Monday, May 19, 2014

Medan Trip: Kg.Tomok, Pulau Samosir


Assalamualaikum semua. Rindunya dunia blogging. Photoscape saya masih bermasalah tapi gagah gak nak siapkan entry Medan. Another trip is coming. Nanti bertimbun entry..hehehe. Oklah, turun je dari Jeti Kg. Tomok memang inilah viewnya. Boleh shopping apa aje. Menarik barang-barangnya.


Kami singgah sini dulu. Perkampungan orang batak. Bumbung rumahnya macam bentuk tanduk kerbau. Rumah yang paling depan tu je original.


Bergambar depan rumah yang pertama. Disebabkan panas sangat tak nampak lens camera ni jelah gambar terbaik yang saya ada.


Ada juga persembahan tarian tapi kami tak tengok. Nampak tak cicak yang menghala ke payudara tu. Kita boleh nampak lambang cicak dan 4 payudara ni merata-rata kat sini. Payudara melambangkan kesuburan. Cicak tu pulak umpama anak batak yang jadi perantau akan tetap pulang ke tempat asal.


Ini Tung Tung. Macam beduk di kampung2 di Malaysia.


Bolehlah baca apa itu tung tung.


Lepas tu kami ke Makam Raja Batak.


Ada tour guide yang akan memberi penerangan tentang sejarah Raja Batak.


Kita akan diberi selendang yang dipanggil kain adat sebagai tanda menghormati Raja mereka. Lupa pulak, nanti dia ajarlah kita camana nak sebut Horas! Horas! Horas! Tanda hormat atau ucapan selamat di kalangan orang Batak.


Nampak tak penjual tu? Kan subur tu..hahaha. Oklah, dorang ni ramah. Jadi bolehlah shopping dengan rasa selamat. Boleh tawar, jangan lupa sebut Horas tau. Nanti leh dapat harga lagi murah.


Kami tak lama kat sini. Tiba masa untuk balik sebab nak gi Brastagi lepas ni.


Bye2 Samosir Island!


Perjalanan pulang mmg mendamaikan.


Ada anak2 batak yang berenang dan suruh kita baling duit. Lepas tu dorang tunjuk skill menyelam masing2. Wah..memang hebat.


Masyaallah..memang cantik betul Danau Toba ni.


Tu hotel kami - Danau Toba International Cottage.


Penat nak berjalan. Tunggu aje supir gi amik luggage.


Singgah makan tengahari dan solat jamak dulu sebelum teruskan perjalanan.


Sebelum undur diri, sila baca apa itu Puying dan apa itu Puchai..hahaha.

12 comments:

waaaa seronoknya.kampung tu nama tomok.hehehe.ooo means mmg adalah org batak ni eh.selalu kita selalu panggil org batak batak.hehehe.
 
cantik nyerrrrrr!!
 
best Toba
sejuk!!
 
tunggu dak qausar besar. baru sedap nak travel balik. tempat yg mmg aku nak jejak kak...
 
seronoknya jalan2 tengok tempat orang macam ni :)
 
whoaaa!!! jalan sakan! last time pegi medan tak singgah pun sini sbb parent I tak larat jalan.
 
cantiknya Danau Toba...
 
cantiknya tempat dorang..
 
pernah pergi masa kecik (7 tahun)...hehehe walaupon dulu selalu balik medan tapi tak sempat2 nak singgah danau toba nih...
 
Puying Puchai..wanita dan lelaki hehehe...pelik2 bahasa diorang kan....Horas.....Danau toba...memang mendamaikan...nak2 pada pencinta alam...
 
naper sana sini ada gambar payudara lahai... kalu ye pun sbb subur mcm tak sesuai gitu huhuhui tp nk wat camne kepercayaan kan... skrg nih kaum batak msh lg agama neyr kristian atau ada yg islam ye kak?

tp danau toba tu mmg cantik.... cantik sgt2
 
Assalam nk melancong ke Medan-Danautoba-Berastagi dengan harga yang berbaloi-baloi, whatsapp 017 5367426 insyirah