121213..cewah..macam cantik je tarikh kan..hihihi. Alhamdulillah..2 tahun dah saya bekerja kat sini (rimau group). Pengalaman bekerja kat tempat lain yang macam2 hal - takde benefits, gaji tak naik, bonus takde, esok nak raya hari ni baru gaji, ada ke tak gaji bulan ni?, EPF tak bayar setahun, tiap2 tahun pindah opis, boss berhenti tak bagitau, boss cari pengganti kita sedangkan kita masih bercuti sakit, kena beli ikan untuk bini boss, cari orang repair washing machine boss, layan tetamu boss malam2 masa open house rumah dia, belikan lunch utk boss hari2, tukang beli dan simpan rokok boss sekarton dgn lighter, dan macam2 hal lagi.
Semua tu mengajar kita jadi lebih matang, lebih kuat dan tabah menghadapi segala ujian sepanjang bekerja. 18 tahun yang mengandungi berbagai pengalaman pahit dan manis..dan bersyukur sangat. 2 tahun darinya adalah sangat indah..iaitu di sini..di tempat mencari rezeki yang terkini. Nikmat Allah yang manakah yang ingin ku dustai? Hanya ucapan Alhamdulillah..syukur kepadamu Ya Allah.
19 comments:
semoga Dee stiasa happy kerja kt
rimau group tu.
Tahniah kak dee...
semoga happy selalu :)
Alhamdulillah
Syukur
moga kekal dan diberkati
2 tahun tu kira baguih dah. Semoga terus jadikan 12 tahun, 20 tahun... dan bahagia ceria dengan kerjaya!
rezeki anak-anak tu..
Post a Comment