Showing posts with label JB. Show all posts
Showing posts with label JB. Show all posts

Thursday, June 20, 2013

Pertama Kali Ke JB


Yup..my first trip to JB.  Tak pernah sampai JB pun before this..hehehe.  So, wajiblah pi pekena Kacang Pool Haji kat Bomba Larkin.  Serius sedap wei..licin boliau saya makan ni.  Harga tak ingatlah..korang google jelah eh..hehehe.


Pekena pulak dengan ais kacang ni kan.  Sedap2.


Pastu kitorang teruskan perjalanan ke Danga Bay.  Nampak ini aje di Danga Bay.  Kata Danga Bay best.  Confius jap.


Merenung ke laut yang hmm..apsal tak best?  Ni je ke Danga Bay?


Then jumpa Pasar Karat.  Mana pasarnya?  Telefon kawan.  Rupanya semua ni meriah time malam je...huhu.  Takpelah..kita ronda2 jelah kat area JB ni tengok apa lagi yg menarik.


Jalan punya jalan ternampak bangunan Sultan Ibrahim ni.  Saya memang sukalah tengok bangunan yg old skul ni kan.  Bangunan ni merupakan bekas bangunan urusetia negeri Johor.  Dibina pada tahun 1936 dan siap sepenuhnya pada tahun 1940.  Sebelum merdeka, inilah bangunan tertinggi di Malaya.  


Then nampak Persada Johor International Convention Centre.  Amik pic je..tak singgah pun..hehehe.  Teruskan meronda.


Ternampak pulak masjid yang indah ini.  Saya suka sebab kubah dia hitam.  Unik.  Ini Masjid Negeri Sultan Abu Bakar.  Telah dibuka dengan rasminya pada tahun 1900.  Masyaallah..cantikkan masjid ni.  Kami ronda2 lagi.


Eh..Zoo Johor!  Ler depan masjid je rupanya.  Sebab dah lewat petang kami lalu jelah.  Tak singgah pun.  Cari Muzium Johor tak jumpa.  Istana Johor pun tak jumpa..tanda jalan tulis kawasan istana ada tapi entah mana lah istananya.  Dah penat, kami pun baliklah ke hotel.


Then singgah amik gambar tepi jalan.  Saya tak tahulah ini laut ke sungai ke..kuala ke.  Masa ni hujan..so nak amik pic cantik2 mmg tak dapat.  Ambik pic di kala Johor Bahru menangis.  Taklah menangis sangat pun kan.  Sebab malam tu dorang dapat masuk final.  Jenuh gak saya cari tempat makan.  Semua penuh orang tengok bola..hehehe.


Balik KL keesokkan harinya barulah saya singgah JPO di Senai tu.  Panasnya..huhu.  Orang kata murah..entahlah..saya tengok biasa2 aje.  Murah lagi FO kat Bandung kot..hehehe.


Shopping?  Eh..bukan sayalah orangnya.  Saya tak mampu nak shopping kat tempat2 branded macam ni.  Duduk2 amik pic dan pegang konsep "janji saya dah sampai sudahlah"..hahaha.  Dah..jom pulang ke pangkal jalan.  Sila kumpul duit semula untuk trip seterusnya..hehehe.


Tiba2 teringat kata2 suami, kalau tak dikawal pembangunan di JB tu, esok2 kita jalan kaki je ke Singapura.  Selat Tebrau boleh hilang dari peta dunia.  Wallahualam.  Saya pulang ke Kuala Lumpur dengan dendangan lagu Tanjung Puteri di telinga juga di hati :)  Terima kasih JB..insyaallah panjang umur saya datang lagi.

Wednesday, June 19, 2013

Muzium Layang-Layang, Pasir Gudang


Ha..korang orang Johor dah sampai lum tempat ni?  Kihkihkih..saya sampai sini pun sebab pertama hotel kitorang dah dekatlah ngan Pasir Gudang.  Kedua sebab tak tahu nak ke mana..hahaha.  Tapi best jugak jalan2 kat Muzium Layang-Layang ni.  Nama tempat pun Bukit Layang-Layang :)


Jom masuk!


