Thursday, May 22, 2014

Medan Trip: Bukit Gundaling & Gunung Sinabung



Nyaris2 kami tak ke sini.  Ni gara2 supir yang cakap takde apa kat sini, bukit2 aje buk. Hmm..sebab tu saya tak rekemen uol pakai khidmat supir ni. Belum lagi hal2 lain yang agak boleh bikin hati panas. Mujur saya google apa ada di Bukit Gundaling. Kalau tak sure missed pemandangan yang sangat cantik.


Ini Gunung Sibayak yang terletak di sebelah kiri Bukit Gundaling yang berketinggian 1575 dari aras laut dan berjarak 60 km dari kota Medan. Gunung Sibayak ni dah tak aktif.


Bergambar di depan patung Ketemu Jodoh. Ada cerita di sebaliknya. Seorang pemuda yang meronda2 kat bukit ni terjumpa seorang gadis. Walau berbeza suku, mereka telah jatuh cinta dan selalu bertemu di bukit ini.  Akhirnya orang tua si gadis dapat tahu.


Inilah pemuda tu kot..hahaha. Bila orang tua si gadis dapat tahu, mereka menentang perhubungan mereka. Lalu nak dinikahkanlah si gadis dengan orang lain. Si pemuda mengajak si gadis kahwin lari. Maka berjanjilah dorang utk berjumpa kat bukit ni.


Ha..tulah gadisnya..hahaha. Bukan yang baju kuning tu tau. Tu mak orang..kihkihkih. Si gadis tak muncul2. Tertangkap masa nak lari tu. Jadi si pemuda resah menunggu sambil memanggil "Darling, Darling, Darling". Bila dah tunggu lama dia cakap, "Good Bye Darling" sampai tak nampak bukit tu lagi. Sebab itulah bukit tu dinamakan Bukit Gundaling.  Ok, macam lawak kan. Tapi itulah kisah yang saya dapat masa google sejarah Bukit Gundaling..hahaha. Maybe hanya cerita lagenda je.


Ha..inilah Gunung Sinabung. Nampak tak hitam je gunung tu. Sebabnya gunung tu baru meletus bulan September 2013. Trip saya ni bulan April. Makanya ni gambar selepas 8 bulan. Gunung ni memang aktif. Bawah awan tu memang asap yang keluar dari Gunung Sinabung.


Memang cantik sangat. Kalau sapa tak pernah tengok gunung berapi memang takkan faham apalah cantik sangat gunung berapi. Kalau korang tengok, memang akan terpegun. Ketinggian Gunung Sinabung ialah 2460 dari paras laut. 

Ni kami bergambar utk photo langsung jadi. Murah IDR10,000 rupiah je dlm RM3. Brother tu siap tunjuk gambar Gunung Sinabung meletup. Menakutkan. Kitorang siap copy semua pic yang dia amik dlm thumb drive...hahaha.


Pemandangan brastagi dari atas Bukit Gundaling. Cantik. Boleh gak kalau nak naik kuda kat sini. Kami pun tak lama kat sini.


Kami teruskan perjalanan 3 jam ke kota Medan. Singgah makan durian di pertengahan jalan.


Bukan musim, jadi tak banyak.


Mula2 order 3 biji je. Lepas tu up lagi smpi 6 biji. Sedap sei. 3 biji for IDR100,000. Oklah, tak sedap boleh tukar. Ada pulak family dari Malaysia kat sebelah kitorang. Berlawan2 lah makan.


Time makan durian, mana boleh control ayu. Mari kita belasah..hahaha. Supir kitorang tu tak makan durian. Duduk jauh. Siap dia pesan jangan sendawa dalam van..hahaha.


Sebelum jalan2 di Medan kami singgah makan tengahari kat sini. Katanya famous dengan ikan bakar.


Memang sedap pun ikan dan ayam bakar dia.


Ha..ni air terung belanda. Sedap. Masam2 sikit.


Lepas tu kami singgah beli Bika Ambon dan Kuih Lapis Legit.


Tak ingat pulak berapa harga. Tapi kami x shopping banyaklah. Beli sekotak bika ambon dan sekotak lapis legit. Insyaallah, esok saya cuba abiskan entry Medan..hehehe.

11 comments:

bestnya kak. suka betul tgok pemandangan cenggini..

kat sana sejuk eh kak?
 
perjalanan dari town nak kesitu mesti jauh jugak tu
 
cantiknya view gunung berapi tu..

sekarang nik pun terpikir.. ntah2 supir nik dulu malas nak bawak kitorng.. hahha. tp xpelah.. dah lepas. xralat sbb bali kan semua sama je.. baik tgk various =P

nak abih dah ye entry medan?.
ras amcm baru je mengikuti (ni kes terlepas train sokmo)
 
Masa pergi bandung dulu sempat beli Bika Ambon bawak balik Malaysia.
 
Gittew kisahnya yer kak. Tapi view memang cantiklah.
 
Haihh!!! dah nak abis dah n3 medan..rasa cam sikit jer akk baca..ker banyak dah ko tulis..hehe..

Supir tu..kan ko bayar kan..sukelah nak gi mana..sib baik ko dah gugle tmpt tu...
 
cantik pemandangannya kan
sedapnya makan durian lagi tu :)
 
tu la pasal kan...kita mmg kena usaha rajin Google info2 kalau nak gi jalan2 ni...nasib baik tak ikut aja cakap supir tu..hahahaha..

patotnya kentut aja dlm van supir...kah kah kah....biar bau harummmmm durian!
 
seronok nyer kak....teruja tgk perjalanan akak ni!
 
kak deeee..wah masih aktif..sy je dah lama terperukk tak update blog..rindu nak BW haha..

cantik2 tempat akak p..jelesnya
 
memang cantik pemandangan... serious si supir ni kalau dapat tak kena gaya serious tanya apa pun tak tau. Supir yang kita org hire dulu...diam je.Tanya satu hapa pun tak tau..geram wei!