Firstly, sy nk bgtau..sy cuti arini. Napa sy cuti ek? Esok Wesak Day..n seperti biasa bagi company2 O&G..bila cuti jatuh ari Sabtu...so, automatic ari Jumaat cuti. So, korang jgn menjeles ek. Kehkehkeh..apa2 pun sy dh siapkan n3 untuk arini..spesel n panjang sket. Korang baca n layan jelah luahan hati sy kali ni.
Ini mak sy. Sebenarnya ini ialah nenek saya. Ya Allah...tuhan sahaja yg tahu betapa rindunya sy pd mak. Mak sy meninggal pada 13 Dec 2002. Al-Fatihah untuk mak. Masa sy taip ni pun...airmata sy dh meleleh-leleh. Walau apa pun org kata..inilah mak sy. Tiada 2, tiada 3. Inilah satu-satunya yg ada dlm hati sy. Mak pergi seminggu selepas hari raya puasa. Sy sedang bekerja di opis. Seperti kebiasaannya sy mmg x pernah bercuti lama bila raya. Biasalah..mungkin sebab sy org KL. Sehari sebelum raya pun sy masih bekerja. Memberi peluang kepada mereka yg balik kg dan yg sudah berkeluarga. Pagi sebelum mak pergi..dia menyatakan kerinduan terhadap kakak sy (maksu sy sebenarnya).
Hari itu hari jumaat. Mak mmg dh sakit..terlantar di rumah. Dia x mahu ke hospital sebab biasanya doktor klinik kt rumah sy dtg bg 1 dose injection tahan sakit, dia dh ok. Sy call kakak soh balik jengok mak. Tengahari jumaat kakak dtg...mandikan mak..kemas bilik..pakaikan mak baju. Kakak lg sorang yg dok kat bukit beruntung pun dtg (makndak sy sebenarnya). Dia bwk kan kuih cara. Mak sy mmg suka kuih tu. Bila kakak soh jamah..dia kata sekejap lagi. Sehingga mak mengadap Illahi..dia x sempat pun jamah kuih tu.
Pukul 4.30 ptg, kakak call..bagitau.."kau nk balik..baliklah..mak dh xde". Sy terdiam..kaku. Lepas tu baru airmata kuar. Sy ckp ngan bos nk balik..mak sy dh meninggal. Bos antar balik. Sepanjang jln sy diam. Bila tgk mak..airmata berjuraian. Bila tgk abah..yg dok terjelepok kat sudut surau tu...lg lebat airmata sy ngalir. Yelah..mak ngan abah x pernah berpisah..sidai baju berdua..gi kedai berdua...suma buat berdua. Bayangkanlah..kesedihan abah. Abah pergi mengadap Illahi 2 bulan lepas tu..tarikh yg sama..13 Feb 2003. Kerana terlalu merindui mak.
Kakak ckp mak meninggal dlm kereta dia..on the way nk gi spital. Smpi skrg inilah mak yg membesarkan sy...menyekolahkan sy dgn hasil jualan mee bandung. Inilah mak yg rotan sy dengan getah paip masa kecik, inilah mak yg urut sy tiap2 mlm, inilah mak yg akan masakkan sy makanan kegemaran sy. Mak yg memanjakan sy...mak yg sporting bila sy dh remaja. Rindunyer...x terkata. Semoga roh mak dan abah aman di sana. Al-Fatihah....

Mak kedua sy...mak mertua sy. Seorang ibu mertua yg sgt2 sporting. Tidak pernah mengata menantu-menantunya. Kalo yg salah tu anak dia jelah. Kami ipar-duai okey je..usik-mengusik..bergurau senda. Dulu2 sy ingat sy ok je bila x balik raya umah mak mertua. Raya tahun 2007...sy x balik..sy tipon dia pagi raya mintak ampun. Siap nangis2..aduhai..ibu mertuaku..sayang sy kat dia. Apa2 yg sy bagi ditayangnyer kat org kg. Ni menantu aku bagi...hehehe....bangga sy.

Yg baju coklat tu...itulah ibu kandung sy yg sebenarya. Ibu yg melahirkan sy. Ibu yg sy panggil mak ngah sepanjang hidup sy. Sy diberi kepada nenek atas wasiat arwah ayah. Ibu sy masih ada lagi..tinggal di Batang Kali. Setahun ada 2, 3 kali sy pergi ziarah beliau. Arwah ayah pergi mengadap Illahi ketika sy dlm perut ibu, 8 bulan. Ayah meminta agar sy diberikan kpd ibu dan bapa mertuanya sbg pengganti diri ayah yg tidak sempat mengecapi kasih syg mertua..kerana nenek sy dulu bercerai dgn datuk sy. Sy masih bertemu adik-beradik lain..tp sy ingat mereka sepupu sy. Bila sy dh mula bersekolah sy ada dgr org ckp sy anak angkat...sy sebenarnya cucu kepada mak sy (nenek sy). Bila sy tya mak (nenek sy) dia ckp, "lagi sekali ko tya..jgn ko panggil aku mak ko!". Aduh...sehingga sy bekerja sy tidak pernah bertanyakan nenek tentang perkara ini. Sehinggalah sy hendak bertunang, nenek beriyer-iyer suruh sy memberitahu mak ngah sy.
Sy sebenarnya sudah tau mak ngah sy tulah mak sy dari ckp2 org di sekeliling. Sy dijemput oleh abg kandung di stesen Rawang. Smpi rumah mak...terbukalah kisah sebenarnya. Airmata mengalir lagi. Dlm diam sy bersyukur...sekurang-kurangnya nenek yg jaga sy. Bukan org luar yg tiada pertalian darah. Kerana ketika itu ibu sy mmg seorang balu yg mempunyai ramai anak dan susah hidupnya.
Tp bagaimana harus didekatkan hati untuk menyayangi ibu ini sedangkan nenek yg bertakhta di hati? Susah..mmg susah. Setiap kali jumpa ibu kandung..sy peluk, sy cium. Sy bagi duit..bagi baju. Tp hati sy hanya pada nenek. Derhakakah sy? Tidak..sy tidak mahu menjadi anak derhaka. Seboleh-bolehnya sy cuba menjaga hati ibu. Tp sy tidak sedikit pun merasakan rindu walau sudah lama tidak berjumpa ibu. Hati sy sedikit terguris pabila abg sy berkata dialah anak bongsu ibu..abis sy? Dlm keluarga..sy sebenarnya mmg anak yg bongsu. Hati sy juga terguris bila ibu sekeluarga pulang ke Sg Petani mencari susur galur ayah dan sy tidak diajak untuk ikut bersama. Harta arwah ayah tidak sesekali sy mahu. Mereka berubah sejak balik dari Sg Petani. Mungkin sebab dh jumpa apa yg mereka mahu. Arwah ayah mmg ada byk tanah sawah...tp bukan itu yg sy mahu. Sy hanya mahu mengenali saudara kandung. Tidak mahu nanti anak2 sy bernikah dgn muhrim sendiri. Aduhai hati..ko kuatkanlah imanku..ko tabahkanlah hatiku...agar aku boleh menyayangi ibu sepertimana aku menyayangi mak.
Apa2 pun yg terjadi...sy ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yg baca blog sy. Jasa dan pengorbanan kalian amat berharga dan tidak terbalas. Kini sy juga seorang ibu...sy mengerti perasaan kalian...ampunkan anak mu ini ibu!!