Bayarlah..ingatkan free..hihihi.  Nasib baik kitorang datang, kalau tak sure brader tu ngantuk..kehkehkeh.


Wau di sana sini..tengah2 tu Wau Bulan.  Kiri tu yg lebar tu Wau Kucing.  Yang kanan yg ramping tu..Wau Jalabudi.  Ini semua diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan.


Amik pic dengan Wau Helang.  Merupakan wau tradisi negeri Perlis.  Semua pic2 ni anak saya Mimi yang snap.  Halal jelah gambar kelabu dan angle tak berapa nak betul.  Tak bagi langsung orang amik gambar.  Dia sibuk nak snap sendiri.  Feeling2 pelancong.  Eh..mmg pelancong pun.


Ini Wau Dodo Helang.  Wau tradisi negeri Terengganu.


Ini Wau Kangkang..jangan ketawa..haipp..tak baik..tak tipu..memang nama dia Wau Kangkang.  Wau tradisi negeri Kedah ni.


Wau 1 Malaysia..hehehe.


Ini layang-layang moden.


Ini pulak Wau Merak.  Wau tradisi negeri Johor.  Ada lagi banyak wau.  Wau Puyuh - Kelantan, Wau Kikik - Melaka, Wau Cenderawasih - Pahang, Wau Seri Bulan - Perak, Wau Kotak - Pulau Pinang, Wau Kapal - Selangor, Wau Seri Negeri - Negeri Sembilan dan Wau Kenyalang - Sarawak.


Kat muzium ni ada sudut demonstrasi buat wau.  Tapi masa saya pergi ni takde pun demonstrasinya.


Ada juga barang2 yang kita tak pernah tengok.  Tu ha yg tengah2 tu..raga telur buaya.  Ingatkan mmg raga utk telur buaya..rupanya tak.  Tempat simpan ikan yang dipancing atau dijala rupanya.  Dan yang sebelah tu kertuk.  Merupakan sebuah alat muzik tradisional masyarakat Kelantan.  Ha..best tak masuk muzium..hihihi. Macam2 boleh belajar tau.


Ada juga layang-layang dari Jepun.  Tu konon buat Gwiyomi Korea ala2 Jopun..ada ke? Hahaha..


Ada juga layang-layang moden macam ni.  Cantikkan.  Best jugak kalau dapat tengok Festival Layang-Layang Sedunia kat Pasir Gudang.  Tapi jauh bebenorlah pulakkan.


Oh ye..ini bayaran masuk ke Muzium Layang-Layang dan juga waktu operasi.  Bolehlah nak ke sini kalau tak tau nak ke mana.  Jumpa lagi esok ye.

Tuesday, June 18, 2013

Restoran Yeo Sekeluarga, Gelang Patah


Balik dari Legoland, kami diangkut lagi sekali oleh ex-opismate saya yang duduk Senai tu untuk dinner pulak.  Haissshh..mmg terhutang budi betul saya dengan dia ni.  Dibawanya kami dinner kat Seafood Restaurant pulak.  Ni dekat Kampung Pok, Tg, Adang.  Memang masuk jalan kampunglah.  Kalau kami sendiri pergi guarantee tak jumpa..hahaha.  Tu ha..sekeluarga pakai baju Harley Davidson.


Dah sampai tu, meniti lah kami nak ke restoran terapung tu.  Gayat pulak jalan kat sini..hehehe.  Nama restoran ni mmg nama cina..owner dia Chinese Muslim.  Jangan risau..halallan toyyiban.


Restoran ni mengadap Port Tanjung Pelepas (PTP).  Mmglah kawan saya ni tau tempat ni kan..dah sah2 dorang husband and wife kerja kat PTP..hehehe.


Sambil tunggu makanan, sambil sembang2.  Walhal saya masa ni masih kenyang lagi.  Sebab lunch lewat pukul 4 petang tadi masa kat Legoland.  Sekali order sampai..amik kau.


Butter prawn.  Sedap.


Sotong goreng tepung.  Sedap.


Broccoli steam...sedap.


Tofu telur..sedap jugak.


Siakap steam...pun sedaplah kan.


Oh..yang ni  mmg sedap..lemon chicken.


