Showing posts with label jakarta. Show all posts
Showing posts with label jakarta. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

SelamatTinggal Jakarta..



Lepas je  keluar dari Tugu Monas, kami terus tuju ke Tanah Abang utk aktiviti shopping2. Tak banyak gambar amik kat sini.  Tanah Abang tu besar giler.  Ada beberapa perbezaan dengan Pasar Baru.  Tanah Abang lebih uptodate dari segi fesyennya.  Baju2 lagi cantik tapi agak susah nak tawar menawar banding Pasar Baru.  

Tapi suasana lebih relax di Tanah Abang.   Takde orang berjualan mengekori kita.  Jadi boleh shopping dengan tenang.  Tapi penjualnya agak sombong dan kasar banding dengan orang2 di Bandung yang terkenal dengan kelembutan berbicaranya.  Lepas tu kami terus ke Mangga Dua, pun kami tak bergambar.  Keletihan sebenarnya.


Keluar je dari Mangga Dua, kami terus ke Airport.


Bawak duit tak banyak, so, beg pun tak beranak banyak..hahaha.


Lepas tu baru kami makan tengahari.  Nasi goreng berkopiahkan keropok je..hehehe.


Tak sangka you, kitorang leh jumpa the VIP kat sini.  Betul2 depan kitorang masa nak check-in...eh..naik economy class je tau..hehehe.


Lepas tu melepak menunggu flight yang delay disebabkan salji lebat di Amsterdam.  Tulah sapa suruh naik flight omputeh..amik kau..2 jam lebih delay..muahaha.  Masa ni Sis Wahida masih bertutur dgn kitorang dialek Indon.  Kelakar betul..gelak tak hengat.


Tapi berbaloi bila naik flight yg besar gini..seating 3-4-3.  Selesa sgtlah kan..tgk 4 orang penumpang tu tersenyum manja.


Tapi hampeh gak...saya punya monitor ni leh 'hanged' pulok.  So, saya baca buku jelah..huhu.  Baru ingat nak layan movie.


Makan mee kicap dalam flight omputih.  Kau pernah???  Hahaha..


Tiba di KLIA dah tengah malam.  Mmg dah tak larat masing2.  Nampak bantal je.  Sampai sekarang Dee masih teringat anak2 Sis Wahida bertempiaran lari memeluk dia.  Sebijik mcm drama u oll.   Hubby dia je malu2 nak lari dan terus peluk...hahaha.  5 hari yang padat dengan aktiviti.  Letih betul tapi seronok sangat.  Kenangan yang terindah.  Insyaallah, tahun depan kami akan terbang lagi bersama.  Nantikan...

Monday, March 5, 2012

Tugu Monas, Jakarta


Hari terakhir kami di Jakarta, terus check out dari Hotel Amaris.


 Sambil menikmati breakfast free..hehehe.


Tak banyak choice..tapi nasi goreng kuning tu mmg sedap sgt2..


Dalam perjalanan kelihatan ramai orang menunggang basikal dan berjogging di jalan2 utama Jakarta.  Oh, rupanya kerajaan Indonesia akan menutup jalan2 utama pada hari ahad minggu pertama bagi aktiviti riadah di samping itu dapat membersihkan ruang udara Jakarta.  Eh, baguskan?


Hanya selorong jalan je dibuka di sebelah kiri dan lorong bas di sebelah kanan.  Hmm..kerajaan Malaysia boleh ikut langkah ni kan.  Masa ni kenderaan yang mempunyai hanya seorang pemandu pun tak boleh masuk town.  Boleh kena saman.  Hanya kenderaan yang mempunyai penumpang yang ramai sahaja dibenarkan.  Menarik.


Sampai je kat Tugu Monas, tu dia ratusan motorsikal..banyak betul..mcm lautan.


Punyalah panas tapi menarik jugak sebab banyak jualan.  Rupanya ada sambutan Maulidur Rasul.


Wrapping cotton candy pun guna gambar Upin Ipin.  Kat Malaysia pun takde.  Kat Indonesia ada you..sayang betul dorang ngan karakter Upin Ipin tu.


