Lepas pekena Nasi Ganja tu, kitorang nak singgah sini dulu before off to KL. Tempat ni dekat je ngan exit nak ke Plus Highway dan terletak di bahagian utara pusat bandaraya Ipoh. Belakang Shell kalau tak silap. Senang je nak cari.
Sampai2 je tengok view..wow..teruja. Luas tasik ni seluas 14.16 hektar. Taman ni pulak seluas 30.35 hektar.
Cantik sangat...serius, u oll kena pegi baru tahu betapa cantiknya tempat ni.
Kat sebelah kanan, bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilika yang tak kurang cantik landskapnya.
Anak2 teruja betul sebab dapat bagi ikan makan. Makanan ikan dijual di kaunter tiket bot..kalau tak silap RM1 sepaket.
Tadi nampak bot kan? Jom kita naik. Harga tiket dewasa cuma RM3, kanak2 umur 3-12 tahun dan warga tua cuma RM1.50. Boat beroperasi hari Isnin - Khamis pukul 8 pagi smpi pukul 7 malam. Jumaat je tutup awal pukul 4 petang. Weekend & public holiday tutup pukul 6.30 petang.
Bot agak besar dan selesa. Yang kelakarnya masa ni Deepavali tapi driver bot kemain lagi main lagu raya aidilfitri..hahaha.
Budak gendut ni mmg berkepit je ngan saya.
Perjalanan bot tu sekejap je. Tak sampai 5 minit pun. Ni pintu masuk ke pulau tu. Pulau lah sangat. Takde apa pun kat sini. Cuma mcm taman bungalah. Tempat beristirehat, ada juga playground. Ada air terjun buatan manusia, laluan pejalan kaki melalui kawasan paya sepanjang 2km, menara pandang dan tapak perkhemahan.
Ada juga rumah kampung yang cantik. So, kerja kitorang posing2 jelah apa lagi..hahaha. So, kalau ke Ipoh, jangan lupa singgah sini ye. Alhamdulillah, habis juga cerita saya ke Utara. Tapi lepas ni nak cerita trip ke Teluk Intan pulak. Sabar jelah ye...hahaha. See u tomorrow :)
17 comments:
tambang bot tu murah kan...okey sgt2 laaa...bot pun besar....selesa...
sebab tempat nie pun anie xsampai lagi....huhu..malunye jadi orang ipoh
paling suka sbb naik boat.
Post a Comment