Tak sure ikan apa..siakap jugak kot..masak 3 rasa.


Chilli crab..yang yummy.


Makan pulak dengan bun panas ni.  Gambar cilok kat Google..saya lupa nak snap.  All in all memanglah sedap.  Ater fully sponsored.  Giler kau cakap tak sedap..kahkahkah.  Balik tu mmg perut sendatlah.  Terima kasih buat kawan saya Mas sekeluarga di atas layanan terbaik dan terhebat sepanjang kami di JB.  Semoga dimurahkan rezeki selalu..amin.

Monday, June 17, 2013

My Legoland Trip ~ Part 2


Jom kita sambung citer fun time kami kat Legoland.  Masa kat Land of Adventure tu kami naik ni jugak..nama dia Beetle Bounce.  Ok, anak saya dua orang sebelah kiri saya tu jelah.  Yg lagi sebelah dua orang bertudung comel tu anak orang.  Sebab mak dia tak mau naik saya cakap jom naik ngan auntie.  Well..i think u oll pun tau what happened kan.  Auntie Dee jerit lagi over kot dari budak2 tu...hahaha.  Dia kan macam Solero Shot kat Genting tu.  Walau taklah setinggi mana tapi Mimi kata perut tertinggal di atas ok..hahaha.


Ha..ni pulak game Pharaoh's Revenge kalau tak silaplah.  Game ni kita kena tembak musuh2 yang berlampu merah.  Dah abis game nanti dia tunjuk score kita berapa.  Budak2 mmg seronoklah game ni.


Mama dia yg mcm over kan..hahaha.  Semua game nak main.  Ni kat Imagination..nama dia Kid Power Towers.  Eh..kid eh?  Apsal i terselit sama..hahaha.  Sebenarnya lebih nak temankan si Fifi tu.  Kang tak larat nak tarik tali duduk jelah kat bawah.  Ye, sila tarik tali secara manual utk ke atas.  Tarik smpi tangan berbirat-birat.  


Dah sampai atas. lepaskan tali dan kerusi tu akan turun ke bawah.  Masa ni mendung sket..oklah kan.  Seronok tapi gayatlah..hehehe.


Mama dah kepenatan lepak2 dulu kat playground.  Eh..uol..datang sini pakai sandal je or kasut yg sesuai utk walking.  Sebab byk berjalan.  Saya pakai slipper Jelly Bunny je.  Janganlah nak berdress2 sangat or berbaju kurung.  Tak sesuai ok.  Tudung pun jangan yg terlalu flawless sangat..nanti terangkat2 tudung main game.  Dah..jom tgk anak2 saya buat apa.


Dorang main DUPLO Express kat DUPLO Playtown.


Lepas tu masa dekat Lego Kingdoms, budak2 ni naik kuda kat Royal Joust.  Enjoy dua beradik tu.


Then kami ke Castle tajaan Maybank ni.  Cantik.  Nak main apa?  Tu ha..roller coaster The Dragon.


Saya naik dengan Fifi, Mimi naik sorang.  Dia nangis uoll..hahaha.  Mama tukang gelak.  Sebab dia yang beriyer2 sgt nak naik.  Ha..rasakan.  Lepas tu naik roller coaster yg rendah sikit kat Dragon's Apprentice.  Yang tu dia senyum sikitlah sebab saya minta tolong orang yg naik sorang duduk sebelah dia.  

Roller coaster ni oklah..tak seseram di Genting Highland, Sunway Pyramid (yg 3 loop dah tutup tu) atau di Trans Studio, Bandung.  Tapi tak beli pic sebab pic tak nmpk muka kitorang.  Semua pun tunduk ketakutan..kahkahkah.


Eh..panas sangatlah..berpeluh2 saya.  Jom singgah Lego Academy and Lego Mindstorms kat Lego Technic untuk menyejukkan badan.  Kat sini ada aircond..hihihi.  So, saya biarkan anak2 main2 dgn lego2 tu.  Actually boleh belajar build Lego tapi kena register and ada timing2 dia kat Lego Mindstorms.


Dah puas rehat kami teruskan adventure kami.  Jom main Aquazone Wave Racers.  Best giler kot.  Anak2 saya main 5 kali.


