Yup..my first trip to JB. Tak pernah sampai JB pun before this..hehehe. So, wajiblah pi pekena Kacang Pool Haji kat Bomba Larkin. Serius sedap wei..licin boliau saya makan ni. Harga tak ingatlah..korang google jelah eh..hehehe.
Pekena pulak dengan ais kacang ni kan. Sedap2.
Pastu kitorang teruskan perjalanan ke Danga Bay. Nampak ini aje di Danga Bay. Kata Danga Bay best. Confius jap.
Merenung ke laut yang hmm..apsal tak best? Ni je ke Danga Bay?
Then jumpa Pasar Karat. Mana pasarnya? Telefon kawan. Rupanya semua ni meriah time malam je...huhu. Takpelah..kita ronda2 jelah kat area JB ni tengok apa lagi yg menarik.
Jalan punya jalan ternampak bangunan Sultan Ibrahim ni. Saya memang sukalah tengok bangunan yg old skul ni kan. Bangunan ni merupakan bekas bangunan urusetia negeri Johor. Dibina pada tahun 1936 dan siap sepenuhnya pada tahun 1940. Sebelum merdeka, inilah bangunan tertinggi di Malaya.
Then nampak Persada Johor International Convention Centre. Amik pic je..tak singgah pun..hehehe. Teruskan meronda.
Ternampak pulak masjid yang indah ini. Saya suka sebab kubah dia hitam. Unik. Ini Masjid Negeri Sultan Abu Bakar. Telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900. Masyaallah..cantikkan masjid ni. Kami ronda2 lagi.
Eh..Zoo Johor! Ler depan masjid je rupanya. Sebab dah lewat petang kami lalu jelah. Tak singgah pun. Cari Muzium Johor tak jumpa. Istana Johor pun tak jumpa..tanda jalan tulis kawasan istana ada tapi entah mana lah istananya. Dah penat, kami pun baliklah ke hotel.
Then singgah amik gambar tepi jalan. Saya tak tahulah ini laut ke sungai ke..kuala ke. Masa ni hujan..so nak amik pic cantik2 mmg tak dapat. Ambik pic di kala Johor Bahru menangis. Taklah menangis sangat pun kan. Sebab malam tu dorang dapat masuk final. Jenuh gak saya cari tempat makan. Semua penuh orang tengok bola..hehehe.
Balik KL keesokkan harinya barulah saya singgah JPO di Senai tu. Panasnya..huhu. Orang kata murah..entahlah..saya tengok biasa2 aje. Murah lagi FO kat Bandung kot..hehehe.
Shopping? Eh..bukan sayalah orangnya. Saya tak mampu nak shopping kat tempat2 branded macam ni. Duduk2 amik pic dan pegang konsep "janji saya dah sampai sudahlah"..hahaha. Dah..jom pulang ke pangkal jalan. Sila kumpul duit semula untuk trip seterusnya..hehehe.
Tiba2 teringat kata2 suami, kalau tak dikawal pembangunan di JB tu, esok2 kita jalan kaki je ke Singapura. Selat Tebrau boleh hilang dari peta dunia. Wallahualam. Saya pulang ke Kuala Lumpur dengan dendangan lagu Tanjung Puteri di telinga juga di hati :) Terima kasih JB..insyaallah panjang umur saya datang lagi.