Seminggu balik dari Utara, kami ke Utara lagi..hahaha. Kali ni sebab ada kenduri kahwin kat Sungkai. Tapi orang mcm saya mana reti nak balik hari. Mesti nak jalan2 gak.
Nak pegi Hot Spring Sg Klah, dah pernah pegi. So, jomlah kita ke Teluk Intan je. Main attraction Teluk Intan cam biasa ialah Menara Condong ni lah kan. Bentuk pagoda kan? Cantik.
Bergambar tengah panas terik sampai tutup2 muka si Fifi tu..hehehe. Kat belakang tu latarbelakang Menara Condong Teluk Intan.
So, apalagi? Jom lah masuk..jemput2. Sila tengok waktu lawatan eh. Jangan datang Isnin. Kang gigit jari kang..hehehe.
Tangga dia tinggi gak..boleh tahanlah. Cuma org tua kesian sketlah kan..nak kena daki. Meh saya citer sket pasal sejarah tempat ni. Menara ni mempunyai ketinggian 25 meter dengan 110 anak tangga berbanding dengan Menara Condong Pisa yg mempunyai ketinggian 55 meter. Aisshh...entah bila dpt pegi Italy tu kan. Teluk Intan pun jadilah.
Level atas, ada tangki air. Asalnya menara ini menempatkan sebuah tangki air utk dibekalkan ke bandar Teluk Intan sekiranya berlaku kebakaran atau kemarau. Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor Leong Choon Chong. Pernah juga menjadi penanda waktu dan penunjuk arah laluan kapal ke Pelabuhan Teluk Anson suatu ketika dulu.
View kat level 2 kot. Sebab nak ke level yang paling atas x dapat. Dorang lock. Security reasons. Baru nak tengok view Teluk Intan atau Teluk Anson yang awesome. Dari luar nampak macam 8 tingkat tapi hakikatnya 3 tingkat je menara ni.
Siap ada pagar..agaknya dulu2 ada kes org terjun kot kat sini...hehehe. Menara ni dibuat dari kayu dan batu. Lapisan kat bawah tu berukuran garis pusat 13 meter dan semakin menguncup ke atas berukuran 8.2 meter.
Ni gambar yang saya google. Dulu2 beginilah Teluk Intan. Wah..saya tengok gambar ni pun teruja tau..hehehe.
Si gendut yang tak mau kalah posing ayu..kat pintu pun kat pintulah. Kalau korang tengok dekat2 adalah nampak jam kat menara condong ni tau. Jam tu dipasang pada tahun 1894 dibeli dari London buatan firma J.W Benson/-Ludgathill. Ha..best tak belajar sejarah macam ni?
Malam tu kami datang lagi..hehehe. Cantik menara ni malam2, bertukar-tukar lampu. Nak2 ada pasar malam. So, orang melepak penuh kat sini. Seronok. Macam kat Dataran Merdeka pulak. Meriah. Nampak tak 2 budak kenit yg menggelongsor kat tangga tu? Hai..sabar jelah..hahaha.
Before balik, saya repeat lagi visit kat sini. I love Teluk Intan. A small town and..camana eh nak cakap. Bestlah..hehehe. Repeat? Nope...sebab ada byk lagi town2 kat Malaysia ni yang saya nak pergi.
Ginilah gaya orang yg tak mampu nak gi oversea, jalan2 kat tanahair sendiri pun dah beri kepuasan pada saya. Ok, nanti saya share food yg best kat Teluk Intan ye. Isnin jelah, tu pun kalau saya ada mood nak buat entry, almaklum hari ni last keje. Saya dah start cuti minggu depan dari 24 Dec sehingga 2 Jan 2013. Yahuuuu!!
17 comments:
tmpt historical or muzium tentera ari senin mesti tutup..
ngape ntah.
Akak tak sempat lagi naik ke atas..tuh cuma hubby je pernah naik menara condong tuh
Selalu kalau ke Teluk Intan mesti singgah satu kedai sensei..cina. Nama kedai tuh An Tiong kalau tak silap.. Kak ipar suka beli ubat2 kat situ..murah katanya.. :)
ok2.. buat lawak je =p
ooooo sungguh tak larat kalo gitu hehehehe...
rupanya sampai tingkat 3 jer ek hehehehehe....
wah seminggu cuti, holiday selatan lak ke?
Post a Comment