Then, kat depan tu ada Water Splash, orang2 yg duduk kat situ tekan button utk water bomb dan air pancut ke arah kitorang yg tengah main game ni.  Basah sikitlah baju.  Tapi best.  Kat situ juga ada air pancut yg keluar dari lantai.  Sapa ada anak kecik eloklah bawak baju spare.  Ramai kot budak2 kecik main air tu smpi basah lencun.


Depan Wave Racers tu lah ada Project X ni.  Nampak mcm tak seram.  Tapi bila dah naik..ginilah rupa kami..hahaha.  Don't miss this tau.  Best.


Lepas tu kami main Technic Twister ni.  Yang bestnya sebab orang tak ramai jadi semua game pun korang boleh main berulang-ulang kali.  Yg ni je kitorang main 4 kali. 


Lepas je main game ni kami keluar pergi makan kat Medini Mall.  Korang bagitaulah kat orang jaga pintu exit tu nak masuk balik.  Nanti dia chop tangan korang dengan dakwat tak berapa nak kekallah..hahaha.  Nak masuk balik dia mintak tiket tau..so, jangan buang.  Simpan elok2.  

Kami makan kat The Chicken Rice Shop je.  Harga oklah..rasanya biasa2 je.  Tapi kat TCRS tu byk giler kot lalat.  Sampai nak makan pun tak selesa.  Anak saya Fifi cakap kat cashier..abang..kedai ni cantik, makan sedap tapi sayang ada lalat.  Amik kau..hahaha.  Tulus ikhlas dari hati.  Manager dia sengih je.  Do somethinglah ok TCRS, Medini Mall.  Eh..ada je kedai lain kalau korang nak makan.  Ada Fish Manhattan, Secret Recipe, KFC dan banyak lagi.  Murah sket kot makan kat sini banding kat dalam Legoland tu.  Air ribena atau coke je dah RM6 satu..huhu.


Lepas dah isi perut tu, kitorang jalan2 kat Miniland.  Yang menariknya ada kenderaan bergerak2 ok..bukan statik aje.


Eh..macam tak pernah sampai KLCC je..hihihi. 
 

Ada Port Tg Pelepas.


Ada airport.  Tekan button tu..kapalterbang tu pun bergerak.  Macam2lah tempat menarik di dunia ni yang ada kat situ.  Ada Taj Mahal, Putrajaya, Dataran Merdeka, Angkor Wat, Tanah Lot dan macam2 lagi.


Oh ye..dalam Legoland ada disediakan bermacam2 kemudahan.  Ada surau.  Senang je nak cari..nampak gambar patung pakai baju kurung/baju melayu ngan anak, adalah surau.  Apsal saya macam kerinduan suami je tu..jablai betul..hahaha.  Ada juga Restroom, smoking area, ATM machine, Mini Market, First Aid, Lost Parents Counter, Baby Care dan byk lagi.


Then, ada juga character2 macam ni yg uol boleh ajak bergambar.  Btw, saya beli 1 je FM kat sini.  Mahal kot RM25 satu..hehehe.  Jadilah utk kenangan diri sendiri.  

Korang kalau banyak duit bolehlah beli kat The Big Shop dekat ngan pintu masuk tu.  Jangan lupa bawa stroller sendiri.  Kalau terlupa boleh je sewa tapi tak dapat refund balik tau.  Lagi satu, kalau hujan, semua ride akan ditutup utk keselamatan.


Nampak tak sebelah kiri tu.  Ha..katanya itu hotel yg bakal siap tak lama lagi.  Jadi bolehlah duduk dekat sikit ngan Legoland ni.  So, korang kalau nak pergi sekarang pun boleh.  Ni pun sehari suntuk kitorang kat dalam tu.  

Hari biasa Legoland tutup pukul 6 petang.  Weekend, Public holiday & cuti sekolah tutup pukul 8 malam.  Sedang elok je pukul 6 saya dah habis round kat sini.  So, selamat tinggal Legoland.  Tak tahu bila lagi ke sini.  Kalau nak tanya saya apa2 pasal Legoland, boleh je komen kat sini atau email je saya kat deekuntum@gmail.com