Thursday, April 24, 2014

Medan Trip: Pulau Samosir

 

Lepas breakfast, jomlah kita jalan ke jetty. X jauh pun.


Kitorang naik bot/feri ni ke Pulau Samosir. Masa balik turun tangga kayu tu..mak aih..dia punya goyang..nasib tak jatuh..old skul giler..hahaha.


Monopod saya mmg anak buah je conquer. Saya x pegang langsung. Kami pilih untuk duduk kat atas dan di bahagian terbuka..baru boleh enjoy tengok pemandangan.


Orang ramah macam saya mana boleh dok diam...hahaha. Habis semua orang Malaysia kat hotel tu saya tegur. Termasuklah makcik ni ngan anak2 dia. Ada juga yang kami jumpa dari dalam flight masa datang, ada yang sama flight masa balik. Ada satu group ni Indian semuanya, pun saya ajak borak..hehehe.


Bahagian dalam bot. Drivernya pulak pi pasang lagu rock lama2 mcm dari kumpulan Spoon, Screen..terus teringat tanahair Malaysiaku. Layan nyanyi sama. Oh, ye, berapa tiket pun saya tak tau sebab kami amik pakej..hehehe.


Perhentian pertama boleh nampak orang pompuan berkemban basuh kain di tepi jeti. Orang lelaki mandi pakai spenda pun ada..hahaha. Oh, kat sini confirm takde masalah catuan air..hahaha.


Then kita gerak ke Perkampungan Tomok.


Yeah, dah sampai pun. Jom posing sedas.


Nampak tak tu? Pulau Samosir iaitu pulau volkanik di tengah Danau Toba. Mempuinyai ketinggian 1000 meter dari paras laut. Menarik kan?


Kat sini ada beberapa ukiran mengenai suku kaum Batak. Ada Batak Karo dengan Batak Mandailing. Batak Karo ramai di Dataran Tinggi Karo, Sumatera Utara. Batak Karo yang kebanyakannya petani ramai di Gunung Sinabung dan Gunung Sibayak. Ha..nanti saya tunjuk Gunung Sinabung & Gunung Sibayak ye. Batak Mandailing pulak ramai di Sumatera Barat. Kebanyakan mereka ini menganut agama Islam.


Then, ada Batak PakPak. Ramai di Sumatera Utara dan Aceh. Dorang ni mahir dalam kerja2 tangan mcm mengukir batu, menganyam tikar dan membuat pisau/parang. Batak Simalungun pulak pandai bercucuk tanam padi dan juga jagung.


Ha..last sekali Batak Toba. Mereka ini paling ramai di Pulau Samosir. Mereka bercucuk tanam dan ada juga yang jadi nelayan. Kebanyakan mereka beragama Kristian.


Esok kita ronda di Perkampungan Tomok, Pulau Samosir ye. Insyaallah.

7 comments:

cantik viewnye..dpt dok bahagian atas dlm feri tu best la sambil tgk pemandangan kn
 
Ringan mulut byk kwn DEE...
 
seronoknya jalan2 kat sini
tak sabar nak baca next entry :)
 
cantiknya permandangan....
 
nice view
 
Bagus kalau peramah ni. Ramai kawan. Syok tengok pemandangan. Memang menarik habis.
 
X sangka plak tomok ada kampung kat sana..hehehe...apapun seronok pi tgok tmpat orang kan Kak Dee...