Dalam perjalanan ke Danau Toba, kita singgah dulu ke Paten ni. Kalau suka terus beli sebab lepas ni mmg tak jumpa lagi dah. Jgn menyesal pulak eh..hahaha.
Apa Paten ni? Macam jajan lah. Ada AK-AM, Tengteng, Tingting, Tangtang, Tongtong, Tungtung, Pangpang, Pingping, Pongpong, Pingpang dan byk lagi kot..x ingat dah..haha. Ada tester, so, sila cuba dulu sebelum beli.
Tak ingat pulak berapa harga. Rasanya IDR20,000 satu kot. Kalau beli byk, dapat diskaun. Yg 4 kotak gift set ni kawan saya yang borong.
Lepas tu, kita teruskan perjalanan dan singgah di RM Beringin Indah 2 untuk lunch dan juga solat.
Muka orang tak berapa lapar, memang ceria. Air jeruk tu sedap.
Pucuk ubi masak lemak dorang sama je pesen, dah ditumbuk siap2..haha.
Ni burung kejang..hahaha. Ni lah burung ruak. Isi dia taklah sesedap ayam. Besar sikit je dari burung puyuh.
Oh..muka saya dah penat giler. Perjalanan yang sgt lama. Oleh kerana tak tahan dah, tangki dah penuh, maka kami berhentilah kt sini utk buang apa yg patut.
Untung juga berhenti kat sini, view adalah sgt cantik. Oh ye, inilah Danau Toba. Cantikkan?
Oleh kerana takkan nak tumpang toilet je kot kan, maka saya orderlah kopi. Mak aih..punyalah manis. Gula murah kot kt Indon...huhu. Btw, pin shawl tu saya ada jual..hahaha. Sapa mau beli boleh roger..sempat lagi buat bisnes kau..kihkih. Lepas tu kami terus check in hotel. Esok je ye kita citer psl hotel eh.
Malam tu kami makan kat sini, Rumah Makan Muslim Nikmat. Hujan lebat gak time ni..sejuk.
Masing2 dah kelaparan dan kepenatan.
Udang tu sedap sgt, saya belasah sorang. Yg lain tak suka sebab pedas. Lepas dinner, kami shopping kat kedai2 berhampiran. Ni semua kat Parapat. Esok, kita sambung lagi eh. Bye.