Showing posts with label ipoh. Show all posts
Showing posts with label ipoh. Show all posts

Thursday, December 20, 2012

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh


Lepas pekena Nasi Ganja tu, kitorang nak singgah sini dulu before off to KL.  Tempat ni dekat je ngan exit nak ke Plus Highway dan terletak di bahagian utara pusat bandaraya Ipoh.  Belakang Shell kalau tak silap.  Senang je nak cari.


Sampai2 je tengok view..wow..teruja.  Luas tasik ni seluas 14.16 hektar. Taman ni pulak seluas 30.35 hektar.


Cantik sangat...serius, u oll kena pegi baru tahu betapa cantiknya tempat ni.


Kat sebelah kanan, bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilika yang tak kurang cantik landskapnya.


Anak2 teruja betul sebab dapat bagi ikan makan.  Makanan ikan dijual di kaunter tiket bot..kalau tak silap RM1 sepaket.


Tadi nampak bot kan?  Jom kita naik.  Harga tiket dewasa cuma RM3, kanak2 umur 3-12 tahun dan warga tua cuma RM1.50.  Boat beroperasi hari Isnin - Khamis pukul 8 pagi smpi pukul 7 malam.  Jumaat je tutup awal pukul 4 petang.  Weekend & public holiday tutup pukul 6.30 petang.


Bot agak besar dan selesa.  Yang kelakarnya masa ni Deepavali tapi driver bot kemain lagi main lagu raya aidilfitri..hahaha.


Budak gendut ni mmg berkepit je ngan saya.


Perjalanan bot tu sekejap je.  Tak sampai 5 minit pun.  Ni pintu masuk ke pulau tu.  Pulau lah sangat.  Takde apa pun kat sini.  Cuma mcm taman bungalah.  Tempat beristirehat, ada juga playground.  Ada air terjun buatan manusia, laluan pejalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2km, menara pandang dan tapak perkhemahan.


Ada juga rumah kampung yang cantik.  So, kerja kitorang posing2 jelah apa lagi..hahaha.  So, kalau ke Ipoh, jangan lupa singgah sini ye.  Alhamdulillah, habis juga cerita saya ke Utara.  Tapi lepas ni nak cerita trip ke Teluk Intan pulak.  Sabar jelah ye...hahaha.  See u tomorrow :)

Tuesday, December 18, 2012

Nasi Ganja, Ipoh


Amboi, dengar nasi ganja semua pakat tak sabar nak tau.  Oklah, i share info ok.  Siang tu sebelum balik KL, kitorang singgah makan Nasi Ganja for lunch.  Kedai ni terletak dalam Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan, Jalan Yong Kalsom, Ipoh.  Jangan terkejut lak..hahaha.  Opposite balai polis.  Dekat simpang empat.


Sampai2 je, silalah beratur ye.  Mujur kitorang awal gak sebab after that Q panjang.


Seriously saya rasa kedai ni betul2 menepati slogan 1 Malaysia.  Tokey kedai ni Cina.  Yang jual nasi ganja ni India Muslim. Pelanggan?  Semua bangsa ada...majoriti Melayu & Cina.


Kitorang dapat seat terbaik...depan2 kedai.


Ha..inilah Nasi Ganja atau dikenali juga sebagai Nasi Wonggey / Vangge.  Ada telur masin, ayam merah yang dimasak dengan sambal kelapa dan bendi.  Dah lama gerai ni dibuka sejak tahun 1960 lagi.  

Pendapat saya? Marah lagilah orang karang kalau saya cakap rasanya biasa2 aje.  Gini lah, korang gi rasa sendiri ok?  Sedap di tekak orang tak semestinya sedap di tekak kita.  Peace no war!  Hahaha...

Monday, December 17, 2012

Ipoh Hainan Chicken Rice


Malam tu plan asal nak makan Nasi Ganja tapi kedai tu dah tutup.  Pusing2 punya pusing sbb Ipoh byk jalan sehala, akhirnya kitorang decide makan kat sini, Ipoh Hainan Chicken Rice.


Kedatangan disambut model cilik ni..hahaha.


Ada banyak tabung ayam dalam ni..cantik menarik.


Semua pun order nasi ayam.  Jom tanya Fifi sedap ke tak nasi ayam ni.


Mestilah sedap Mama..hahaha.  Uol bolehlah ke sini kalau tak tau nak makan kat mana di Ipoh tu.  Esok, kita pi makan Nasi Ganja pulak ye.  Ni alamat restoran ye:-

107, Jalan Raja Musa Aziz
30300 Ipoh, Perak
Tel:-05-2545591

Thursday, December 13, 2012

Impiana Hotel, Ipoh


Dari Alor Setar, kami gi another pit stop for the north trip iaitu Ipoh, Perak.  We oll menginap di Impiana Hotel, Ipoh.  Hampir sesat kat Ipoh ni sbb byk nau jalan sehala tapi staff hotel ni sangat membantu bagi direction.  Sampai2 tengok bilik luas.  Mmg bestlah kan. Macam biasa, saya book thru Agoda.com je.


Ada LCD TV, fridge, peti besi simpan brg berharga yg tak pernah pun saya guna..hehehe, iron, tea/coffee amenities dan byk lagi.  


Toilet bersih, best.  Ada banyak toiletries.  Mmg suka sgt dan budak2 enjoy mandi kat bath tub.


Ada juga welcome drink kat lobby and welcome fruits too.  Best2.


Lepas tu budak2 tu apalagi, terjun swimming pool lah.


Mama dia tak abis2 jadi model pool..nak jadi model pakaian renang kang korang pengsan pulak..wakaka.


Kat sini including bfast tau.  Food sedap.  Rasa? Rasa makanan hotel, u know what I mean? Hehehe...

Budak gendut tu dia perasan konon2 dia pinanist..hahaha..pianist lah. Ye ye je..perasan betul.


See, lobby dia besar dan selesa.  Staff friendly.  Sesuai sangat for leisure and business.  Rate dalam RM160++.  Nak share gak kisah misteri masa otw nak ke Ipoh.  Tak abes2 ngan kisah misterikan.  Citer dia gini.

Dari  Alor Setar, kami keluar Gurun pastu baru masuk Plus Highway.  Sepanjang jalan, biasa2 aje.  Cuma bila tiba di area Kuala Kangsar kalau tak silaplah, menuju ke Terowong Menora (Gua Tempurung) tu kami menuruni bukit.  Tetiba kawan saya cakap, "Kenapa kereta ni berat?  Turun bukit kot, kelajuan 130km/h".  Saya tanya, "Awak dah baca doa?"  Dia balas, "Dah, doa makan je belum baca." Cis..orang tengah saspen ni, dia leh buat lawak.  Lepas tu dia bacalah ayat Kursi lagi.  

Masuk je Terowong Menora, meluncur laju terus kereta.  Terus cakap, "Alhamdulillah, kereta dah ringan." Saya siap suruh brek sebab serius laju sgt.  Saya cakap, maybe ada yg tumpang kot dan nak turun di Terowong Menora.  Kawan saya balas, "Taklah, masa kita lalu terowong tadi 'dia' lupa nak tunduk, melekat kat pintu masuk terowong lah tu."  Hampeh betul, sempat lagi buat lawak..hehehe. Tapi malam tu, dia yg xleh tidur. Mmg dia ni spesies 'panik' terlambat.  Sabar jelah...hahaha.