Monday, May 23, 2011

Boraque Kopitiam..

Hmm..kadang2 tekak teringin nak makan benda lain..tapi bila sampai je tempat tu boleh lak tukar selera ke tempat lain.  Ye..yang benarnya saya nak makan Char Kuew Tiow Mali's Corner.  Tup2 bila sampai. saya terbayang2kan CKT tu..pastu tekak kembang.  Aiseh..jawabnya makan kat Boraque Kopitiam kat sebelah Mali's jelah.
Ni dia orang yang selera tukar2.  Gambar ni mmg goyang..orang yg snap pic tangan gigil2..hehehe.
Mine..honey lemon ice and my friend, Hot Lemon Tea.
My friend had this 'roti jala'.  Emmm..x sedap sbb roti jalanya dah keras..huhu.  Kari tu boleh tahanlah.
Pastu saya konon takut lapar orderlah tauhu goreng..dalam dia ada cendawan tapi tak sedaplah..nyesal lak order.
Saya order ni je..thick toast with mayo and shrimp..pergh..sedap giler.  Meleleh2 mayo..hihihi.  Yang ni mmg tak menyesallah order.  Sbb ni first time visit, so tak berapa sure apa yang sedap and apa yang tak sedap.  So, next time maybe boleh cuba dish lain.  Happy working friends!!

Friday, May 20, 2011

Roti Sedap..

Sebenarnya dalam last week before pindah office, saya ada jumpa berlaga2 pipi ngan Sis Rasp sekejap.  Tapi tak sempat pun nak amik gambar dia.  Dia ada pass kat saya macam2.  Itu nanti saya cerita.  Tapi dia jugak belikan saya roti ni.  Katanya roti sedap di Jalan Tengah.  Thx Sis Rasp..mmg sedap sungguh bagai dikata.
Pergh..memang sedap u oll.  Dalamnya ada kaya dan butter.  Patutlah roti ni terhangat di Jalan Tengah.  Berapa harga and stall yang mana satu..kenalah tanya kat Sis Rasp.  Walau saya dah pindah dekat je ngan Jalan Tengah, saya masih belum berkesempatan lagi nak merayap2 di Jalan Tengah waktu lunch hari Jumaat.  Sebab 2 jumaat berturut-turut saya menyibuk di office Nuffnang.  Cewah..mcmlah dapat advertorial job..hahaha.  Cerita di office Nuffnang nanti saya kongsi2 ye.  Tapi ada yang dah tau kan...apapun, happy weekend semua.

P/S:  Jalan Tengah ialah jalan belakang di antara Mas Building, KFC, Affin Bank, MIDF, The Weld..pasar Jalan Tengah ada setiap hari Jumaat..datanglah macam2 ada.

Thursday, May 19, 2011

Gold Coast Morib...

Sambung cerita saya ke Banting tempoh hari.  Lepas makan2 tu, kitorang gerak ke Gold Coast Morib sbb 1 of my friends tu mmg keje kat Gold Coast.  Gambar sy jauhlah sebab konon nak amik penuh tulisan Gold Coast Resort tu..tp tak dapeklah.  Dapatlah sket2.
Nak bergambar bertiga pun ada je terselit si Fifi tu.  Eh tetiba teringat pesanan org tua2 jangan bergambar bertiga..hehehe. 
Inilah water theme park yang ada kat Gold Coast Morib tu..kecik je taklah besar sangat pun.  Masa ni panas giler...tapi still ada orang mandi.
Ini view dari tepi pantai.  Gambar pantai saya tak snap...nun jauh sbb air laut tengah surut.  Gambar pondok utk makan pun saya lupa nak snap.  Betul2 di pantai..bila air laut pasang seolah2 terapunglah.  Cantik. 
Hahaha..fifi tu mcm nak korek von kakak Mimi je.  Actually masa ni Mimi menangis merajuk sbb tak dapat mandi laut and also mandi pool.  Yelah..ada tag baru boleh mandi.  Laut tu pulak..jauh sangat.  Nak2 time tu panasnya masyaallah..tu yang saya malas.  Meraung2 dia sampailah balik.  Saya buat donno je..hehehe. 
Me with my schoolmate.  Thanks to FB..kami dapat bersama2 semula.  2 orang tu still single tau..single belum kahwin dan single anak 2...hehehe. Cer teka..cer teka..yang mana satu single anak 2..ngehngehngeh.
Front office 
 Lobby yang luas
Ni dalam 1 of the room.  Gambar katil xleh amik..sbb housekeeping lom kemas.  Tgk mimi tu..berangan nak mandi jacuzzi..dia ingat pool..hahaha.  Fifi pun sama excited.  Tp for me..Gold Coast ni quite expensive.  Sekarang ada promo..sapa2 mau bolehlah tempah kat SINI ye.  It's a new place..so, byk lagi yang takde.  In future maybe better.  So, sapa2 yang tak tahu nak pergi mana, leh ar terjah sini.  Chow!!