Wah..anak2 Indonesia pun best2, tak segan2 nak amik pic ngan saya.  Comel2.


Tu dia...Tugu Monas kat belakang.  Ada Muzium kat bawah Tugu tu, pastu ada juga menara tinjau kat atas tu.  Tapi kami tak pergi sebab orang ramai sangat.  Lagipun kepanasan, tak tahan dibuatnya.


Konon nak cuba amik pic mcm orang2 lain tulah..tapi tak berapa menjadi..hehehe.


Kecik je nampak Tugu Monas tapi kami bersyukur..sekurang-kurangnya kami dah sampai.  Maybe next time baru pergi tengok dengan lebih dekat lagi.


Lautan Umat Islam baru keluar dari perarakan sambutan Maulidur Rasul.  Meriah betul sambutan kat Indonesia.


Keluar2 dari situ, sementara nak tunggu Pak Ceppy sampai, bergambar dengan kuda yang malu2 dan kdg2 berbunyi kuat smpi kitorang semua lari..takut..manalah tau kot2 kuda tu menendang..hahaha.


Teringin nak naik kenderaan ala2 TutTut ni..tapi next time sajalah..tak sempat..hehehe.


Kami tinggalkan Tugu Monas utk aktiviti shopping2 di Tanah Abang dan Mangga Dua.  Esok jelah cerita ye.  Cer tgk betul2 gambar tu..nampak tak mamat yang menunggang basikal tinggi tu.  Berani betulkan?

Thursday, March 1, 2012

Amaris Hotel Jakarta & Hard Rock Jakarta


Kami tiba di Jakarta sudah hampir pukul 7.30 petang di Hotel Fave Wahid Hasyim, Jakarta.  Hotel ni serba pink.  Memang cantik.  Tapi hotel ni buat saya menyinga hari tu.  Kenapa?  Sebab yang pertama, saya dah bayar habis harga bilik hotel ni masa buat tempahan melalui Agoda.com.  Lepas tu, saya call pagi2 sebelum bertolak ke Jakarta.  Saya siap tanya..confirm ye bilik2 yang saya dah tempah.  Mereka jawab confirm.  Takde sapa pun bagitau bilik2 yang kami tempah tu leaking dan kami terpaksa dipindahkan ke hotel lain.

Bila saya sampai, kami semua dah kepenatan.  Saya masuk check in.  Kawan2 dah turunkan barang.  Sekali baru dia bagitau.  Hanginlah kan.  Dengan lapar dan penat, tambah anginlah saya.  Masa tu orang cakap itu ini pun bikin hati saya panas je.  Nasib baik Elly ada bersama, dia yang lebih tahu selok belok pasal hak customer kalau melibatkan perkhidmatan perhotelan.


Kami dipindahkan ke Amaris Hotel yang terletak di Thamrin City.  Nasib baik orang hotelnya baik2.  Staff Fave Wahid Hasyim pun iring kami sampai ke hotel Amaris dan bantu kami sehingga kami dapat masuk ke bilik.  Ada hikmah di sebalik kejadian.  Asalnya di Fave Hotel kami tak dapat breakfast.  Tapi di Amaris, kami demand diberkan breakfast.  Alhamdulillah, kami dapat.  Blessing in disguise kata omputih.



Mujur hotel ni cantik, bilik dan perabut pun bau 'baru' semuanya.


Bilik air pun cantik dan bersih.


Simple tapi kemas.


Berehat setengah jam, kami teruskan meronda di Jakarta dengan pergi ke Plaza Indonesia.  Yang tak tahannya Jakarta ni, nak masuk parking pun jem giler.  Bersyukurlah rakyat Malaysia sebab jem kat Jakarta ni gila2..azab betul.  Jem kat Malaysia tu takde apa sangatlah kalau nak dibandingkan dgn kat Jakarta ni.


Oh, nak masuk sini kena melalui security yang ketat.  Beg kena cek satu2...lepas tu baru boleh masuk.  Hari tu masa nak masuk complex Trans Studio siap kenderaan kami kena cek oleh pihak berkuasa takut2 ada bom..huhu.  Eh..band ni main lagu best2 tau masa kat dlm shopping complex tu.


