengganu


Hari Sabtu kami jalan2 di Terengganu.  First place wajib visit mestilah Masjid Kristal.  Masjid ni dibina dari kaca dan keluli.  Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.  Keluasan 2,146 meter persegi.  Terletak di dalam Taman Tamadun Islam.  Masuk percuma.  Tapi Taman Tamadun Islam tu kena bayar tau.


Masa ni panasnya jangan cakaplah.


Anak2 seronok dapat jalan2.


Bergambar dalam masjid.  Saya tak boleh masuk..hehehe.  Pass kamera kat anak2 je.


Chandelier masjid yang sangat cantik.


Mimbar nya pun cantik putih bersih.  Kami kat sini sekejap je.  Tak pergi pun Taman Tamadun Islam tu.  Kawan saya dah pergi banyak kali.  So, saya give way lah.  Dengan anak2 kecil lagi..susah juga nak jalan dalam keadaan cuaca panas2 tu.  So, moh kita gi Muzium Negeri Terengganu.


Sampai2 je terus amik pic kat kereta2 lama ni.  Ada helikopter, ada kereta polis...menarik.


Ini pic bahagian belakang muzium.


Sebenarnya muzium ni besar giler.  Kitorang tak masuk sebab panas dan penat.  Ada lebih dari 9 galeri rasanya.  Nak tau lebih lanjut, sila jengah SINI.  Gambar pun amik dari Google Image je..hehehe.


Saya lepak bawah pokok rendang ni nak tunggu Tram.  Tapi tramnya lambat bebenor.  Yang kecik2 dah mengaruk..so, jom lah kita gi makan.  See..nampak tak reason saya malas nak beranak kecik?  Mmg dasar pemalas...kihkihkih.  Oklah, next time je saya teroka Terengganu betul2 ye...hihihi.

Wednesday, April 10, 2013

WW ~ Meriam..


Meriam ni ada di musim Pilihanraya je..hehehe.   Inilah Terengganu :)

Tuesday, April 9, 2013

Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu



Masa di KT, kami menginap di Batu Burok Beach Resort.  Resort ni terletak betul2 di Pantai Batu Burok.  Kedai2 makan banyak kt depan resort.  Masalah nak cari makan bukan susahlah kalau takde transport.  Masa kami sampai tu Jumaat, penuh orang dekat pantai ni.  Ada event apa ntah.  Ni bilik dia..sempoi je.


Ada kemudahan buat air dah cukup bagi saya.  Lupa pulak ada jugaklah tv dan meja solek tu kan.  Ramai kawan2 kat FB cakap tempat ni nyamuk besar2.  Tapi bila ubat nyamuk elektrik pun disediakan..no hal lah.


Bilik air, not so clean..maknanya takdelah berkilat memancar2. tapi bolehlah.


Duduk sini, together dengan breakfast.  So, senanglah kan.  Harga biasa RM90++.  Hari tu kami duduk dalam RM115++ gitulah sbb cuti sekolah.  Berpatutanlah.


2 hari breakfast kat sini.  Hari pertama Nasi Goreng.  Hari kedua Nasi Hujan Panas.  Tak dapat gak rasa Nasi Dagang.  Cuma ada Laksam lah.  Variety of foods, oklah..not bad.  Yang penting, kasi top up bila dah abis.


Tarikan utama bagi anak2 ialah pool ni.  Seawal pukul 7 pagi dah terjun.  Sejam lepas tu mandi dan siap2 breakfast.  Takde sekeping pic pun saya snap kat sini sebab saya tidur.  Adik kawan saya yang jaga sbb anak dia ramai dan kecik2..hehehe.

 

Yang bestnya resort ni banyak betul barangan lama yang mengimbas nostalgia masa kita kecik2 dulu.  Wifi?  Ada tapi kat lobby jelah.


Sesuai juga tempat ni utk family day or training.  Panas giler time ni.


Pantai dia tak berapa nak sesuai mandi manda..tu atas bukit ye..bawah tu laut..menjunam gitu.  Tapi pasir pantainya memutih..lautannya membiru.  Itu keunikan Terengganu.  Kami tak mandi pantailah masa kat sana...abis budak2 asyik terjun pool je kan.  Bolehlah consider duduk sini kalau ke KT ye.