Jangan panik..jangan panik. Sebenarnya yang panik diri sendiri..hahaha. Actually, yang bz book tiket masa Promo '0' fare baru ni ialah kawan saya. Saya sms detail baik punya tapi sbb bookingnya utk 7 orang maka jadilah kejadian 'salah nama'.
Nama saya sikit punya sedap 'Sarina' dia bantai bubuh 'Salina'. Dari dulu saya cakap kat dia nama saya Sarina..tapi dia tetap panggil Salina. Agak bila tengok nama saya Sarina dlm sms tu dia ingat saya yang salah typelah tu...aissshh.
Pastu anak dara saya baru umur 8 tahun, dia gi tukarkan jadi 12 tahun...hahaha. No IC 050302-14-****. Dia bantai letak tarikh lahir 5/3/2002. Walhal dia patut baca terbalik..2/3/2005.
Anak dia darjah 5 badan kecik molek. Anak saya lagi besar badan dari anak dia. Tu dia mati2 ingat anak saya lagi tua dari anak dia. Mimi tu badan je besau tapi umur kecik..hehehe. Ini semua gara2 tak mau terlepas tiket murah.
Ok2, apa nak buat kalau jadi cenggini.
Korang ada masa sehingga 2 hari sebelum flight untuk betulkan error tu. Korang buat camni tau.
1. Pergi ke kaunter servis AirAsia. Saya pergi yang kat KL Sentral tu. Mudah. Kat tingkat 2.
2. Bawa salinan e-ticket, salinan IC atau Passport.
3. Ambil no dan tunggu angka giliran.
4. Setelah pembetulan dibuat, e-ticket baru akan diemailkan direct pada yang membuat tempahan.
5. Yang pergi buat pembetulan, tak kisah siapa pun. Tak semestinya orang yang menempah.
6. Jangan call..buang duit, buang masa.
Ok, gitulah caranya. Saya share pengalaman saya kot2 bila korang terkena mcm ni. Korang tau apa nak buat.
54 comments:
masa nak check in nanti.. boleh betulkan masa tu..
saya selalu buat
cheq nak pi mana????
kol adik ipar mek jah, dia kata takpe, so, aku pun buat bodo je la walau dlm hati resah gelisah sebenarnya...haha...nasib baik takde apa2...lepas...
kau tau je la dia tu... nebes dia kan melampau. kau jgn kasik tau dia kak, mampos aku. hahahaha
atau saya boleh gunakan no booking je nak chek in nanti....
jadi tak ada masalah ke semasa kita chek in.sbb saya di kuantan ada kuanter air asia.
mohon rujukan dan komen.sbb say first time booking sendiri.
Macamana nak update no ic ya. masa booking online aritu boleh plak terlupa nak masukkan no ic.
hi, betol k kalausilap ejaan nama padaticket boleh betolkan di kaunter check in ? tqvm
Post a Comment