Inilah tujuan kami ke sini..serbu Rock Shop, Hard Rock Cafe.  Tu...si Wahida tu kalau tak dapat pergi..putih mata dia..hahaha.


Saya tak beli apa pun, tak berapa minat.  Tapi bila kita pergi sama2..apa je yang rakan kita minat, kita kenalah turut serta.  Bertoleransi itu penting.   Teamwork juga penting.  Jangan pentingkan diri sendiri.  Kena ingat, kita pergi berkumpulan.  Ke mana2 pun biarlah bersama..nyek...kehkehkeh.


Lepas tu ronda2 cari makan.  Nampak patung lembu..terus peluk.  Kelakar betul Elly, dia cakap tengok patung lembu ni teringat kat suami dia.  Ada ke dia samakan lembu ni ngan suami dia...hahaha.  Takdelah..sebenarnya ada storylah di sebaliknya kan..tak perlulah nak explain kat sini..hehehe.


Lepas tu nampak patung A&W pun nak peluk gak.  Wanita2 JABLAI mmglah begini..kahkahkah.  Kami dinner dengan A&W je malam tu.


Lepas tu posing ramai2 kat sini.  Tak tau kenapa, takde pulak gitar kapak besar HRC tu.  Pelik..tak kisahlah..janji kawan2 yg suka collections HRC puashati.  Lepas tu kami terus balik hotel dan tumbang...zzzzz.


Wednesday, February 29, 2012

Jakarta ~ Kota Metropolitan


Oh ye, hujung minggu adalah hari yang sibuk di Kota Bandung.  Semua warga Jakarta berpusu-pusu berliburan di Bandung.  So, mmg pilihan yang tepatlah kami pulang ke Jakarta  pada hari Sabtu.  Tengok macet tu..tu arah ke Bandung tu....nangis tengok macetnya.


Kami tiba di Gerbang Tol Halim, Jakarta pada waktu matahari sudah hampir terbenam. Macet sedikit tetapi tak seteruk mereka yang ke arah Bandung.


Tak tahu apa patung tu..tapi menarik.


Kota Jakarta tak banyak beza dengan Kota Kuala Lumpur..bangunannya semua tinggi2.


Ini...bus stop dorang.  Pada saya bus stop ni adalah salah satu idea yg brilliant oleh Kerajaan Indonesia.  Nampak tak divider kuning tu..itu lorong bas.  Lorong bas di Kuala Lumpur ada di sebelah kiri kan.  Tapi di Indonesia di tengah2.  Hmm...camana eh nak explain.  Kiranya divider tengah2 tu didirikan bus stop mcm ni,  jadi semua bas berhenti di sebelah kanan..tidak mengganggu kenderaan keluar masuk dari bangunan2 sebelah kiri.  


Kat atas tu jejantas utk pejalan kaki.  Yang nak ke kiri pergilah ke kiri..yang ke kanan boleh ke kanan.  So, takde orang yg melintas jalan sesuka hati.  Bus stop tu entah2 ada aircond..tak taulah kan.  Tapi terlindung dari panas dan hujanlah.  Bas akan berhenti ngam2 kat pintu2 tu, so mudah utk orang2 naik bas.  Menarik kan?


Mengikut Pak Ceppy, ini patung replika pahlawan Sudirman.  Pahlawan giginya mana? Tanya Elly.  Pak Ceppylah pahlawan giginya..hahaha (sbb Pak Ceppy pagarnya a.k.a giginya dah roboh) muahaha.


Ini roundabout yang sangat besar di tengah2 kota Jakarta.  Keliling tu semua hotel2 mewah, shopping complex terkenal..kat sinilah selalu ada demo atau tunjuk perasaan.


Kesian Pak Ceppy kerana tidak mahir jalan2 di Jakarta asyiklah berhenti bertanyakan orang arah ke hotel kami.  Tengok mobil mcm TutTut tu..rasa teringin nak naik tau..tapi kami semua keletihan.  Kami sampai hotel pun malam.  Ada 'hiccups'..tapi mcm biasa dapat diselesaikan.  Apapun, ada hikmah di sebalik kejadian.  Nanti kita share story ok.  Take care.