Assalamualaikum semua. Maaf tak dapat bersiaran hari Jumaat lepas. Fuh..biar saya tarik nafas dalam2 dulu. Buat entry dalam keadaan tengah marah adalah sgt tak best. Ok dah, jom continue. Ni lah jadual lawatan ke Istana Maimoon ye.
Istana ini merupakan ikon kota Medan. Direka oleh arkitek Italia dan dibangunkan oleh Sultan Deli, Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah pada 1888 dan memiliki 30 ruangan. Besar jugak istana ni.
Sampai je telinga dihidangkan dengan muzik melayu asli. Sedap2 lagu yang dimainkan.
Masuk sini percuma je. Tapi akan ada orang yang akan jadi guide dan bercerita tentang Kesultanan Melayu Deli. Kesultanan yang didirikan pada tahun 1632 oleh Tuanku Panglima Gocah Pahlawan.
Pakcik ni bagus, semua sejarah Kesultanan Deli dia tau. Lepas tu dia tolong pulak amik gambar. Lepas abis semua taklimat tu bolehlah kita bagi tips.
Oh..kat sini ada service pakai baju songket ala2 puteri zaman kesultanan melayu. Murah je kalau tak silap IDR30,000 + mekap tu. Sukalah kan budak2 ni. Tu masing2 excited pilih nak pakai baju yang mana.
Siap bersanding lagi hah. Siap print gambarlah. Budak2 pun enjoy. Orang dewasa pun boleh juga kalau nak pakai. Jangan segan2 kalau nak mencuba..hehehe.
Ni pulak singgahsana utama. Gambar banyak yg tak sharp. Tak perasan pulak gambar semua jadi blur2 gitu. Kalau dengar sejarah Kesultanan Deli ni memang sangat sedih. Pakcik tu sempat berpesan kepada kami, jagalah Kesultanan Melayu kamu di Malaysia, kelak akan jadi seperti kami.
Kalau tengok tempat tinggal dorang sekarang bertambah sedih. Mereka duduk di rumah2 beratap zink dan keadaannya yang sangat daif. Masih ramai waris Kesultanan Melayu Deli kat istana ni. Semuanya dah takde kuasa dan juga harga. Ini semua berlaku lepas Perang Dunia ke 2 dan selepas Proklamasi Kemerdekaan Indonesia.
Inilah Sultan Deli yang ke 14. Masa ditabalkan dia berumur 15 tahun. Sekarang tinggal di Makassar, Sulawesi. Namanya Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Mahmud Arya Lamanjiji Perkasa Alam atau Tuanku Aji.
Lepas tu posing time lah.
Tak berapa nak best, geng melompat masa ni semua pi kedai beli air, panas sangat..hahaha.
Ni dataran yang berada di depan istana. Nampak tak menara masjid kat hujung tu?
Di penghujung istana maimoon tadi ni lah Masjid Raya Medan atau Masjid Raya Al Mashun yang dibina pada tahun 1906.
Menara jam di Kota Medan.
Jus Pelangi yang sempat di rasa masa kat restoran Simpang Tiga. Sedap. Ada 4 jus dalam tu. Durian belanda, alpukat, mangga dan kiwi. Oklah, takde ke gambar shopping kat Medan? Takde sebabnya pengalaman shopping kat Pasar Ikan adalah agak menakutkan.
Supir pun pesan, passport tinggal dalam van sebab kota Medan banyak peragut. Supir pulak kena jaga van sbb takut vannya dipecah sebab ada beg. Maka kami shopping sekejap je kat Pasar Ikan. Masing2 tak bawak handbag. Duit simpan dlm poket je. Makin masuk ke dalam makin ramai ikut dan kerumun. Akhirnya kami mengalah. Tak sanggup nak shopping dalam ketakutan dan juga kepanasan.
Malam tu x ingat kami tidur di mana..Grand Antares Hotel kot. Malam tu saya dah penat, tak amik pic pun. Kena tidur awal, sebabnya pukul 3 pagi dah bertolak dari hotel ke airport. Flight pukul 6 pagi gitu. Tengok muka semua orang, muka penat + ngantuk. Eh..ramai lak orang tumpang amik gambar..hahaha.
Alhamdulillah, selamat sampai ke tanahair. Rata2 orang balik dari Medan memang bawak kotak kecik tu. Dalam tu lah kek lapis ngan bika ambon kitorang...hehe.
Saya akhiri entri Medan dengan pemandangan fajar terbit dari kelompok awan di atas kayangan. Sehingga kita jumpa lagi, insyaallah. Maaf, takde perkongsian supir kali ni sebab saya tak puashati sangat dengan servicenya. Bolehlah korang refer blog Wahida ye untuk maklumat supir.