Masa di KT, kami menginap di Batu Burok Beach Resort. Resort ni terletak betul2 di Pantai Batu Burok. Kedai2 makan banyak kt depan resort. Masalah nak cari makan bukan susahlah kalau takde transport. Masa kami sampai tu Jumaat, penuh orang dekat pantai ni. Ada event apa ntah. Ni bilik dia..sempoi je.
Ada kemudahan buat air dah cukup bagi saya. Lupa pulak ada jugaklah tv dan meja solek tu kan. Ramai kawan2 kat FB cakap tempat ni nyamuk besar2. Tapi bila ubat nyamuk elektrik pun disediakan..no hal lah.
Bilik air, not so clean..maknanya takdelah berkilat memancar2. tapi bolehlah.
Duduk sini, together dengan breakfast. So, senanglah kan. Harga biasa RM90++. Hari tu kami duduk dalam RM115++ gitulah sbb cuti sekolah. Berpatutanlah.
2 hari breakfast kat sini. Hari pertama Nasi Goreng. Hari kedua Nasi Hujan Panas. Tak dapat gak rasa Nasi Dagang. Cuma ada Laksam lah. Variety of foods, oklah..not bad. Yang penting, kasi top up bila dah abis.
Tarikan utama bagi anak2 ialah pool ni. Seawal pukul 7 pagi dah terjun. Sejam lepas tu mandi dan siap2 breakfast. Takde sekeping pic pun saya snap kat sini sebab saya tidur. Adik kawan saya yang jaga sbb anak dia ramai dan kecik2..hehehe.
Yang bestnya resort ni banyak betul barangan lama yang mengimbas nostalgia masa kita kecik2 dulu. Wifi? Ada tapi kat lobby jelah.
Sesuai juga tempat ni utk family day or training. Panas giler time ni.
Pantai dia tak berapa nak sesuai mandi manda..tu atas bukit ye..bawah tu laut..menjunam gitu. Tapi pasir pantainya memutih..lautannya membiru. Itu keunikan Terengganu. Kami tak mandi pantailah masa kat sana...abis budak2 asyik terjun pool je kan. Bolehlah consider duduk sini kalau ke KT ye.
20 comments:
cantik je bilik nya dee..kemas
yg penting bersih and no 'scary movie' hehehehehehehe...
suka tengok pantai dia...
bersih :)
yang penting.. tak de antu!!
nanti boleh la kesini kalo keterengganu...
saya paling suka nasi dagang kat terengganu sangat sedap..
The at the outset principle is the fact that setting a multi functional finger by finger goal. For example,the goal, 'do if you do in the first quarter' does rarely rank as a multi function step-by-step goal. If a number of us changed that goal for more information on read, 'sell children's books with your at the outset quarter' then a number of us are all over the going to be the completely path.
Post a Comment